Bab 26

165 13 0
                                    

Setibanya dirumah,Aryan terus melulu masuk ke dalam bilik tidur mereka.Kelihatan Ariena sedang nyenyak dibuai mimpi.

Aryan memboloskan dirinya ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.Seusai membersihkan diri,dia mengambil short pants miliknya di wadrobe lalu disarung ke tubuhnya.Kemudian,dia mengambil tempat di sisi Ariena.

"Hmm,biy janganlah tinggalkan sayang.Sayang takut." Ujar Ariena dengan matanya masih terkatup rapat.

Sah,tengah dibuai mimpi.

Aryan sekadar senyum tipis.Kemudian,dahi isterinya dikucup lembut.

"I'm always by your side,love" Bisik Aryan perlahan di telinga Ariena.

Dia menutup lampu yang terletak diatas meja berhampiran katil.Lama kelamaan,dia pun memejamkan matanya.Posisi mereka saat ini adalah dalam sebuah pelukan.

******
Jam menunjukkan tepat pukul 8 pagi.Ariena tidak menyambung tidurnya selepas selesai solat subuh,tetapi suaminya masih mahu menyambung tidur atas alasan penat katanya.

"Biy!bangun lah," Teriak Ariena sambil menggoncangkan tubuh tegap suaminya yang sedang nyenyak tidur.

"Hmm,kenapa?" Soal Aryan dengan suara serak basahnya.

"Tadi Hayyan call,dia cakap dia nak jumpa biy," Ujar Ariena sambil duduk di birai katil.

"Kiss first," Bisik Aryan perlahan.

"Pipi je eh"

"Nope,on my lips" balas Aryan sengaja mahu mengusik isterinya.

"Eee,biy dah la belum gosok gigi lagi," Balas Ariena sambil menjauhkan dirinya dari suaminya.

"Hahaha,biy gurau je.Where do you want to go?" Soal Aryan sebaik saja melihat isterinya bangun dari birai katil.Dia segera mendekati tubuh isterinya.

"Err nak pergi basuh baju.Haa basuh baju!" Ujar Ariena yang cuba untuk melepaskan diri.Belum sempat dia pergi,Aryan sudah mendapatkan dirinya dan dipeluk tubuhnya erat.

"No,you can't" balas Aryan dengan nada menggoda.Dia membenamkan wajahnya di ceruk leher sang isteri.

"B-biy, sa-sayang nak pergi buat kerja rumah ni," Ujar Ariena yang cuba untuk melepaskan diri.

"Kerja rumah? Biy dah settle kan semuanya semalam," Balas Aryan yang masih menghidu wangian isterinya.Wangi sungguh!

Ariena pasrah.Dia hanya melayan saja karenah suaminya.

"Hayyan kan nak jumpa biy?" Kata Ariena.

"Oh ya,I forgot" balas Aryan.Wajahnya diangkat kemudian pelukan perlahan-lahan dileraikan.

Ariena mengatur nafasnya.Dia tidak cukup nafas akibat dipeluk erat oleh suaminya.Aryan kalau dah peluk memang taknak lepas dah!

Aryan memboloskan dirinya ke dalam bilik air untuk membersihkan diri manakala Ariena berjalan menuju ke wadrobe untuk mengambil pakaian untuk suaminya.

T-shirt hitam dan seluar slack diletakkan di atas katil.Cukup simple untuk hari ini.

Dalam beberapa minit,pintu bilik air pun terbuka luas.Kelihatan Aryan yang sedang mengesat rambutnya.

"Biy,sayang nak ikut,boleh?" Pinta Ariena.Matanya dikedip-kedipkan untuk meminta belas kasihan.

"Nope,sayang.Biy ada benda penting nak kena bincang dengan Hayyan," Balas Aryan lembut.

"Ala sayang tak kacau biy pun.Sayang duduk jauhhhhh dari biy,okay?" Ujar Ariena yang masih belum berputus asa.

"Sayang,please.Okay macamni, nanti biy belikan barang Dior.Macam mana?" Pancing Aryan.

My Encik Psycho [OG]Where stories live. Discover now