chapter 25

204 39 3
                                    

04 December

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

04 December.

kim dayeong pov.

Hari ini, merupakan hari dimana aku dilahirkan di dunia beberapa minit selepas Doyoung dilahirkan.

Hari ini, umur aku genap 18 tahun. Sedar tak sedar, aku semakin menginjak dewasa. Banyak perkara yang perlu difikirkan dalam satu masa.

Sepanjang 18 tahun aku bernafas, banyak perkara yang aku belajar dan hadamkan. Menjadikan kejadian yang berlaku secara baik mahupun buruk sebagai pengajaran.

Manusia tidak sempurna. Jadi tidak salah jika kita terlalukan kesalahan yang sama walaupun sudah dipesan. Cumanya, jangan tetap melakukan kesalahan yang diketahui memang salah. Cukuplah hanya sekali.

Macam kisah aku. Kisah yang terjadi tiga tahun lepas aku jadikan pengajaran agar tidak berlaku lagi. Itupun aku masih menyesal sangat sehingga kini.

Air kopi yang masih berasap, aku tatap dengan tatapan kosong.

Sedih juga bila tiada sesiapapun lagi yang mengucapkan kata -kata seperti 'selamat hari jadi' kepada aku. Hanya perasaan sedih yang muncul, tiada yang lain.

Bunyi derapan kaki tiba - tiba terdengar. Aku lantas memandang ke arah kanan.

Senyuman segaris aku ukirkan. Mereka memakai pakaian yang lawa, pasti kerana ingin meraikan hari jadi Doyoung.

Pandanganku tertumpu kepada Doyoung. Melihat senyuman ceria di wajahnya, membuatkan aku berasa bahagia. Kembar aku ni, tak pernah tak comel. Hehe.

Selamat hari jadi, Doyoung-ah.

...

Dengan tergesa - gesa, Dayeong berjalan sepantas yang mungkin.

Sesekali dia melihat paparan skrin telefonnya yang menayangkan map bagi sebuah tempat.

Sambil berlari, dia memikirkan tentang apa yang terjadi terhadap Ara dan Yedam.

Selepas sahaja dia membersihkan diri tadi, dia mendapat panggilan daripada Jaehyuk bahawa Ara dengan Yedam bergaduh, dan hanya Dayeong yang boleh selesaikan masalah itu.

Dia punya terkejut, sampai terjatuh telefon atas lantai bilik. Mujurlah hanya pecah sedikit dan masih berfungsi dengan baik.

" Ah sikit lagi! " Dayeong mengemati dirinya yang sudah kelelahan.

Pintu restoran dia buka dengan kasar apabila sudah sampai.

Daripada risau, riak wajahnya bertukar bingung. Dahinya berkerut.

" Kenapa restoran ni gelap semacam je? " gumamnya bingung.

" SET! " Serentak dengan suara itu, keadaan restoran itu sudah bertukar terang. Kini, barulah Dayeong dapat melihat wajah semua orang yang berada di dalam restoran itu.

first love : bang yedam ✔︎Where stories live. Discover now