warning : ada sebut nama makanan dalam chapter ini.
** November, Friday.
Skip hari terakhir exam.
Semua pelajar tahun akhir berpusu - pusu keluar daripada kelas masing - masing dengan perasaan bercampur baur.
Akhirnya, zaman sekolah mereka telah berakhir. Akhirnya, mereka boleh merehatkan diri sebentar sebelum masuk ke alam universiti pula nanti.
Sekarang, hanya tinggal Dayeong, Yedam, Jaehyuk dan Ara sahaja di dalam kelas.
Mereka belum keluar kerana mereka bercadang ingin mengemas serba sedikit kelas mereka sebelum mereka pulang ke rumah nanti.
Apa salahnya buat benda baik sebelum pulang. Sekurang - kurangnya boleh dijadikan salah satu kenangan pada zaman persekolahan walaupun tidak terlalu bermakna.
" Dayeong? Kau buat apa? " soal Ara bingung. Yedam dan Jaehyuk sudah mula mengenas, namun Dayeong tetap tidak berganjak dari tempat duduknya. Itu yang dia pelik.
" Eoh Ara.. Aku nak kemas sikit meja aku ni dahulu. "
Ara mengangguk tanda faham. Tidak mahu bertanya banyak. Dia menepuk bahu Dayeong beberapa kali tanda dia ingin pergi ke tempat lain.
Dayeong kembali menyambung kerjanya. Dia sebenarnya tengah cuba padam sesuatu yang tertulis dalam laci mejanya.
Tulisan itu mengatakan perkara buruk kepadanya. Jadi dia perlu padam sebelum sesiapa tahu.
" Haish kenapa susah nak padam ni.. " rungutnya dalam hati.
Mukanya berkerut menahan geram. Mesti orang yang tidak diketahui itu menuliskan benda itu sudah lama. Jadi itu kenapa susah sangat nak padam. Dia pula baru perasan masa nak kemas laci meja dia tadi.
" Dayeong ah! Kau padam apa tu! "
Dayeong tergigit bibirnya apabila Jaehyuk tiba - tiba menanyakan itu.
" Jangan datang ke sini please. " gumanya perlahan.
" Yah, nak tengok sikit. Kau padam apa? Daripada tadi lagi aku nampak tak berhenti - henti. "
Malangnya, Jaehyuk sudah berada di belakangnya.
Yedam yang melihat mereka berdua, berhenti menyapu dan menghampiri mereka berdua.
Wajah Jaehyuk dipandang dengan kening dinaikkan.
" Tak tahu. " balas Jaehyuk tanpa suara.
" Dayeong..? Boleh kami tengok apa yang kau padam? Susah ke? Mana tahu kami boleh tolong. " ujar Yedam prihatin.
Dayeong mengangkat kepalanya memandang mereka berdua bersilih ganti. Dia menggeleng perlahan.
" Tak ada apalah.. " balasnya perlahan.
YOU ARE READING
first love : bang yedam ✔︎
Fanfictionlama, yedam mengambil masa yang lama untuk menyedari dia telah jatuh cinta terhadap perempuan itu. mungkin kerana itu merupakan first love nya? [ start :: 16022022 / end :: 23042022 ] old title ; thank you . warning ; fanfic ni noob + mengarut .