bang yedam pov.
" Dayeong! " Aku memberanikan diri memanggil namanya.
Dayeong berhenti berjalan lalu dapat aku melihat dia memandang ke belakang. Tempat di mana aku berada.
Aku berhenti mengayuh setelah tiba di sisinya. Sebelah kakiku diturunkan ke atas jalan bagi menahan diri.
Jangan senyum Yedam. Kekalkan riak wajah biasa.
" Hi Dayeong..? " sapaku.
" Hi.. Kenapa ni Yedam? "
" Kenapa balik jalan kaki? " Sebenarnya aku sendiri pun tidak tahu kenapa aku ingin menegurnya. Jadi soalan ini random muncul keluar daripada mulutku.
Lagipula ketika aku hantar dia ke tempat dia bekerja beberapa hari lepas, kami ada berjanji untuk tidak dingin atau marah antara satu sama lain tanpa sebab.
Aku melihat Dayeong membaiki rambutnya yang berada di hadapan mata sebelum membalas, " Hmm aku saja je balik jalan kaki. Kenapa? "
Kepala ku diangguk. Tapi betulke saja? Kenapa aku rasa sebab dia kekurangan duit nak bayar tambang..? Firasat aku mengatakan seperti itu.
" Dayeong... Dah nak masuk pukul 7 malam ni. Bahaya kalau perempuan jalan kaki macamni sorang - sorang. Boleh jadi macam - macam. " pesanku.
Daripada memandang aku, Dayeong memandang ke bawah pula. " Tahu.. "
Dia kembali memandang aku dengan senyuman ceria. " Tapi tak apalah. Aku pandai jaga diri! Aku ada belajar taekwando sendiri au! " ujarnya ceria sekali dengan gaya.
Kenapa nampak comel kalau dia senyum macamtu? Eh jap aku puji dia ke?
Aku tersenyum senget. " Eleh. Tapi tak semestinya taekwando tu boleh lindungi kau 100%. " balasku.
Bukan niat mahu menakutkan atau mengurangkan keyakinan dia. Cuma aku berkata perkara yang betul.
Mulutnya memucung sedikit ke hadapan. " Isk tak seronok lah cakap dengan kau ni Yedam! Aku pergi dahulu lah. Bye. " kesal Dayeong lalu dia betul - betul sambung berjalan.
Aku ketawa kecil melihat kelakuannya.
Kerana aku masih ingin berborak dengannya, aku mengayuh basikalku mengikutinya.
" Ish ish ish. Ada orang marah dekat kita lah! " laungku tidak terlalu kuat setelah kedudukan aku sama dengannya.
Dia masih berjalan sementara aku membawa basikal menggunakan kedua belah kaki. Faham? Maksudnya aku tak kayuh guna pedal, tapi guna kaki sahaja.
Tiada balasan daripada Dayeong membuatkan aku mengeluh perlahan.
" Kau marah ke? "
" Janganlah marah. "
" Aku cakap benda betul. "
" Kau pun tahu kan? "
Tiba - tiba Dayeong berhenti berjalan.
YOU ARE READING
first love : bang yedam ✔︎
Fanfictionlama, yedam mengambil masa yang lama untuk menyedari dia telah jatuh cinta terhadap perempuan itu. mungkin kerana itu merupakan first love nya? [ start :: 16022022 / end :: 23042022 ] old title ; thank you . warning ; fanfic ni noob + mengarut .