"Biy! Sayang dah nampak kedai satay la,"Ujar Ariena sambil menunjuk ke arah gerai satay yang berada di tepi jalan itu.
"Oh yeke?Okay kejap biy cari parking,"Balas Aryan lalu segera memarkirkan keretanya di ruangan yang disediakan.
Ariena segera keluar dari perut kereta lalu terus berjalan ke arah gerai satay tersebut.Langsung tidak dihiraukan si suami yang terkial-kial keluar dari perut kereta.
"Pakcik,nak satay ayam 10 cucuk,satay daging 10 cucuk and nasi impit 2 buku," Pesan Ariena.
"Baik dik,boleh duduk dulu di ruangan menunggu ya," Balas pakcik itu dengan senyuman.Ariena turut membalas senyuman itu lalu segera berjalan menuju ke meja ruangan menunggu.
Tiba-tiba Aryan datang kepadanya."Hey sayang,dah order ke?" Soal Aryan lalu mengambil tempat di hadapan isterinya.
"Dah! Why biy ada nak apa-apa ke?"Soal Ariena pula.
"Tak ada lah saja tanya.Ni lepas beli satay ni kita balik terus dah kan?" Soal Aryan sambil melihat jam tangannya.Tepat jam 9 malam.
"Iyalah.Nak pergi mana lagi malam-malam ni,"Balas Ariena.
Dalam beberapa minit,satay nya pun siap dan Aryan pun pergi membuat pembayaran.
Not 50 diberikan kepada pakcik itu.Pakcik itu segera ingin mengembalikan baki namun..
"Eh terima kasih pakcik,balance tu pakcik simpan je," Ujar Aryan dengan senyuman.Jarang-jarang ya si Aryan ni senyum dekat orang.
"Baiklah nak,terima kasih,"Ujar pakcik itu membalas senyuman yang diberikan oleh Aryan.
Aryan dan Ariena segera masuk ke dalam perut kereta.Ariena yang sudah kelaparan segera membuka plastik satay tersebut.
"Ya Allah sayang,makan dekat rumah la," Ujar Aryan yang melihat isterinya tidak sabar-sabar mahu memakan satay.
"Tak boleh lah biy,bau satay ni menggoda sangat! Sayang tak tahan," Balas Ariena sambil sengih memaparkan sebaris gigi putihnya.
Aryan mendengus.Sudahlah dia paling pantang jika orang makan didalam keretanya.Haih, nasib bini.
"Makanlah sayang," Balas Aryan pasrah.Wajah isterinya yang sedang menikmati satay itu dipandang sekilas sebelum kereta yang dipandunya memecut laju membelah jalan.
******
Seperti biasa,Aryan akan terlebih dahulu ke pejabatnya pada setiap pagi manakala Ariena masih lena dibuai mimpi indah."Kenji,aku ada meeting ke harini?" Soal Aryan.
"Tak ada boss,semua clean harini,"Balas Kenji.
"Baguslah kalau tak ada,boleh aku balik awal,"Balas Aryan.File yang berada diatas mejanya ditutup perlahan.
"Boss rindu bini ya?"Sakat Kenji sambil sengih.
"Mestilah aku rindu bini aku.Why?kau jealous ke sebab kau tak ada bini?hahahah" Balas Aryan sambil tertawa halus.Kenji menggaru kepalanya yang tidak gatal sambil senyum kekok.Haih,kena counter balik dengan boss.
"Eh mana si budak bodoh Hayyan tu?lama tak nampak dia," Soal Aryan yang kembali tenang.
"Ha bila boss cakap pasal Encik Hayyan baru saya teringat yang Encik Hayyan cakap dia nak jumpa dengan boss harini," Ujar Kenji.
"Huh?apahal pulak jantan tu?tak pernah-pernah dia bagitahu orang yang dia nak datang ofis aku.Biasanya main terjah je.Nak mampus dah agaknya," Kata Aryan sambil memperbetulkan kot yang tersarung pada tubuhnya.
Tiba-tiba pintu ofis Aryan dibuka luas oleh seseorang.
"Hai baby sayang,sorrylah I lama tak jenguk you,"Kata Hayyan sambil berjalan dengan gaya gedik menuju ke arah Aryan.Pinggangnya dilenggang lenggok tidak ubah seperti wanita gedik.
YOU ARE READING
My Encik Psycho [OG]
Action✨My Encik Psycho✨ "Aku nak harini kau yang perhatikan Ariena,jangan terlepas pandang!" Kata seorang jejaka psycho yang bernama Aryan."Baik boss"balas Kenji , iaitu 'anak buahnya'. Aryan Mikael dibesarkan oleh pakciknya kerana ibu bapa nya telah meni...