chapter 13

248 45 8
                                    

" Jae! " Seseorang memanggil Jaehyuk yang baru sahaja naik di atas tempat duduk sebuah basikal

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

" Jae! " Seseorang memanggil Jaehyuk yang baru sahaja naik di atas tempat duduk sebuah basikal.

" Hah hah! Nasib sempat! " sambung orang itu. Dia memegang hendal basikal Jaehyuk.

Jaehyuk memandang orang itu dengan satu kening dinaikkan ke atas.

" Kenapa ni Dam? "

" Kau nak pergi pustaka kan? Aku ikut boleh? " soal Yedam masih dengan nafas yang tidak teratur. Tadi dia berlari seperti atlet pelari antarabangsa, takut Jaehyuk tinggal dia punya pasal.

" Ikutlah kalau kau nak. "

Yedam menepuk bahu Jaehyuk beberapa kali. " Kau tunggu aku tau! Aku nak ambil basikal aku sekejap. "

Jaehyuk memandang basikal kepunyaan Yedam yang berada di bawah bangsar di halaman rumah.

" Haa pergilah. Cepat sikit. "

Yedam pun berjalan laju ke basikalnya yang berwarna ungu bercampur hitam.

Tongkat basikal diangkat lalu diheret keluar daripada halaman rumah.

Sesampainya dia di sisi Jaehyuk, barulah Yedam naik dan duduk di atas tempat duduk basikalnya.

" Dah? " soal Jaehyuk singkat dengan sebelah kakinya sudah berada di atas pedal basikal. Bersedia ingin mengayuh.

Melihat Yedam mengangguk, Jaehyuk mula membawa basikalnya diikuti Yedam di sisinya.

...

" Kangmin Asahi! " laung Dayeong selepas dia menggantung apron yang digunanya.

Kerjanya di belakang kafe sudah selesai! Sekarang dia berada di hadapan kafe untuk melihat rakan sekerjanya.

" Korang dah siap kemas? " soal Dayeong lalu melepaskan ikatan rambutnya. Getah yang digunakannya di simpan di dalam poket seluar.

Biasanya bila ingin membasuh dalam jangka waktu yang lama, memang kebanyakkan orang yang mempunyai rambut panjang akan mengikat rambut kerana takut serabut. Kan? Korang macam tu? Kalau tak, mesti rambut korang bagus sebab tak menyusahkan korang.

" Oh Dayeong! Ada sikit lagi. Tinggal nak lap meja sahaja. "

" Meh lah aku tolong. Kerja aku dah siap! Kain dengan penyembur dekat mana? " Dayeong menawarkan diri.

Kangmin memandang ke suatu
tempat. Mulutnya dimucungkan sedikit.

Dayeong pun memandang ke tempat yang dipandang Kangmin.

Thumbs up ditunjuk kepada Kangmin tanda dia menjumpai tempat terletaknya kain dan penyembur itu.

Dayeong pun mengorak langkah ke sana.

first love : bang yedam ✔︎Where stories live. Discover now