** September, Monday.
Satu minggu telah berlalu. Suasana di kelas 3-1, boleh tahan bising akibat masing - masing berasa takut untuk membentangkan kerja berkumpulan masing - masing.
Sementara guru biologi belum masuk ke dalam kelas, mereka semua berlatih terlebih dahulu sebagai persediaan awal.
" Ingat tau. Mula - mula aku dengan Ara terangkan, korang tolong jaga laptop. Lepastu Yedam dengan Dayeong akan sambung pula macam yang aku katakan semalam. "
Jaehyuk memandang Dayeong yang tengah berpeluk tubuh sambil menggigit kukutnya. " Dayeong? Kau boleh buat kan? "
" Aku akan jawab tidak. Tapi aku akan cuba.. " balas Dayeong takut.
Semalam mereka berempat sudah berlatih selama beberapa jam, tapi hanya Dayeong seorang sahaja yang takut dan gementar. Sebab di sekolah lamanya, mana pernah dia ikut buat kerja berkumpulan. Kalau dia ikut pun, ahli lain tidak membenarkan Dayeong ikut serta. Hanya sekadar mendengar dan melihat. Akhirnya, Dayeong selalu mendapat markah kerja berkumpulan yang sangat sedikit.
Dayeong mengaturkan nafasnya, semoga nanti dia tidak terlalu gementar.
Yedam, sejak tadi lagi sebenarnya dia memerhatikan Dayeong dalam diam. Terbit rasa kasihan dalam dirinya melihat Dayeong seperti itu sejak semalam lagi.
Tidak tahu daripada mana datang keberanian, Yedam menepuk bahu Dayeong untuk menyematinya.
" Kau boleh buat. Aku nak tolong, nanti kau pula tak ada markah individu. Tapi kalau kau memang tak boleh, aku baru tolong. Nae? " ujarnya perlahan dengan senyuman kecil.
Dayeong menatap wajah Yedam yang tengah memandangnya juga. Kenapa dia rasa gugup semacam pula ni?
" N-nae. Thanks.. "
Yedam mengangguk, masih lagi dengan senyuman. Sekali lagi, dia menepuk bahu Dayeong sebelum menghampiri Jaehyuk di tempat lain.
.
Sekarang, keadaan di kelas 3-1 sangat sepi daripada suara pelajar kecuali Jaehyuk dengan Ara yang tengah membentang di hadapan kelas.
Yedam dan Dayeong yang duduk bersebelah sekadar mendiamkan diri melihat mereka berdua.
Sekejap sahaja lagi, akan tiba giliran mereka pula.
Pandangan Dayeong yang pada mulanya terhadap Ara, teralih kepada Jaehyuk pula.
Sebaik sahaja dia memandang Jaehyuk, terus dia dapat lihat Jaehyuk tengah memberi isyarat untuk mereka berdua pula terangkan.
Dayeong mengangguk. Dia memandang Yedam di sebelah.
Terkejut kecil Dayeong dibuatnya apabila melihat Yedam turut memandangnya ketika itu.
Baru sahaja Dayeong ingin bangun, dia dapat merasakan seseorang tengah memaut tangannya.
YOU ARE READING
first love : bang yedam ✔︎
Fanfictionlama, yedam mengambil masa yang lama untuk menyedari dia telah jatuh cinta terhadap perempuan itu. mungkin kerana itu merupakan first love nya? [ start :: 16022022 / end :: 23042022 ] old title ; thank you . warning ; fanfic ni noob + mengarut .