chapter 19

233 41 1
                                    

Suasana di meja makan rumah Jaehyuk sunyi sepi kerana masing - masing sibuk menikmati makanan di hadapan mata

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Suasana di meja makan rumah Jaehyuk sunyi sepi kerana masing - masing sibuk menikmati makanan di hadapan mata.

Yedam yang sudah menghabiskan makanannya, menolak kerusi yang dudukinya ke belakang. Hasilnya, semua orang di sana memandangnya.

" Yedam dah habiskan? " soalan Puan Yoon, sekadar diangguk kecil oleh Yedam dan kemudian dia pergi ke sinki untuk membasuh.

" Kalau macamtu yang lain pun cepat sikit habiskan. Ahjumma risau ibu bapa Dayeong dengan Ara akan risau kalau korang berdua pulang lewat. "

Jaehyuk yang tadi mendiamkan diri, tiba - tiba mengeluh kecil. " Eomma.. " panggilnya.

" Ya? "

Jaehyuk memandang Ara sekilas.

" Sebelum aku cakap, aku minta maaf ya Ara. Eomma.. hmm eomma Ara dah tiada.. " ujar Jaehyuk perlahan. Risau kalau Ara tidak suka jika bercakap tentang itu.

Puan Yoon tentunya berasa serbasalah mendengar apa yang dikatakan Jaehyuk.

" Ara-ya.. Ahjumma minta maaf ya. Tak tahu pula ahjumma tentang tu. " Puan Yoon memandang kasihan terhadap Ara.

" Hmm macam Yedam.. "bisik hati Puan Yoon.

Namun Ara tidak kisah pun. Lagipun dia dah lama terima kematian eommanya. Mana tidaknya, eomma dia meninggal sejurus selepas dia dilahirkan. Pelukan daripada seorang ibu pun tidak pernah dia dapat rasakan sampailah sekarang.

" Tak mengapalah ahjumma.. Ara tak kisah pun. Pemergian eomma pun sudah lama. Ara pun dah tak rasa apa - apa kalau orang lain sebut pasal eomma Ara. " balas Ara dengan senyuman di bibir.

Puan Yoon mengeluh lega. Dia memandang Ara beberapa saat sebelum kembali menyambung makan.

Jaehyuk pula tersenyum mendengar balasan Ara. Ini salah satu hal mengapa dia boleh jatuh cinta dengan si Ara dalam diam tanpa diketahui sesiapa kecuali Yedam. Bagaikan ada dua orang sosok dalam diri Ara, bila bercakap dengan orang tidak rapat dia akan bercakap alar kadar sahaja. Tetapi apabila bercakap dengan orang lebih tua, Jaehyuk rasakan ada Ara yang kedua dalam diri perempuan itu.

Dayeong yang tengah makan dengan senyap pula terasa sedih dalam diam apabila mengingati cara keluarganya melayan dia setelah suatu kejadian tidak diingini berlaku beberapa tahun lepas.

Dengan cepat, Dayeong menghabiskan makanan di dalam pinggan dan dibawa ke singki seperti Yedam untuk dibasuh.

Walaupun rasanya agak awkward kerana tumpang makan di rumah orang lain, Dayeong cuba membiasakan dirinya.

Semasa dia mahu duduk, dia terpandang pinggan Puan Yoon yang sudah kosong. Entah dia kena rasuk atau apa, dengan beraninya Dayeong menghampiri Puan Yoon lalu meminta izin untuk membasuh pinggan itu.

first love : bang yedam ✔︎Where stories live. Discover now