Bella melulu masuk ke dalam ofis Aryan tanpa mengetuk pintu.Dia mengambil tempat di ruangan sofa.
"Aryan, why dengan wife you tu?" Soal Bella sengaja.
"Aku malas lah nak cakap pasal dia.Pergi mampus dia lah," Balas Aryan dengan muka tegangnya.Matanya fokus memandang skrin laptop tanpa sedikit pun menoleh ke arah Bella.
"You dengan dia gaduh eh?" Soal Bella lagi.
"Hmm," Hanya itu balasan dari Aryan.Bella mengangguk perlahan.Dalam diam bibirnya mengukir senyuman sinis.
"Jom keluar lunch dengan I?" Ajak Bella.Suaranya dibuat manja.Dia bingkas bangun lalu bergerak ke arah meja kerja Aryan.Dia menarik tangan Aryan lembut.
Aryan memandang Bella sekilas.Dia segera menutup laptopnya dan terus keluar dari ofisnya bersama Bella sambil berpegangan tangan.
"Finally,I've got your husband,Ariena" Desis hati Bella sambil tersenyum sinis.
*****
"Riena,aku dengan Hayyan nak keluar kejap ni.Nak beli barang sikit," Ujar Raisya yang sedang memperbetulkan tudungnya.
"Oh,aku nak ikut boleh?hehe" Soal Ariena sambil sengih.
"Jom la,kami nak pergi dah ni," Sampuk Hayyan.Tangan isterinya ditarik.
Mereka bertiga memasuki Audi RS6 milik Hayyan.Bertiga kan,takkan nak naik Lamborghini pula?
Selepas hampir 45 minit perjalan,mereka pun tiba disebuah pasaraya.Tiba-tiba saat mereka sedang bergelak tawa sambil berjalan,Hayyan ternampak satu susuk tubuh seperti dia kenali.
Hayyan mengecilkan matanya untuk memastikan sangkaannya tepat.
"Riena,tengok tu" Ujar Hayyan.
Ariena memandang kearah tempat yang dikatakan oleh Hayyan.Dia melihat suaminya sedang bermesra sambil bergelak tawa dengan Bella.Hancur hatinya.
"Sampai hati awak Aryan," Bisik hati Ariena.Dia masih lagi memerhati Bella dan suaminya.Saling suap menyuap pula tu!
"Riena,sabar okay? Aku yakin Aryan tu akan dapat kifarah satu hari nanti," Kata Raisya sambil memeluk Ariena.Pipi Ariena sudah dibanjiri airmata yang perlahan-lahan turun.
"Biarkan dia.I akan pastikan dia menyesal buat macamtu," Ujar Hayyan pula.Dia sungguh kecewa dengan sikap sahabatnya itu.
Mereka meneruskan perjalanan untuk menuju ke pasaraya tanpa menghiraukan Aryan dan Bella.
Seusai membeli belah,Ariena meminta Hayyan dan Raisya menghantar dirinya ke rumahnya.Taknak lah ganggu privacy mereka berdua.
"Thankyou hantarkan.Korang baik sangat," Ujar Ariena dengan senyuman manis.Atau senyuman palsu?
"Takde apa lah Riena,hal kecil je." Balas Raisya sambil senyum.
"Kami balik dulu lah ya Riena? Penat dah ni heheh," Ujar Hayyan.Matanya memandang sang isteri sekilas.
"Okay,hati-hati" Pesan Ariena.Audi RS6 milik Hayyan pun perlahan-lahan bergerak meninggalkan perkarangan mansion Ariena dan Aryan.
Ariena membersihkan tubuhnya.Seusai mandi, dia menuju ke dapur untuk memasak makan malam.
Semasa dia hendak kedapur, matanya tertancap pada ofis kecil suaminya yang berada di rumah mereka.
Pintu ofis itu dikuak perlahan.Bau minyak wangi Aryan menusuk ke dalam hidungnya.
"Biy,sampai hati buat sayang macamni," Kata Ariena seorang diri.Bibirnya mengukir senyuman tawar.
Dia menutup kembali pintu ofis itu lalu meneruskan perjalanannya menuju ke dapur.
YOU ARE READING
My Encik Psycho [OG]
Action✨My Encik Psycho✨ "Aku nak harini kau yang perhatikan Ariena,jangan terlepas pandang!" Kata seorang jejaka psycho yang bernama Aryan."Baik boss"balas Kenji , iaitu 'anak buahnya'. Aryan Mikael dibesarkan oleh pakciknya kerana ibu bapa nya telah meni...