"letak motor korang dekat sana boleh? Takut kena langgar japgi"Badboy segera meletakkan motor mereka di tepi.
Ketiga gadis tu masuk ke dalam garaj dan dihidupkan enjin kereta sport masing masing.
"Fuyoo Lamborghini Aventador, Audi R8 dengan Mustang"Ternganga Hazim melihat kereta ketiga gadis tu.
"Masuk lah"Adrian memboloskan diri ke dalam kereta Adzra.
"Rumah dia jauh ke?"Soal Adrian dan menoleh ke arah gadis tu. Adzra menganguk sebagai balasan.
Adzra mengambil perfume kereta di dashboard. Adrian mengetap bibir bila wajah gadis tu dekat saja.
"Bila nak jalan?"Soal Mikha bila Iman hanya tenang saja.
"Tunggu kereta Adzra jalan baru kita follow"Jejaka tu mengangguk faham.
Adzra memilih lagu terlebih dahulu di skrin iPad yang telah diletakkan dalam keretanya.
"Bye adik!!"Ditoleh ke arah cermin keretanya dan dilambai tangan ke arah lima jejaka tersebut. Handbreak ditarik dan dimulakan pemanduan nya.
"Kenapa kereta aku tak ada benda ni eh?"Ditunjuk ke arah iPad tersebut. Adzra mengerling sekilas.
"Hm boleh minta diorang letakkan cuma kita kena beli lah benda ni"Adrian mengangguk faham.
"Korang ni anak orang kaya ke? Tengok rumah kereta dengan motor bukan main mahal lagi"Tutur Hazim.
"Kitorang pun ada pangkat. Aku Tengku Wafiyah Noura, Iman pula Tengku Iman Sarah dan Adzra Tunku Adzra Ezra"Jelas Wafiyah dengan mata tidak lepas memandang ke hadapan.
"Kenapa sorokkan? Tak suka orang tahu identiti ke?"Soal Hazim sekadar ingin tahu. Tidak dia sangka ketiga gadis yang mereka hina miskin dahulu adalah berkerabat diraja.
"Lebih kurang macam tulah"Dikerling sekilas ke arah Hazim.
Adzra menyandarkan badannya di seat. Adrian menoleh ke arah gadis tu. Bosan pula dia dah masing masing hanya diam saja.
"Sayanggg kau tak jatuh hati dekat aku lagi ke?"Adzra mengangkat bahu nya tanda tidak tahu.
"Aku tak pasti cuma kau pegang seat kuat kuat kita nak masuk highway"Jejaka tu memandang ke hadapan. Adzra memecut laju keretanya.
"Astaghfirullah kau nak ajak aku mati sekali ke apa ni?"Pucat wajah Adrian dibuatnya.
"Weih janganlah laju sangatt!!"jerit Mikhail dengan memegang seat nya. Iman tergelak kecil.
Setelah 2 jam perjalanan akhirnya mereka sampai di rumah Aryl.
"Assalamualaikum"Tidak sampai beberapa minit pintu tu dibuka oleh seseorang.
"Walaikumusalam. Korang siapa ya?"Soal Aryl dengan kerutan di dahi dan dijemput untuk masuk.
"Kau Aryl Zariel kan?"Jejaka tu menganguk.
"Duduklah mama dan papa aku keluar sekejap beli bahan masak untuk malam ni eh sekejap kau Adzra kan?"Gadis tu tersenyum nipis dan menganguk.
"Aryl kau sahabat arwah carlos kan? Boleh aku tanya apa yang kau tahu tentang kematian dia?"Aryl menghela nafas perlahan sesungguhnya dia tidak kuat untuk berbual tentang arwah sahabatnya.
"Sebelum dia digantung dekat pokok tu aku ada rakam suara Girls yang diorang upah seseorang untuk gantungkan Carlos dekat pokok."Dikeluarkan telefonnya dan dicari rakaman suara tersebut. Setelah jumpa dia menaikan volume.
"Aku nak kau bunuh Carlos. Gantung dia dekat pokok besar tu. Kalau kerja kau gagal bukan kau sorang ja yang kena kitorang pun kena"~ Husna.
"Serahkan ja dekat aku tak ada hal lah btw body kau mengancam taknak bagi aku hm?"~ someone.
Setelah tu rakaman suara tu habis disitu saja.
"Dan aku sempat ambil beberapa keping gambar"Ditunjuk ke arah Adzra gambar gambar tu.
"Fiyah kau ada bawa laptop kau?"Gadis tu mengangguk dan berlari keluar ke keretanya.
"Ambil gambar ni dan jelaskan"Wafiyah menganguk dan jari jemarinya lincah di papan kekunci tersebut.
"Aryl kejadian ni jadi waktu bila? Sebab ada kamera CCTV dekat sini tapi setahu aku sekarang CCTV ni dah rosak"Aryl diam seketika.
"1 tahun yang lepas"Wafiyah menganguk dan segera hack CCTV tersebut. Wajah jejaka tu dizoom.
"Shit, Adzra budak laki tu adalah Rizal. Tahun lepas dia senior sekolah kita."Adzra mengepal erat penumbuk nya.
YOU ARE READING
16. DESTINY FOR HER✓
ActionHighest #1 in Highschool [KEMUNGKINAN JALAN CERITA AGAK SAMA DENGAN STORY SAYA YANG LAIN] Hidup dia hanya dicaci maki serta dipukul oleh orang yang dia sayang saja. Mahu membalas perbuatan mereka terasa tidak baik. Sudahlah menjadi mangsa caci maki...