Tangan mencari telefonnya yang berdering dan ditutup alarm tersebut. Mata yang masih mengantuk di gosok.
Dia segera bangun membersihkan dirinya dan mengambil bakul untuk ke bilik sebelah.
Dikuak perlahan pintu tu dan diambil pakaian alongnya untuk dimasukkan ke dalam bakul setelah tu dia melangkah ke bilik abang kembar nya pula.
Disidai pakaian mereka di ampaian setelah itu dia mengatur langkah ke dapur untuk menyiapkan sarapan.
Ini lah rutin hariannya bangun jam 4:30 pagi untuk buat kerja rumah jika tidak pasti tiga jejaka tu mengamuk.
Dihidangkan nasi goreng di atas meja. Kaki diatur ke bilik alongnya terlebih dahulu.
"Alex bangun solat subuh"kejut Adzra dengan lemah lembut. Risau jika Alex mengamuk.
Jejaka tu mencelikkan matanya dan bangun dari baringannya. Adzra segera keluar untuk ke bilik Arrafif dan Aarifin pula.
"Fif, Fin bangun solat subuh"Sebaik dua jejaka tu bangun dari tidur dia segera keluar untuk ke bilik nya semula.
"Kau dah masak?"Datar suara Alex bertanya. Adzra menganguk.
"Nak salam"Arrafif menepis tangan gadis tu dengan kasar.
"Aku taknak sentuh tangan perempuan pembunuh macam kau"Adzra tersenyum nipis walaupun dalam hatinya sakit. Dia segera keluar dari rumah tersebut untuk ke sekolah.
Alex berumur 21 tahun. Arrafif serta Aarifin berumur 19 tahun. Mereka bertiga mempunyai syarikat masing masing.
"Kau betina sini"Adzra melangkah mendekati Adrian serta dua kawannya.
"Buku aku mana?"gadis tu segera mengeluarkan buku Adrian dan diserahkan kepada nya.
"Kau tahu kan apa akan jadi kalau latihan aku ada salah?"Soal Adrian dengan senyuman sinisnya.
"T..tahu"jawab Adzra dan menunduk kepalanya.
"Blah"Gadis tu segera berlari pergi sebelum jejaka tu mengamuk.
"Adzra rehat nanti kau nak makan apa?"Soal Iman dan diusap perlahan rambut gadis tu. Mereka tahu apa yang Adzra lalui. Mereka juga buntu untuk buat apa.
"Aku kenyang. Aku teman korang berdua jelah eh"Dipandang wajah sepupunya. Iman menghela nafas nya perlahan.
"Aku tau Adzra kau tak makan lagi"Gadis tu hanya diam saja. Dia tidak ada selera untuk makan.
Bunyi saja loceng rehat mereka bertiga segera bangun untuk ke cafe.
Adrian mendekati Adzra dan ditarik tangan gadis tu dengan cara kasar.
"Adrian sakitt"Pengelangan tangan nya mula merah disebabkan cengkaman jejaka ni.
"Disebabkan kau yang bodoh ni buku latihan aku ada salah."Ditunjal tunjal kepala Adzra setelah mereka berdua berada di belakang blok sekolah.
"M..maaf"Adzra menunduk takut bila mata Hazel tu tajam merenung nya.
"Maaf maaf itu ja yang kau tahukan betina!"Ditampar pipi tu dan dicengkam kedua pipi Adzra dengan kuat.
"Aku nak balik nanti kau buat latihan yang baru. Kalau salah lagi siap lah kau"Ditinggalkan Adzra berseorangan di situ. Darah di bibir dikesat.
"Bibir kau kena apa? Bercium sampai luka?"Menajam mata Alex memandang wajah gadis itu.
"ta.. tak ada apa. Adzra naik dulu"Dia segera berlari naik ke bilik. Alex hanya melihat saja pemergian gadis tu.
Adzra mengambil sepaket nestum. Hanya itu saja yang mampu buatkan dia kenyang.
"Minum air pun pakai straw?cish"Adzra menunduk bila Arraf dan Aarif melangkah masuk ke dapur.
Aarif mendekati Adzra dicengkam pipinya.
"Auch"Adzra berdesis sakit bila abang kembarnya mencengkam pipinya.
"Kena apa?"Datar suara tu bertanya. Adzra mengeleng tanda tidak ada apa apa.
"Jatuh ja tadi dekat sekolah. Adzra naik bilik dulu"Dia segera keluar dari dapur untuk mengelakkan mereka bertiga dari bertanya tentang bibirnya.
YOU ARE READING
16. DESTINY FOR HER✓
ActionHighest #1 in Highschool [KEMUNGKINAN JALAN CERITA AGAK SAMA DENGAN STORY SAYA YANG LAIN] Hidup dia hanya dicaci maki serta dipukul oleh orang yang dia sayang saja. Mahu membalas perbuatan mereka terasa tidak baik. Sudahlah menjadi mangsa caci maki...