chapter 05

297 54 13
                                    

" Baru sampai? " soal seseorang membuatkan Dayeong yang tengah memakai apron mengeluh kecil

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Baru sampai? " soal seseorang membuatkan Dayeong yang tengah memakai apron mengeluh kecil.

" Iya wahai Asahi. "

Asahi mengangguk sekali lalu berjalan pergi. Dayeong pula geleng kepala dia, sudah terbiasa dengan perangai Asahi.

Nasib baik Asahi bukan bos melainkan seorang pekerja juga seperti dia.

Cuma tugas mereka berdua berbeza. Asahi menyediakan minuman dan makanan, manakala Dayeong hanya menjadi tukang basuh.

Ada sebab juga sebenarnya dia pilih untuk melakukan kerja di belakang kafe. Tempat sunyi, tiada orang.

Padahal masa sebelum dia mulakan kerja, tuan kafe itu tawarkan dia untuk menjadi seorang barista.

" Kamu ni memang suka senyum ya Dayeong? Kalau macamtu baik kamu jadi barista daripada membuat kerja mencuci. Mesti pelanggan rasa selesa bila mengambil order dengan kamu. Kamu pun peramah sahaja orangnya. Mahu? "

Dayeong yang sudah siap memakai apron mula melakukan kerjanya, membasuh.

Setelah selesai membasuh, Dayeong melabuhkan punggungnya ke atas sebuah kerusi yang disediakan di belakang kafe.

Memang sekarang sudah selesai, tapi beberapa minit lagi pasti akan penuh semula pinggang cawan kotor apa semua.

Sedang Dayeong kembali membasuh, seseorang datang menghampirinya sambil membawa sebiji cawan kaca berisikan air coffee.

" Dayeong. Air kau ni aku letak atas meja. " ujar Asahi sambil meletakkan gelas cawan itu di atas meja dan kemudian dia terus berlalu pergi.

Memang runting harian mereka berdua begitu. Walaupun nampak seperti menyusahkan Asahi kerana perlu menyediakan air bagi Dayeong setiap kali hari bekerja, tapi Asahi tidak pernah mengeluh sekalipun.

Malah, dia sendiri yang tawarkan untuk buatkan air bagi Dayeong walaupun mereka jarang sekali bercakap. Maklumlah, Asahi memang dah lama bekerja di situ. Dia sudah terbiasa.

...

" Bye korang! Aku balik dahulu tau! " ujar Dayeong dengan senyum ramahnya kepada dua orang yang berada di hadapan pandangannya.

" Hati - hati tau Dayeong! " Seseorang yang memakai tag bernama, Yoo Kangmin membalas.

Asahi pula hanya mengangguk kecil, setuju dengan Kangmin. Buat apa dia berkata perkara yang sama sedangkan sudah ada orang lain katakan?

Setelah melihat riaksi kedua - dua lelaki itu, barulah Dayeong mula berjalan pergi daripada sana.

Langit sudah hampir gelap, menandakan waktu malam akan tiba.

Dayeong menambahkan kelajuan pada lariannya sambil memerhati keadaan sekeliling.

Walau secepat mana pun kita berlari, berjalan atau apa - apa sahaja, keselamatan diri juga perlu diutamakan.

Ting tong!

" Dayeong dah pulang! " laung Dayeong ceria tetapi tidak terlalu kuat lalu berjalan masuk ke dalam rumahnya.

Bila dia memandang ke arah kiri, dapat dia melihat kembar lelakinya tengah memandangnya dengan senyuman sinis.

Disebabkan Dayeong malas mahu melayan, dia mempercepatkan jalannya.

" Kim Dayeong! Lajunya berjalan! Marilah sini dahulu join aku tengok movie ni ah. Tak syok lah tengok sorang - sorang. " jerit kembarnya itu.

Mahu tidak mahu, dia membalikkan badannya dan berjalan perlahan menuju ke kembarnya yang tengah duduk di atas sebuah sofa.

" Ha meh meh duduk sini. " Kembar lelakinya itu menepuk - nepuk ruang kosong di sebelahnya.

Dayeong dengan takut - takut melabuhkan punggung di sebelah kembarnya itu.

" Dayeong ah! Macam mana sekolah baru kau? Best tak? "

Dayeong tidak menjawab.

" Amboi. Bila pindah sekolah jadi makin pendiam pula. "

" Kau nak apa Doyoung? "

" Nak kacau kau. "

" Aku penat. Bagi aku bersihkan diri. "

" Ish ish ish! Kesian eh kena bekerja? Tak macam aku goyang kaki je di rumah. " ejek Doyoung, masih dengan senyum sinisnya.

" Diam ah kau. " tengking Dayeong membuatkan Doyoung berdecak kesal.

" Ah! "

Doyoung menarik rambut panjang Dayeong ke belakang kerana geram dengan tengkingan Dayeong tadi.

Dayeong yang kesakitan cuba melepaskan pegangan tangan Doyoung di rambutnya.

" Kau ingat appa eomma tak ada dekat rumah sekarang kau boleh senang lenang? Pergi sana kemas dapur! "

Doyoung menolak kuat kepala Dayeong ke hadapan lalu dia berhenti menarik rambut Dayeong.

Tanpa membalas, Dayeong bangun dan berlalu pergi ke dapur. Dia mula mengemas dapur seperti apa yang di arah Doyoung.

tbc.

aku sebenarnya tak maksudkan pun nak buat Doyoung jadi watak jahatㅡ jangan ambil serious okay? lagipun doyoung tu bias ultimate saya, saya sayang dia!

first love : bang yedam ✔︎Where stories live. Discover now