BAB 27

3.9K 192 5
                                    

Adzra menyandarkan badannya di kerusi dengan mata dipejamkan.

"Ad? Kau okeyh?"Soal Iman dan gadis tu mengangguk saja.

"Aku pening kepala sikit"Dilentokkan kepalanya di meja dan kedua tangannya dijadikan penutup wajahnya.

"Nak aku tolong picit kan tak?"Adzra mengeleng tanda tidak perlu. Lama kelamaan dia hanyut ke alam mimpi.

Badboy melangkah masuk ke dalam kelas ketiga gadis tu dengan lagak badboy mereka.

"Jom makan"ajak Hazim dan ditarik tangan wafiyah manakala Mikhail menarik lengan Iman.

"Sweetie kenapa ni?"Diusap rambut tu perlahan. Adzra yang sedang tidur terjaga dari tidurnya.

"Janganlah kacau."Adrian berkerut dahi. Kenapa pula dengan gadisnya ni.

"Aku ada buat salah ke? Atau kau tak sihat?"Lembut nada Adrian bertanya.

"sakit kepala ja"tangan kiri Adrian naik mengurut pelipis Adzra.

"Not hungry?"dilihat gadis tu mengeleng saja. Adrian meletakkan dagu di atas lengan kanannya.

"Why didn't you tell me you were sick? I can take care of you"Dicium ubun ubun tu lama. Adzra memandang ke arah nya.

"Nanti dikatakan nak perhatian."Adrian tergelak kecil. Rasa nak gigit saja hidung mancung Adzra.

"Tak salah aku bagi perhatian aku untuk gadis aku. Faham sayang?"Diusap rambut tu ke belakang.

"aku nak kahwin dengan kau. Biar boleh jaga kau waktu kau sakit."Dipandang dalam mata cantik gadis itu.

"SPM dah tak lama. Lepas habis sekolah bawa lah family datang jumpa along"Diukir senyuman manisnya sehingga terserlah lesung pipitnya.

"Really? Okeyh nanti aku akan bawa bonda dan ayahda aku jumpa along kau"Dia membalas senyuman manis Adzra.

"Aku tahu kau sukakan aku. Dari segi cara kau pun dah cukup menjelaskan yang kau sayangkan aku Adzra"Dia perasan hal tu dan dia tahu mungkin gadis ini malu untuk meluahkannya jadi dia tunjuk kasih sayang nya melalui perbuatan.

"Baguslah kalau Adrian peka."Jejaka tu tersenyum dan dicium dahi gadis nya dengan lama.

"Jangan berani nak berubah hati faham? Kalau aku dapat tahu kau cuba nak rapat dengan lelaki lain, kau akan dapat hukumannya baby"Amaran keras diberi oleh Adrian bahawa dia sangat sayangkan Adzra.

"Pesan dekat diri tu sama bukan Adzra sorang ja"Dijeling ke arah Adrian.

"Masa Husna goda aku pun aku tak termakan inikan pula berubah hati lambat lagi lah. Kau tu perempuan jadi aku tahulah hati kau tu lembut. Aku bagi ayat manis pun kau dah dug dag dug dag kan?"Usiknya dengan senyuman sinis di bibir.

"Nak usik orang lah tu. Eish siapa entah menangis sampai merah hidung semalam gara gara ternaikkan suara"kalini Adzra pula mengusik Adrian.

"Haa sayangg eish diam diam dahlah orang dengar nanti"Digengam erat tangan Adzra. Gsdis tu tergelak kecil.

"Sukaa kenakan aku kan. Kau tunggu lepas kahwin aku kenakan kau cukup cukup"Adzra menjelirkan lidahnya dan disembamkan mukanya di meja bila Adrian mahu mencubit pipi nya.

"Angkat muka tu! Aku nak cubit pipi kau yang gebu tu"Adzra menyorokkan mukanya agar Adrian tidak dapat mencubit pipi nya. Sakit tahu tak.

"Taknakkk wieee"Dia tergelak dengan muka disembamkan. Adrian tergeleng kecil melihat gadis nya. Diseluk kocek seluar dan disarungkan cincin di jari manis Adzra.

"Pakai cincin ni sebab aku nak orang tahu kau dah berpunya."Adzra melihat jari manis tangan kanannya.

Adrian segera mencubit pipi gebu Adzra. Geramm ja dia.

"Cantik"Adrian tersenyum. Masa dia beli cincin tu dia tidak tahu Adzra pakai saiz apa tapi akak kedai tu cakap kalau dia jodoh kita cuba pakai di jari kelingkingnya dan ya cincin tu muat dengan jari manis Adzra.

Adrian menongkat dagu merenung wajah cantik Adzra. Gadis tu yang terasa seperti direnung segera mengangkat muka memandang Adrian. Jejaka tu tersenyum manis dan Adzra melemparkan pandangan ke arah lain. Wajahnya berona merah.

"are you blushing dear? So cute babygirl"Dicubit pipi gebu tu lembut.

16. DESTINY FOR HER✓Where stories live. Discover now