chapter 02

423 65 37
                                    

kim dayeong pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

kim dayeong pov.

" Oi! "

Mendengar suara itu, aku lantas berpaling ke arah kiri. Entahlah aku rasa macam orang di sebelah aku yang sebut tadi. Jadi, aku memandang wajahnya.

" Panggil say- "

" Tak payah saya awak. Guna aku kau sahaja. " Dia memotong percakapan aku dengan nada datar.

Aku mengangguk kecil tanda membalas.

" Oh ya, aku memang panggil kau tadi. " ujarnya masih lagi dengan nada datar.

Bila aku perhatikan orang sebelah aku ni, nampak dia macam jenis.. badgirl? Eh bukan! Maksud aku macam jenis.. hmm macam jenis.. macam mana eh nak describe? Tapi korang faham kan?

" Tch, kenapa pandang aku macamtu? Nampak aku macam nak buli kau ke? " soalnya dengan senyuman sinis.

Aku menggeleng kepala laju.

" Nama kau Dayeong kan? "

" Yㅡ "

" Nama aku Ara. "

Aduhai, memang dia suka potong orang bercakap eh?

Tak apalah, ada orang tegur aku pun aku dah bersyukur sangat.

" Haa ermm selamat berkenalan! " ujarku ceria kepadanya.

Tiba - tiba dia tergelak kecil.

" Kau ni comel juga eh? "

Aku menggeleng kepala. " Ani.. "

" Nanti kalau masa rehat kau belum dapat kawan, kau bolehlah join aku makan sama - sama dekat langit. Eh masuk aku dekat atap bangunan ni. Aku jarang makan di kantin, ada banyak jenis pencemaran. "

Aku mengerutkan dahi. Banyak jenis pencemaran? Tidak silap aku sekolah yang aku berada sekarang ni, termasuk top lima sekolah tercantik di Seoul ni.

Disebabkan aku perhati sahaja si Ara ni mengantuk semacam, jadi aku tidak berani ingin bertanya lebih. Kan tiba - tiba dia naik angin?

" Ara-ah.. Terima kasih..." ucapku dengan senyuman tipis. Maklumlah rasa kekok sedikit.

Aku melihat Ara menaikkan keningnya. Aku tahu, mesti dia bingung.

" Terima kasih untuk apa? " soalnya. Kan aku dah cakap!

" Sebab ajak aku makan dengan kau nanti. " balasku lirih.

" Tidak ada masalah. Kita kan kawan. " Dia tersenyum manis.

Dia kata kawan? Akhirnya..

Tiba - tiba aku nampak dia sumbat earphone dalam lubang telinga dia. Tapi hanya sebelah sahaja.

" Hmm aku tak suka sangat cakap banyak ni, kau buatlah kerja kau. Aku nak tidur. "

Aku mengangguk kecil lalu melambai kecil kepadanya.

Entahlah dia perasan atau tidak sebab nampak macam dia sudah betul - betul tidur.

Tok tok!

Aku mengangkat kepala untuk melihat gerangan orang yang mengetuk meja aku.

Ah.. pelajar lelaki. Riak wajahnya hanya biasa.

" Ehem. Aku sebagai penolong ketua kelas, aku nak kau ambil borang ni isi. Lepastu nanti kalau dah siap isi bagi aku balik. " pesannya sambil menghulurkan beberapa helaian kertas A4 yang bercetak kepada aku.

Aku mengangguk lalu mengambil hulurannya.

Selepas sahaja aku ambil, terus dia berjalan pergi ke tempat duduknya semula.

Apa - apa sahajalah. Baik aku isi cepat sebelum loceng rehat berbunyi nanti.

Aku membaca isi - isi yang tertulis. Nampaknya macam aku perlu isi tentang maklumat diri aku. Oh iya! Aku kan murid baharu!

Aku mencapai sebatang pen berwarna hitam yang sudah berada di atas meja.

Ditekan hujung pen lalu aku mula mengisi maklumat diri tentang aku satu persatu berdasarkan apa yang ditulis.

Selepas lebih kurang sepuluh minit aku mengisi, aku menekan kembali hujung pen.

Kemudian, aku menolak kerusi aku ke belakang sedikit untuk memudahkan aku berdiri.

Sambil berjalan menuju ke lelaki yang bagi borang kepada aku tadi, aku mengemak kembali satu - persatu helaian kertas. Takut juga aku kalau masih ada yang belum terisi.

" Ehem. "

Aku berdehem kecil untuk memanggil lelaki itu. Nampak macam tidak sopan, tapi itu sahaja caranya. Aku tidak tahu nama dia. Tadi ada juga hasrat nak tanya, namun dia awal - awal sudah pergi. .

Kalau aku panggil 'oi!' kan, macam kasar pula. Kalau sentuh dia, erm takut pula dia tidak suka.

Setelah beberapa saat aku berdehem tadi, barulah lelaki di hadapan pandangan aku ni memandang aku.

Riak wajahnya sama sahaja dengan masa dia bagi aku kertas tadi.

Dia memandang aku beberapa saat sebelum memandang helaian kertas yang aku genggam.

" Dah siap? Betul - betul pasti sudah isi semua? "

" Ya.. "

Dia mengangguk lalu menghulur tapak tangannya. Eh kenapa?

" Kenapa? " Kepala aku disengetkan sedikit. Aku memang macamni apabila setiap kali tanya soalan ataupun bingung.

" Comelah kau ni. Haih aku nak kertas tulah. " balasnya lalu tergelak kecil.

Baru aku faham. Rupanya dia mahu kertas yang aku pegang ini kembali. Bengap juga aku rupanya.

" Ahh minta maaf!" ucapku lalu menghulurkan kertas yang aku pegang kepadanya.

" Tak apa. Terima kasih. Oh ya, nama aku Yoon Jaehyuk. "

Aku mengangguk. Akhirnya aku tahu nama dia apa. Sebab aku nak intai nametag dia pun susah tau!

Jaehyuk mencapai huluran aku lalu meletakkan kertas itu di dalam laci meja. Selepas itu, dia memandang kembali ke arah sebuah buku yang berada di atas mejanya.

Okay, aku rasa aku patut pergi ke tempat duduk aku kembali.

TBC.

im update since ada orang support! terharu.. maaf kalau kurang menarik. im not a pro author, masih cuba belajar perlahan - lahan.

first love : bang yedam ✔︎Where stories live. Discover now