"selangkah kau keluar dari rumah ni kau bukan adik kitorang"Datar suara Alex berkata.
"Bukan selama ni korang yang tak anggap Adzra ni adik?"Diukir senyuman nipisnya dan keluar dari rumah tersebut.
Adzra melangkah masuk ke dalam rumah yang dia telah belikan. Buat masa sekarang biarlah dia duduk seorang diri dahulu.
"Oi betina sini"Panggil Adrian. Adzra mendekati nya. Jejaka tu menyerahkan buku latihan nya.
"Balik buat"Adzra berdecit di ambil buku tu dan dikeluarkan pemetik api. Membulat mata Badboy bila buku Adrian dibakar oleh Adzra.
"Kau kudung ke yang tak boleh nak buat sendiri tapi maaflah buku kau dah hangus"Ditepuk tangan seakan buang habuk dan melangkah pergi.
"TAK GUNA KAU"Adrian bangun menarik rambut Adzra. Gadis tu menyiku perut jejaka tu dan ditendang.
"Aku dah lama bersabar dengan kau jantan!"Adrian memandang Adzra dengan penuh amarah.
Adrian membawa Adzra ke belakang blok sekolah dan dihentak kepala tu di dinding. Dua kawannya turut menyertai. Adzra mengetap bibirnya kuat.
Adrian memegang tangan Adzra dan Hazim memukul kepalanya menggunakan kayu. Sehingga terdengar bunyi menandakan Hazim memukul kepala Adzra dengan cara yang kuat.
Tubuh tu rebah. Adrian yang berada dekat dengannya menyambut tubuh tu.
"Adzra?"Berdetak laju jantung Adrian bila gadis tu tidak sedarkan diri. Ditepuk pipi tu perlahan..dia terasa seperti cecair di belakang kepala Adzra.
"Weih kayu tu ada paku sumpah aku tak tahu"Terkejut Adrian yang mendengar tu. tangan nya sudah dipenuhi dengan darah Adzra.
Dicempung tubuh gadis itu ke parking. Diambil kain dan diletakkan di belakang kepala Adzra. Dia memecut laju ke hospital.
"Ahli keluarga Adzra?"Adrian bingkas bangun dari duduknya.
"Saya abang dia" lantak lah abang tak abang lagipun nama nak sama.
"Luka di belakang kepala dia sudah kami jahit. Adzra masih tidak sedarkan diri lagi jadi saya minta jangan bagi dia stress ya saya dapati dia jugak kekurangan air"Adrian mengangguk faham. Setelah doktor tu pergi dia masuk ke dalam wad Adzra.
Dicelikkan matanya memandang siling putih. Dia dekat mana sekarang ni?.
Adrian membuka matanya bila terasa ada sesuatu yang bergerak.
"Kau dah sedar?"Adzra memandang wajah jejaka tu.
"Kau siapa? Kenapa aku dekat sini?"Soal nya dengan dahi berkerut. Adrian tersentak. Takkanlah gadis ni lupa ingatan?.
"K..kau tak ingat aku? Aku Adrian"Dipegang tangan Adzra namun gadis tu menarik.
"Adrian? Aku tak kenal kau. Macam mana aku ada dekat sini? Jawablah!"Tiba tiba kepalanya sakit. Dipegang kepalanya. Adrian segera menekan butang merah tu. Doktor dan nurse melangkah masuk dan diarahkan Adrian untuk keluar.
Adrian segera mencari nombor Iman dan memaklumkan yang Adzra berada di hospital.
"Macam mana dengan Adzra? Apa jadi dekat dia? Kau belasah dia lagi ke hah?"Wafiyah memandang Adrian tajam.
"Ni ahli keluarga Adzra?. Adzra kemungkinan hilang ingatan dalam beberapa hal kerana hentakan sangat kuat di belakang kepala nya. Jadi buat masa sekarang jangan ingatkan dia benda yang boleh menjejaskan kesihatan dia ya"mereka mengangguk faham.
"NI SEMUA SALAH KAU TAHU TAK!"Jerkah Wafiyah kepada Adrian yang menunduk kesal.
Wafiyah dan Iman membawa Adzra pulang ke rumah.
"Kitorang balik dulu tau. Jaga diri baik baik"Adzra mengangguk dan melangkah masuk ke dalam rumah tersebut.
"Asal kau balik sini semula?"Adzra berkerut dahi.
"Kau siapa?"Ketiga jejaka tu berpandangan..kenapa dengan Adzra ni.
"Takkan kau tinggalkan rumah ni sehari kau dah lupa siapa abang-abang kau?"makin bertambah kerutan di dahi Adzra. Kepalanya mula sakit.
"Aku mana ada abang. Yang iman dan wafi bagitahu mak dengan ayah aku dah mati kemalangan. Sejak bila aku ada abang"Ketiga jejaka tu turut berkerut dahi.
"Kau ingat dengan lakonan kau tu kitorang nak percaya ke betina?" Adzra yang mendengar ayat terakhir tu semakin berdenyut kepalanya.
"Arhh sakit"Dia terduduk memegang kepalanya.
YOU ARE READING
16. DESTINY FOR HER✓
AcciónHighest #1 in Highschool [KEMUNGKINAN JALAN CERITA AGAK SAMA DENGAN STORY SAYA YANG LAIN] Hidup dia hanya dicaci maki serta dipukul oleh orang yang dia sayang saja. Mahu membalas perbuatan mereka terasa tidak baik. Sudahlah menjadi mangsa caci maki...