chapter 22

222 38 0
                                    

** Oktober, Monday

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

** Oktober, Monday

Bunyi bising yang dikeluarkan daripada telefon miliknya, membangunkan Dayeong yang nyenyak tidur.

Badannya yang masih terasa lemah, membuatkan pergerakan Dayeong sedikit lambat dan terambat.

Telefonnya yang diletakkan di bawah bantal, dicapai lalu ditekan perkataan off yang terpapar di screen telefonnya. Serta merta bunyi jam yang dikunci berhenti.

Dayeong mengerutkan dahinya. Terasa ada sesuatu di dahinya. Apabila disentuh, dia melihat itu adalah sehelai kain kecil yang kering.

Bila diingat kembali, dia terus tidur semalam selepas pulang. Dan, dia juga tidak terbangun sekalipun walaupun dia tidur dalam pukul 7 malam semalam sehinggalah sekarang, 5 pagi.

Ada satu sahaja nama yang muncul dalam fikirannya semalam,

Kim Doyoung.

Adakah betul Doyoung yang melakukan itu? Kalau ya, Dayeong berharap Doyoung memaafkan dia secepatnya. Dia terlalu rindu dengan kembarnya itu.

Dayeong bangun daripada baring. Sekeliling biliknya dipandang.

Dayeong menggeleng laju. Dia tidak boleh berfikir dengan betul sekarang. Kepalanya tiba - tiba berdenyut.

Dayeong turun daripada katil lalu menghampiri suiz lampu biliknya untuk dibuka.

Beberapa keluhan kecil dikeluarkan daripada mulut sambil dia berjalan ke sana.

Dapat dilihat, langsir biliknya yang berwarna gelap menunjukkan waktu masih pagi kemalaman.

Kedua - dua kelopak matanya digosok perlahan.

Tuala yang disangkut, dicapai lalu dia memasuki bilik mandi untuk membersihkan diri.

.

Huff..huff..

Dayeong mencicip perlahan air chocolate panas yang baru dibuatnya.

" Haa.. " ujarnya lega.

Sekurang - kurangnya dengan meminum air suam ataupun panas dapat meregakan sedikit suhu badannya. Daripada dia minum air sejuk yang makin membuatkannya bertambah teruk nanti. Betul?

Selepas mengirup separuh air chocolats itu, Dayeong kembali melakukan kerjaya yang tergelanda tadi, iaitu menyapu dan mengemas dapur di dalam rumah itu.

Beberapa kali juga dirinya terbatuk akibat tekak yang turut berasa sakit  dan pedih. 

" Uhuk uhuk! "

Setiap kali batuk, dia akan selalu menekup mulutnya dengan kain kecil yang berada di dalam genggaman tangannya.

Tidak lupa juga, Dayeong juga akan terbersin apabila ada habuk yang memasuki rongga hidupnya.

first love : bang yedam ✔︎Where stories live. Discover now