Yedam memandang sekelilingnya. Dahinya berkerut melihat kawasan sekeliling. Tak sangka dia pecut tadi sampai memang dah jauh daripada kawasan rumahnya.
Dia berhenti mengayuh.
Kepalanya diputarkan sedikit ke kanan bagi memudahkan dia bercakap dengan Dayeong.
" Dayeong... Kawasan rumah kau dekat mana eh? Ermm sebelum tu aku minta maaf, aku rasa kita berdua dah jauh ni daripada rumah kita.. "
" J-jauh? M-maknanya kita akan lambat sampai? "
Yedam dapat melihat sedikit betapa takutnya riak wajah Dayeong.
" Kenapa kau takut? Parents kau akan marah ke kalau kalau pulang lewat? "
Dayeong menundukkan kepalanya ke bawah.
" Bukan setakat marah... kena pukul sekali.. " bisik hatinya.
Kepalanya diangkat ke atas kembali. Senyuman kecil di berikan kepada Yedam.
" Mestilah. Parents mana je yang tak risau kalau anak mereka pulang lewat? K-kan? "
" Haish jangan gagaplah Dayeong! Sikit - sikit nak nangis. Lemahlah kau ni. "
" Betul.. Kalau macamtu bagitahulah kawasan rumah kau dekat mana. Aku akan cuba bawa laju walaupun sisa tenaga aku dah habis sebab van putih tadi punya pasal. Eh tapi! Jangan rasa bersalah pula. Otot aku kuat tau! "
Yedam tersenyum sambil menaikkan sebelah keningnya. Otot di bahunya juga di tepuk beberapa kali.
Dayeong yang melihat itu di hadapan matanya semestinya tergelak melihat perlakuan Yedam.
" Ada - ada jelah kau ni. "
" Haa cepat bagitahu kawasan mana kau tinggal. "
" Aku tinggal dekat kawasan Taman Cahaya. " tipunya. Tak salah tipu satu sekali sehari-- Macam yang author pernah mention di chapter ke-4, sudah saya beritahu di situ taman perumahan Dayeong. Siapa ingat, nah author bagi love '♡'
" Oh dekat jelah dengan kawasan rumah aku. Aku tinggal dekat Taman Bulan. "
Dayeong mengangguk. Manakala Yedam pula kembali memandang ke hadapan dan mula mengayuh kembali basikalnya.
…
" Ermm Yedam, kau boleh dah turunkan aku di sini. " ujar Dayeong setelah beberapa minit lamanya suasana di antara mereka berdua sepi.
" Betulni? "
" Iya.. "
Seperti yang di katakan Dayeong, Yedam membrek basikalnya perlahan. Kalau dia terus brek laju macamtu, tak dibuatnya mereka berdua terkejut nanti!
" Aku turun ni. "
Dayeong mula turun darpada tempat duduk. Punggungnya yang tadi tidak terasa sakit, mula terasa sakit menyerang. Ini mesti sebab lama sangat duduk atas basikal.
YOU ARE READING
first love : bang yedam ✔︎
Fanfictionlama, yedam mengambil masa yang lama untuk menyedari dia telah jatuh cinta terhadap perempuan itu. mungkin kerana itu merupakan first love nya? [ start :: 16022022 / end :: 23042022 ] old title ; thank you . warning ; fanfic ni noob + mengarut .