" AKU MALU AKU MALU! "
" Tenang Dayeong tenang.. " ujar Ara dengan gaya tangannya ke atas ke bawah.
" Fuh.. "
" Kau nampak kan tadi Ara? Dia dengar aku melatah, lepastu tolong selamatkan aku! Malu betul aku. Sudahlah ramai yang nampak. "
Dayeong menekup mukanya.
" Alaaa kau pun tak sengaja kan. "
" Kalau fans Yedam tu nampak macam mana? Mesti aku kena serang! " rungut Dayeong sekali dengan gaya.
" Rileks Dayeong.. Yedam pun tak ada marah pun kan. Dia siap pesan suruh berhati - hati lagi. "
" Kau ingat senang ke nak dengar si Yedam tu cakap lemah lembut dengan perempuan. Kau orang ketiga tau dia cakap tanpa guna nada dingin terfavorite dia tu. " Ara membuat muka meluatnya.
Dayeong memandang Ara sambil mengupas kulit bibirnya. " Siapa dua orang lagi tu? "
" Eomma dialah. "
" Lagi sorang? "
" Aku. " Ara tersengih kecil. Bangga jugalah sebab Yedam pernah cakap guna nada lembut dengan dia.
" Lah begitu pula. "
" Begitulah. Tapi sekali sahajalah dia pernah cakap lemah lembut dengan aku. Itupun sebab aku tolong si Jaehyuk susu pisang tu. "
" Ah.. Oh ya, kau pasti ke dia tak pernah cakap lemah lembut dengan perempuan? "
" Hmm entahlah. Tapi di sekolah ni, memang dia selalu dingin je dengan mana - mana perempuan. Masa sekolah rendah pun sama. Eh tapi dengan guru - guru perempuan semestinya dia tidak guna nada dingin. Nanti dikata dia tidak hormat pula. "
Dayeong mengangguk. " Betul. Hmm jom lah masuk kelas. "
" Jom! "
Disebabkan saya pasti ramai curious apa yang terjadi, marilah kita flashback.
Dayeong dengan Ara, masing - masing tengah makan dengan berselera di kantin.
Ya. Itupun sebab Dayeong paksa Ara makan di kantin. Dayeong terasa tau dengan kata - kata Yedam semasa kejadian di rooftop tu!
Tidak lama itu, ada seekor anak kucing tiba - tiba ambil beg duit Dayeong yang bergebu dan membawanya lari.
Disebabkan beg duit tu berada di atas meja, jadi Dayeong perasan kucing tu ambil.
Dia pun apa lagi, mestilah kejar. Susah payah dia bekerja untuk dapatkan duit! Sedap - sedap je kucing tu mahu bawa lari.
" Dayeong! Kau nak pergi mana? "
Ara ni pun satu, ditinggalkan mangkuk yang berisi makanan di atas meja lalu mengejar Dayeong.
" Hei kucing! Berhenti! "
" Miaw miaw!! "
" Hiksss berhentilah! "
" Rawwwrrr "
Kerana Dayeong sibuk sangat berlari mengejar anak kucing itu, dia tidak perasan ada beberapa anak tangga di hadapannya.
Pasti anda tahu apa yang terjadi. Ya, Yedam datang tarik Dayeong daripada terjatuh atas anak - anak tangga itu.
" Oh mak kau Bang Yedam! " Dayeong termelatah akibat tindakan Yedam yang tiba - tiba. Sudahlah Yedam tengah pandang wajahnya.
Tapi, tiada siapa tahu Dayeong tengah menahan sakit. Iyalah, pagi tadi kan air kopi panas kena lengan dia. Lepastu Yedam pergi pula sentuh lengan dia.
Pasal beg Dayeong pula, akhirnya selamat. Nasib baik Jaehyuk tolong tangkapkan anak kucing tu dan mengambil beg duit Dayeong.
Dan terakhir, Ara yang melihat semua kejadian itu menepuk dahinya.
Drama apa pula ni?
Dia menghampiri Jaehyuk.
Seakan tahu dengan kehadiran Ara yang menghampirinya, Jaehyuk memberi beg duit kepunyaan Dayeong kepada Ara dengan senyuman manis.
" Terima kasih tolong Dayeong. " ucap Ara.
" Tidak ada masalah. "
" Hmm sampai bila Dayeong dengan Yedam tu nak berpeluk? " soal Ara perlahan sambil berpeluk tubuh.
Jaehyuk memandang Ara sekilas lalu mengangkat bahu.
" Yedam! Lamanya peluk! Jatuh cinta ke? " laung Jaehyuk lalu dia ketawa.
Ara pula mampu geleng kepala sahaja. Pelik - peliklah si Jaehyuk ni.
Yedam cepat - cepat melepaskan pelukan. Dia menundukkan badannya kepada Dayeong.
" Minta maaf. Jangan lupa lain kali hati - hati. " pesan Yedam dengan suara manisnya.
Tipulah kalau kata Dayeong tidak terpegung dengan suara Yedam yang itu. Sebab selama ni Yedam asyik cakap dengan nada dingin sahaja dengan dia.
Dayeong pun turut menunduk sedikit.
" Minta maaf juga. "
Lalu, Dayeong berlari ke arah Ara sambil menutup mulut rapat dan menarik Ara pergi.
Pasal Dayeong mahu belanja Jaehyuk kerana kes pagi tadi, Dayeong sudah tunaikan. Sebab itu Jaehyuk kenal rupa beg duit Dayeong.
.
Ara yang sudah siap mengemas barang - barangnya berdiri di sebelah meja Dayeong untuk menunggu kawannya yang sorang itu.
Dayeong memandang Ara sambil menggaru kepalanya. " Ara.. Kau baliklah dahulu boleh? Aku nak buat sesuatu. "
" Baik. Jumpa esok. Jangan lupa mesej aku tau. "
" Naeee! "
Dayeong tersenyum kecil melihat kelibat Ara yang makin lama makin menghilang.
Dia mengambil segala barang - barangnya yang berada dalam laci meja dan disusun elok - elok di dalam beg sekolah.
Dayeong ni jenis tidak suka tinggalkan barang meja. Dia rela bawa beg berat hari - hari walaupun dirinya banyak jalu mendapat luka.
Tidak lama itu, bunyi pintu kelas diketuk membuatkan Dayeong reflek memandang ke arah pintu kelas.
Seorang perempuan tengah berdiri sambil tersenyum sinis memandangnya.
ㅡ tbc.
part Yedam selamatkan Dayeong tu abaikan kalau cringe. saya tak ada idea sebenarnya, jadi terpaksa buat macamtu...
YOU ARE READING
first love : bang yedam ✔︎
Fanfictionlama, yedam mengambil masa yang lama untuk menyedari dia telah jatuh cinta terhadap perempuan itu. mungkin kerana itu merupakan first love nya? [ start :: 16022022 / end :: 23042022 ] old title ; thank you . warning ; fanfic ni noob + mengarut .