chapter 18

254 39 8
                                    

Setelah selesai melakukan segala kerja rumah selepas pulang daripada sekolah, Dayeong lantas memasuki biliknya dengan tergesa - gesa

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Setelah selesai melakukan segala kerja rumah selepas pulang daripada sekolah, Dayeong lantas memasuki biliknya dengan tergesa - gesa.

Mengingati perjanjiannya dengan Yedam, Jaehyuk dan Ara membuatkan dia risau dia akan terlambat.

Sebaik sahaja memasuki biliknya, Dayeong terlebih dahulu melihat jam yang terpapar di screen telefonnya.

" Ada lagi 20 minit. Nasib baik! " ucapnya lega sambil memegang dada.

Kemudian, dia mengambil beg yang sudah terisi dengan barang - barang yang hendak digunakan untuk kerja berkumpulan nanti.

Setelah memastikan tiada barang yang akan tertinggal, Dayeong menutup suis lampu dan kipas terlebih dahulu sebelum keluar daripada biliknya.

Tidak perlu meminta izin kedua ibubapanya, dia terus keluar daripada rumah dan hanya memberi pesan kepada penjaga rumah sahaja.

" Annyeonghaseyo ahjussi! " Dayeong menyapa mesra penjaga yang disediakan untuk menjaga rumah keluarganya.

" Annyeong Dayeong. Kenapa ni? "

" Ahjussi... Saya akan balik rumah lewat sikit tau harini. Ada kerja berkumpulan dengan kawan - kawan. Kalau eomma atau appa saya ada tanya, ahjussi cakap je macam yang saya kata tadi. "

" Arasseo. Hati - hati ya. "

Dayeong mengangguk. " Nae. Bye - bye ahjussi! " Lambaian kecil dia berikan kepada penjaga rumah itu.

Bunyi pintu dibuka membuatkan Asahi memandang ke arah pintu yang berada tidak jauh darinya.

Melihat Dayeong yang datang, dia tersenyum kecil dalam diam.

" Konniciwa Asahi! " sapa Dayeong terlebih dahulu.

Seperti biasa, Asahi sekadar mengangguk tanda membalas.

" Hmm Asahi.. "

" Hmmm? "

" Harini aku tak boleh kerja tau sebab aku ada hal sikit. Saem aku ada bagi kerja berkumpulan. Lepasni aku kena pergi selalu lepas singgah di sini. "

" Jadi? "

" Kau.. Boleh ke tolong gantikan tempat aku harini? Aku dah tanya bos tadi. Dia bagi kebenaran untuk aku cuti, tapi dengan syarat antara kau dengan Kangmin tolong ganti tempat aku harini.. " terang Dayeong serbasalah.

Kalau diikutkan, kerjaya memang tidak terlalu banyak. Tapi dia risau sangat takut menyusahkan mereka berdua.

Walaupun riak wajah Asahi sekarang nampak biasa, namun dalam hati dia rasa sedih melihat wajah Dayeong sekarang. Serbasalah juga dia.

first love : bang yedam ✔︎Where stories live. Discover now