BAB 15

5.3K 269 5
                                    

"t..tak mungkin adik dah tinggalkan kitorang. Along tahu adik tidur kan? Baik adik bangun kalau taknak Along mengamuk"Dadanya sakit melihat keadaan adiknya yang terbaring di katil tu dengan tenang saja.

Digengam cadar katil tu dengan erat. Digeleng tanda tidak percaya bahawa gadis tu benar benar pergi.

"Kita pe.. perlu panggil orang untuk mandikan Adzra. D..dia dah tinggalkan kita long"Arraf mengesat air mata nya yang tidak henti henti mengalir.

"TAK! ADZRA TAK TINGGALKAN KITA! ALONG TAU DIA TIDUR! ADZRA BANGUN RAA"Digoncang tubuh tu dan ditarik ke dalam pelukannya.

"Along minta maaf sayang sebab terlalu jahat dengan Adzra. Along abang sulung yang tak berguna. Gagal jaga puteri kecil along ni dengan baik"Dicium lama pipi Adzra.

"Ma..maafkan Alex bonda ayahda sebab gagal jaga Adzra dengan baik"Disembamkan mukanya di bahu adiknya.

"Alex, Arraf dan aarif mari usung jenazah adik kamu bertiga"Panggil pakcik Rasyid. Ketiga jejaka tu bangun dari duduk mereka. Aarif mengesat air mata nya dari mengalir.

Iman dan wafiyah menangis teresak esak dalam pelukan bonda mereka.

Alex mengetap bibirnya menahan sebak yang kian hadir. Maafkan along Adzra sebab gagal jaga sweetie dengan baik. Bonda dan ayahda mesti marah sebab tak jaga Adzra.

"Along bodoh sebab perlakukan Adzra macam hamba. Disebabkan perbuatan along sendiri adzra pergi tinggalkan kitorang buat selama lamanya."

"Adik Adzra puteri bongsu abang Arraf. Abang berterima kasih dengan adik sebab selamatkan abang dari kena tikam. Tapi kenapa adik yang perlu selamatkan abang? Kalau adik tak ambil keputusan tu mungkin sekarang adik masih ada dengan kami."

"Abang Aarif sayangkan Adzra sangat sangat malah tak terkira. Mungkin adzra
fikir kami bencikan adik tapi tak. Kitorang minta maaf sebab tak mampu nak sayang adik macam orang lain. Tenang dekat sana ya sayang. Jangan lupa abang dekat sini. Adik Adzra sentiasa dalam hati abang Aarif."Tangan diletakkan di dada nya.

"Puas? Sebab korang bertiga Adzra pergi! Korang cakap Adzra pembunuh kan? Korang tak rasa ke korang pun pembu...nuh?"Iman memandang wajah ketiga jejaka tu dengan mata merah akibat menangis.

"Iman sudah. Sini dekat abang"Aiman menarik lengan adiknya dan diusap perlahan belakang gadis tu.

Alex bingkas bangun ke bilik adiknya. Masuk saja bau wangian menusuk ke dalam hidung nya. Perasaan rindu hadir dalam dirinya.

"Tak sangka adik betul betul pergi tinggalkan kitorang. Along minta maaf sangat sangat sebab lontarkan kata kata macam tu dekat adik. Along lupa kata kata tu satu doa dan tak sangka Allah makbulkan doa tu. Mungkin Allah nak kitorang sedar apa kesalahan kami dah buat dekat adik"Dipandang frame gambar adik perempuan nya. Senyuman manis itu dia rindu.

"Sebenci tu along dekat adzra?"

"Along tak pernah benci adik malah along sayang sangat tapi diri ni ego. Along minta maaf babygirl"Air mata nya gugur lagi.

"Jangan kau menyesal dengan kata kata kau long!"

"Along menyesal dengan apa yang along dah buat dekat Rara. Along tak izinkan adik pergi tapi adik tetap pergi. Betul cakap Aiman. Cara along dekat adik dah jelaskan yang along seperti izinkan adik pergi."Diseka air mata nya yang tidak henti henti mengalir.

"Masuk dalam mimpi along ya dik. Along rindu sangat"Direbahkan badannya di katil adik perempuannya. Frame gambar tu dipeluk erat.

Perlahan lahan mata nya tertutup kerana mengantuk disebabkan terlampau menangis.

16. DESTINY FOR HER✓Where stories live. Discover now