Adrian berlari masuk ke dalam hospital tersebut. Pandangan orang diabaikan saja yang pasti dia mahu berjumpa dengan gadis tu.
Dia menerjah masuk ke dalam Wad Adzra. Tangan naik menekup mulut melihat keadaan gadis tu. Didekati ke arahnya.
"i..ini ke maksud kau yang kau nak rehat?"Bergetar nada suaranya. Tangan sejuk Adzra digengam erat oleh nya.
"kau tak boleh tinggalkan aku Adzra. Cepat bangun dari tidur kau tu tau. Kau kena tanam perasaan cinta dekat aku dalam hati kau semula. Kau cakap kau suka dekat aku kan? Sekarang aku dah suka kau. bangun ya sayang?"air mata jantan nya gugur memandang wajah gadis itu.
"Maaf sebab selalu pukul kau."Ditundukkan kepalanya dan seketika koler baju nya ditarik menghadap muka bengis seseorang.
"Kau leader badboy kan?. jadi selama ni Adzra balik rumah dalam keadaan berdarah berpunca daripada kau lah kan." Alex mencengkam kuat koler baju Adrian.
"Apa kaitan kau dengan Adzra?"Adrian melepaskan tangan jejaka tu dari mencengkam koler baju nya.
"Aku abang sulung dia. Adik aku hilang ingatan haritu berpunca daripada kau!"aarif menarik tubuh alongnya ke belakang.
"Sabar long sekarang kita dekat wad Adzra. Kita datang nak melawat adik bukan bergaduh. Adrian ikut aku"Adrian segera melangkah mengikuti langkah Aarif keluar.
"Sekarang kau bagitahu aku kenapa kau belasah Adzra dekat sekolah?"Aarif berpeluk tubuh memandang wajah jejaka di hadapannya ini.
"Aku belasah dia sebab kerja sekolah aku ada yang salah. Tapi aku minta maaf sangat sangat. Aku menyesal apa aku buat."Aarif menghela nafas nya perlahan. Jadi selama ni adik nya kurang makan disebabkan nak siapkan kerja sekolah orang lain?.
"Aku taknak belasah kau sebab dia sekarang bertarung nyawa. Kalau dia kembali dekat kita balik kau jangan cederakan dia lagi boleh? Apa aku dengar kau suka dekat Adzra" Adrian menunduk dan menganguk bahawa dia suka kan Adzra.
"Abang Alex,Arraf dan Aarif boleh tak iman dengan Wafiyah nak tinggal dekat rumah Adzra yang dia beli tu dan bila dia sedar nanti kitorang nak tinggal bersama. Abang Aiman dengan abang Waiz akan tinggal dekat sini tak apa kan?"Ketiga jejaka tu mengangguk membenarkan.
Iman dan Wafiyah segera bangun menyalam tangan abang mereka dan keluar dari rumah abang Adzra.
"Besar jugak rumah Adzra beli"Iman menganguk kepalanya sebagai balasan. Mereka berdua masuk ke dalam rumah tersebut.
1 bulan kemudian.
"Adik? Adik taknak bangun? Kasihan abang abang Adzra tunggu Adik pulang ke pangkuan diorang" Bonda Ezaura mengusap rambut anaknya.
"Adzra taknak. Adzra terseksa dekat dunia. Adzra nak ikut bonda dan ayahda boleh?"Bonda dan Ayahda nya mengeleng.
"Tak boleh sayang. Masa adik belum sampai. Bangun lah adik. Ramai yang masih perlukan adik. Adik kata nak jadi ketua mafia Demon Wolf kan? Jadi adik kena kuat tak boleh lemah macam ni."Ayahda Aderald mencubit lembut pipi anaknya.
Bonda dan ayahda nya bangun dan tersenyum manis. Diusap rambut Adzra perlahan.
"Bangun ya sayang. Bonda dan ayahda sentiasa ada dalam hati Adik." Perlahan lahan bayangan mereka menghilang.
"Bonda! Ayahda! Adzra nak ikut!"air mata nya mengalir ke pipi.
Tit........
Alex menekan butang merah di kepala katil adiknya. Doktor dan nurse melangkah masuk dan menyuruh mereka keluar dari wad tersebut.
"Balik lah adik. Along rindu sangat"Digengam erat tangan nya sendiri.
YOU ARE READING
16. DESTINY FOR HER✓
ActionHighest #1 in Highschool [KEMUNGKINAN JALAN CERITA AGAK SAMA DENGAN STORY SAYA YANG LAIN] Hidup dia hanya dicaci maki serta dipukul oleh orang yang dia sayang saja. Mahu membalas perbuatan mereka terasa tidak baik. Sudahlah menjadi mangsa caci maki...