chapter 11

256 49 13
                                    

bang yedam pov

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

bang yedam pov.

Aku hampir ketawa apabila melihat wajah Dayeong ketika aku membalas " aku tahu. " tadi.

Aku tahu? Ya, aku tahu setiap kali balik sekolah pasti dia akan bekerja di sebuah kafe berdekatan rumah aku.

Jadi itulah kenapa aku tahu sebab hampir hari - hari aku nampak dia membasuh di belakang kafe.

Jadi, aku memang kenal dia sebelum dia pindah lagi. Cuma nama tu, memang aku tidak tahu. Sebab hanya mengenal wajah dan tingkah lakunya.

Semasa hari pertama dia pindah, aku terkejut jugalah sebab dia tiba - tiba pindah. Time aku bergaduh kecil dengan dia semasa di rooftop, aku memang sengaja. Saja nak tengok dia macam mana. Lagipun orang di sekolah asyik berkata aku dingin, lain betul dengan si Jaehyuk tuh.

Soojin cakap, aku tak pernah langsung bantu mana - mana peremuaan, betulah tu. Cuma kalau bila mana - mana guru suruh, mestilah aku perlu patuh.

Oh ya, tidak silap aku si Dayeong ni anak kepada orang berada. tapi kenapa dia perlu kerja di sebuah kafe? Erm mungkin dia cari duit belanja sendiri?

Kalau betul, baguslah!

Sekarang, aku tengah perhatikan dia membasuh. Walaupun wajahnya tidak terlalu jelas kalau dilihat daripada bilik aku ni, tapi tetap nampak dia tengah membasuh.

Jangan kata aku stalker pula, tapi memang jelas nampak. Kalau aku pandang ke luar, memang terus nampak dia ada di situ.

Tok tok!

Aku berpaling menghadap pintu bilikku. Pasti eomma yang ketuk.

Aku menolak kerusi yang aku duduk ke belakang lalu melangkah menuju ke pintu bilik.

Tombol pintu dipulas perlahan.

" Eomma? "

Aku memandang eomma yang memandang ke tempat meja belajar aku. Eomma mengalihkan pandangan ke aku pula.

" Yedam tengah belajar? "

Aku mengangguk kecil.

Eomma menyentuh kepala aku perlahan.

" Belajar belajar juga. Jangan lupa isi perut tu. Mari turun makan. Nanti sakit, siapa yang susah? Kamu ni pun, tak perlulah belajar banyak sㅡ "

" Sangat, nanti boleh stres! " Aku menyambung sambil tersengih kecil.

Eomma menggeleng kepala perlahan.

" Haa kamu sampai dah ingat eomma selalu pesan apa. Jadi jangan belajar terlalu berlebihan okay? "

" Nae! "

" Okay jom turun. Tutup kipas dengan lampu. "

Aku mengangguk kecil lalu menutup suis lampu dan kipas seperti yang disuruh eomma.

Eomma berjalan turun terlebih dahulu sebelum aku ikut daripada belakang.

" Dayeong? "

Dayeong berhenti membasuh lalu memandang Asahi yang berada tidak jauh daripadanya.

" Kenapa kau tak singsing lengan baju kau? "

Dayeong memandang lengan bajunya dan kembali memandang Asahi.

" Ini.. "

Tiba - tiba Asahi berjalan menghampiri Dayeong.

Lengan kiri Dayeong dicapai lalu dia melipat lengan baju Dayeong dengan beberapa lipatan. Dia melepaskan tangan kiri Dayeong lalu mengcapai pula lengan kanan Dayeong.

Asahi berhenti melipat setelah melihat kesan melecur itu.

Dayeong yang berdiam diri dalam diam terketar kerana dia risau Asahi akan memarahinya.

Seperti yang dijangka, Asahi memandang Dayeong dengan pandangan sukar ditafsirkan.

" Kenapa kau tak cakap lengan kau melecur? "

" Sikit sahaja ni Asahi. Tak sakit mana pun.. " Dayeong memberi senyuman manis kepada Asahi, tanda dia baik - baik sahaja.

" Kau ikut aku pergi dekat meja sana. Aku rawat. " arah Asahi.

Kerana Asahi memang selau begini sejak mengetahui dirinya selalu mendapat luka, jadi Dayeong hanya mengikut.

Asahi mula merawat lengan Dayeong.

Oleh kerana Dayeong hanya menampal plaster pada pagi tadi, Asahi mencabut plaster itu dengan berhati - hati. Lalu, dia mula meletakkan ubat dan seterusnya dibalut dengan bandage.

" Lain kali kalau kau dapat luka baharu, bagitahu aku. Kau tahu kan aku sayang kau. " ujar Asahi tanpa memandang Dayeong.

Dayeong mengangguk kecil. Seminggu selepas Dayeong berkerja di situ, Asahi ada bagitahu yang dia sayangkan Dayeong. Dan selepas tiha minggu, Asahi mula mengetahui bahawa Dayeong selalu mendapat luka hampir setiap hari.

Dayeong terharu. Asahi orang pertama yang ambil berat pasal dia walaupun Asahi tidak terlalu tunjuk. Ralat, bukan bukan pertama, tapi yang kedua.

" Asahi.. Terima kasih.. " ucap Dayeong terharu.

Asahi tersenyum tipis mendengar ujaran Dayeong. Dia mengelus kepala Dayeong beberapa kali sebelum beredar daripada situ.

Masih ada kerja yang perlu dia lakukan.

Melihat Asahi sudah menghilang, Dayeong mengelus bandage di lengannya.

" Kalaulah keluarga aku ambil berat pasal aku macam Asahi.. "

tbc.

first love : bang yedam ✔︎Where stories live. Discover now