chapter 06

261 46 9
                                    

** November, Friday

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

** November, Friday.

" KIM DAYEONG! "

Mendengar jeritan eommanya, Dayeong terus terbangun daripada tidur.

Maklumlah, dia jenis mudah terbangun apabila dengan suara yang kuat. Tidak kiralah suara apa sekali pun.

Seperti hari - hari sebelumnya, Dayeong mengemas katilnya terlebih dahulu sebelum berjalan masuk ke dalam bilik air untuk membersihkan diri.

Selepas selesai, Dayeong memakai baju tshirt berlengan panjang dan seluar jin panjang lalu turun berjalan menuju ke dapur.

Dapat dia lihat eommanya tengah duduk di atas kerusi sambil bermain telefon.

Kelibat Puan Kim dia hiraukan dan Dayeong mula menyediakan sarapan untuk ahli keluarganya seperti biasa.

Setelah selesai memasak, dia meletakkan makanan - makanan yang dimasaknya di atas sebuah meja kaca yang boleh tahan besar.

" Eomma, makanan Dayeong dah siap masak. Eomma nak minun air apa harini? " soal Dayeong lembut sambil memandang eommanya.

Puan Kim memadang anaknya sekilas lalu kembali memandang telefon.

" Buatkan air kopi panas. "

Dayeong mengangguk berserta senyuman kecil lalu menyediakan air kopi panas seperti yang diminta wanita yang dicintainya.

" Ah! "

Tidak semena - mena, ada seseorang melanggar tangan Dayeong dengan sengaja.

Sebuah jug yang berisikan air kopi panas habis tumpah dibuatnya. Nasib baiklah jug kaca itu tidak jatuh, cuma air sahaja yang terkeluar dan terkena tangan dan kaki Dayeong.

Dayeong berhenti mengacau lalu meletakkan jug air itu di sebuah tempat.

Kemudian Dayeong memandang orang yang melanggar tangannya.

" Kau sengaja je kan Doyoung? " soal Dayeong dingin.

Dia mencari kain bersih untuk mengelap air yang tertumpah. Nasib baik tidak terlalu banyak.

Doyoung berpeluk tubuh sambil memerhati kembarnya itu.

" Sakit tak air panas kena tangan? " soal Doyoung dengan nada mengejek.

" Sekolah private ingatkan pandai. Tapi rupanya bengap. Sia - sia je pergi sekolah mahal. " balas Dayeong tanpa rasa takut.

" KAU! "

" APA? NAK PUKUL? HA PUKULAH! "

plak!

Bunyi tamparan itu membuatkan suasana tiba - tiba jadi tegang.

" Siapa ajar kau tengking dekat anak aku? " marah Puan Kim sambil memandang Dayeong kecik besar kecik besar je.

Doyoung yang nampak Dayeong kena tampar pun tersenyum senang.

Tanpa berkata sepatah perkataan pun, Dayeong berjalan pergi ke biliknya.

Air kopi yang tumpah tadi dia hanya biarkan. Masih ada sedikit yang belum dia sempat kesat.

Dia cepat - cepat menukar pakaiannya ke pakaian sekolah dan keluar daripada rumah itu.

" Siapa ajar kau tengking dekat anak aku? "

Kata - kata itu masih terngiang - ngiang dalam fikiran Dayeong.

Dia pun anak eommanya. Tapi cara eommanya berkata macam menunjukkan dia bukan ahli keluarga mereka.

Mahu kata dia anak angkat, bukan. Anak pungut pun bukan. Anak tiri? Eomma dengan appanya mana ada bercerai. Memang dia asli lahir dari rahim eommanya.

Keluhan berat dilepaskan.

Dayeong berjalan di laluan yang sunyi tiada orang dengan senyuman tipis.

Sesekali dia merintih sakit. Sebab tadi pergelangan tangannya kena air kopi panas tu. Sudahlah air tu belum dia letak air masak. Biasanya, bila orang letak air masak dalam air panas akan jadi sedikit suam bukan? Haa tapi tadi air kopi tu memang panas betul - betul.

Tangannya pun sedikit melecur. Tapi dia sempat tampat plaster tadi.

" Dayeong!! "

Dayeong berhenti berjalan. Dia memandang sekeliling.

Daripada jauh, ada seorang perempuan berjalan santai sambil mulutnya ada sebijik lolipop.

Dayeong tersenyum kecil apabila mengetahui itu Ara.

Sambil menunggu Ara sampai, dia menyanyi beberapa rangkap lagu.

Tidak disangka. Baru sahaja Ara sampai disebelahnya, Dayeong melihat Jaehyuk dengan Yedam tengah naik basikal.

" Kau tengok apa Dayeong? " soal Ara sambil melihat juga ke arah yang dipandang Dayeong.

" Ah Jaehyuk dengan Yedam. Mereka berdua selalu pergi sekolah sama - sama. "

" Oh. Diorang memang rapat eh? "

Mereka berdua mula mengorak langkah ke sekolah juga.

" Ya. Diorang berdua selalu bersama. Tapi masa sekolah rendah, diorang asyik bergaduh. "

" Wah.. Maknanya kau kenal diorang daripada sekolah rendah lagi lah? " soal Dayeong sedikit ceria.

Ara mengangguk.

Mereka berdua pun sama - sama mendiamkan diri, melayan perasaan masing - masing.

" DAYEONG! JAGA - JAGA! "

tbc.

first love : bang yedam ✔︎Where stories live. Discover now