** September, Monday.
Suasana di dalam kelas pada ketika itu masih sunyi. Hanya ada beberapa bilangan pelajar sahaja yang baru datang.
Suhu yang terlalu sejuk pada waktu pagi itu membuatkan pelajar - pelajar yang tidak boleh tahan dengan suhu yang tinggi, memeluk diri mereka sendiri erat. Suhu yang terlalu sejuk ketika itu juga membuat ramai orang menggigil kesejukan.
Yedam yang terasa terganggu akibat badannya asyik menggigil, memandang ke sisi. Tempat di mana Jaehyuk berada.
Dia tersenyum senget melihat Jaehyuk tengah tenang menyapu lantai di hadapan kelas.
Dia kenal Jaehyuk sudah lama. Memang lelaki itu jarang sekali akan menggigil walaupun suhu rendah.
Entah - entah si Jaehyuk itu keturunan Elsa? Eh-
Yedam menggeleng kepala laju sambil menepuk - nepuk pipinya. Kenapalah dia suka mengarut sejak kebelakangan ini.
Dia kembali mengusap kedua - dua bahunya dengan tangan disilangkan. Memohon agar suhu menaik menjadi sedikit hangat. Ganggu betul dia mahu belajar!
" Eh jap.. "
Kepalanya disengetkan apabila tiba - tiba mengingati sesuatu.
" Dekat kantin kan ada mesin yang disediakan untuk air suam. Membantu sahaja kan kalau aku minum air suam untuk kurangkan rasa sejuk yang terasa di kulit aku? " Yedam bercakap secara perlahan.
" Ah majja! "
Tanpa dia sedari, dia mengetik jarinya.
Botol air kesukaannya yang berada di tepi beg diambil. Buku teks Fizik yang berada di atas meja ditutup lalu di letakkan di dalam laci meja.
Yedam bangun daripada duduk dan berjalan menghampiri keberadaan Jaehyuk.
" Pst Jae. "
Suara Yedam memberhentikan Jaehyuk yang tengah menyapu.
" Kenapa? "
" Aku nak pergi tukar air dalam botol aku ni dengan air suam. Kau nak aku tolong tak? " tawar Yedam sambil menunjukkan botol airnya yang tinggal separuh.
Mendengar perkataan air suam, Jaehyuk mengerti kenapa Yedam mahu pergi tukar air suam dengan air masak yang masih ada di dalam botol air Yedam.
" Tak apalah. Aku boleh tahan sejuk. Lagipun air aku masih banyak. Kau pergilah tukar kalau nak. " balas Jaehyuk dengan senyuman tipis.
Yedam sekadar mengangguk lalu berjalan keluar daripada kelas.
…
" Ara. Kau dah siapkan kerja Biologi? "
Soalan Dayeong hanya dibalas dengan anggukan kecil daripada Ara.
Jangan risau, Dayeong perasan itu kerana dia memandang ke arah Ara.
YOU ARE READING
first love : bang yedam ✔︎
Fanfictionlama, yedam mengambil masa yang lama untuk menyedari dia telah jatuh cinta terhadap perempuan itu. mungkin kerana itu merupakan first love nya? [ start :: 16022022 / end :: 23042022 ] old title ; thank you . warning ; fanfic ni noob + mengarut .