"kau tak pandai nak minta maaf ke apa lepas dah langgar orang?" Datar suara Adrian sambil mencengkam koler baju seorang pelajar junior yang telah melanggarnya.
"Ma..maaf bang s..saya tak sengaja"Mohonnya dengan tergagap gagap.
"BLAH!"jerkah Adrian dan budak tu tergopoh gapah melarikan diri.
"Adrian tuu"Jejaka tu menoleh ke arah yang ditunjuk oleh Hazim. Dilihat Adzra melangkah ke arah pokok besar tu.
"Carlos"panggil Adzra dan jejaka tu mengintai disebalik pokok besar tersebut.
"Hey lama kau tak datang sini"Didekati ke arah gadis tu.
"Boleh aku tanya?"Carlos mengangguk Kepalanya.
"Dia bercakap dengan siapa Rian? Asal bulu roma aku menegak semacam ni"Mikhail mengusap lengannya.
"Adzra boleh nampak sesuatu yang kita tak boleh nampak."tutur Adrian dengan mata tidak lepas ke arah gadis tu.
"Kau nak tanya siapa yang bunuh aku ke?"Teka Carlos dan dibalas anggukan dari gadis tersebut.
"Kalau kau nak tahu orang yang bunuh aku adalah Husna tapi dia upah orang lain untuk gantungkan aku dekat pokok ni. Selebihnya kau perlu jumpa dengan Aryl. Dia kawan aku dan dia tahu semuanya. Lepas tiga hari pengebumian aku, Aryl ada datang ke sini tapi dia tak boleh nampak aku. Dia bagitahu aku yang dia ada simpan rakaman suara husna yang dia upah orang untuk bunuh aku. Perempuan tu bencikan aku disebabkan aku tertumpah kan air dekat baju dia ja."jelas Carlos panjang lebar.
"Aryl? Setahu aku nama Aryl tak ada dekat sekolah ni"Carlos menganguk.
"Dia dah pindah ke Violet highschool. Dia kata dia taknak sekolah sini disebabkan taknak ingat apa yang diorang dah buat dekat aku."Adzra menganguk faham.
"Kalau Aryl tahu semuanya kenapa husna masih belum kena tangkap?"Dilihat jejaka tu diam seketika.
"Aryl tak pasti bukti yang dia dapat masih kukuh atau tak sebab tu hanya sebatas rakaman suara saja."Adzra mengetuk jarinya di dagu.
Seketika senyuman sinisnya terukir. Dipandang ke arah Carlos.
"Kematian kau akan dibela. Serahkan semua dekat aku."Carlos tersenyum dan mengangguk.
"Terima kasih Adzra Ezra"Katanya sebelum menghilangkan diri. Adzra segera melangkah pergi dari situ.
"Jumpa carlos ke tadi?"Soal Adrian. Jika bersama Adzra pasti nada bicaranya berubah lembut.
"Hm yaa. Aku rasa nak bela kematian dia lah. "ditongkat dagunya.
"How?"Soal Adrian ingin tahu.
"Aku perlu jumpa Aryl. Dia kawan kepada Carlos and he know everything"Tutur Adzra dan jejaka tu mengangguk.
"Kalau kitorang nak join juga boleh sayang?"Dilihat gadis tu menganguk mengizinkan.
"Petang ni datang rumah abang kitorang."Adrian mengangkat simbol okeyh.
Serentak badboy turun dari motor dan didekati ke arah pintu rumah banglo dua tingkat tersebut.
"Assalamualaikum"salam diberi oleh Badboy dan pintu tu dibuka.
"Walaikumusalam masuklah"jemput Aiman. Badboy mengatur langkah masuk ke dalam rumah tersebut.
"Along boleh pinjam telefon sekejap"Jejaka tu menyerahkan telefonnya. Adzra mengambil dan discroll mencari sesuatu.
"Gotcha"Di cari nombor telefon tu melalui komputernya.
"Along tahu selama ni along dapat gambar gambar ni dari siapa?"Jejaka tu mengeleng tanda tidak tahu. Disebabkan gambar gambar tulah dia memukul adiknya.
"Gambar gambar yang along dapat ni dari Girl's yang terdiri daripada husna,Syifa dan Fayza" Mereka terdiam seribu bahasa.
YOU ARE READING
16. DESTINY FOR HER✓
AcciónHighest #1 in Highschool [KEMUNGKINAN JALAN CERITA AGAK SAMA DENGAN STORY SAYA YANG LAIN] Hidup dia hanya dicaci maki serta dipukul oleh orang yang dia sayang saja. Mahu membalas perbuatan mereka terasa tidak baik. Sudahlah menjadi mangsa caci maki...