" Yah Yedam! Kau biar betul tak siapkan kerja Saem Han tadi? "
" Betulah. "
" Aku sebagai orang yang rapat dengan kau pun terkejut tau! " Jaehyuk berkata dengan matanya sedikit membulat.
Mereka berdua sekarang tengah berjalan menuju ke padang sekolah.
Selepas masa sains berakhir, disambung pula dengan masa pendidikan jasmani.
Yedam memandang Jaehyuk. " Dah lah jangan terkejut sangat. Masuk lalat dalam mulut tu kalau asyik terbuka. " ujar Yedam membuatkan Jaehyuk menutup mulutnya rapat.
" Sebenarnya aku memang dah siapkan. Tapi aku buat dalam kertas lain sebab buku latihan sains tu aku lupa nak bawa balik rumah. Tapi, kertas yang aku tulis jawapan tu pula tertinggal di rumah. Faham? "
Jaehyuk mengangguk kepalanya beberapa kali. " Ahhh.. Sebab itu ke kau tanya aku semalam saem bagi soalan apa. "
Yedam mengangguk.
" Tapi tak pernah pernah pun ada kes kau tertinggal buku. Kau demam ke Yedam? " soal Jaehyuk dengan tapak tangannya berada di dahi Yedam.
Yedam memandang Jaehyuk atas bawah sebelum mengalihkan tapak tangan Jaehyuk daripada dahinya.
" Aku sihat je. "
" Hmm yelah. " Jaehyuk pasrah dengan Yedam. Apa - apa sahajalah.
Bunyi wisel yang tiba - tiba membuatkan Jaehyuk dan Yedam terus berlari ke padang.
Bila bunyi wisel sudah berbunyi, maknanya Saem tengah marah.
" Cepat - cepat! Jangan lengahkan masa! Sila beratur dalam empat baris. Dua barisan perempuan dan
dua barisan lelaki! "Piu piu! (aku tak tahu bunyi wisel camne)
" Seperti biasa, jarakkan diri masing - masing bagi memudahkan kamu semua membuat senaman memanaskan badan. "
Dayeong yang baru kali pertama belajar masa Pendidikan Jasmani di sekolah baru itu, memandang kiri kanan. Dia mengikuti jejak langkah rakan sekelasnya.
" Okay bagus! Kita akan mulakan senaman kita. Saya ada dengar kelas kamu ada murid baharu. Sila tampilkan diri di hadapan. "
Satu kelas terus memandang Dayeong yang tengah clueless.
" Dayeong-ah! Saem panggil kau. " ujar Ara yang berada di hadapan Dayeong.
Dayeong menunjukkan dirinya sendiri.
" Ya kau. "
" Cepatlah perempuan! "
" Panas ni! "
" Alaaa ingat main character ke? "
Dengan teragak - agak Dayeong keluar daripada barisan dan berjalan sampai di sebelah Saem Seo.
" Kamu ke murid baharu? Nama kamu apa? "
" Ya saya. Nama saya Kim Dayeong. "
" Okay. Kamu tahu cara - cara nak bersenam? "
" Bersenam? " soal Dayeong kembali. Dayeong menggaru kepalanya lalu dia menggeleng.
" Kamu tidak tahu? "
Dayeong mengangguk kecil. Bukannya dia tidak tahu, cuma dia hanya tahu sedikit. Kerana di sekolah lamanya, jarang gurunya suruh bersenam. Kalau ada pun, dia tidak fokus kerana pelajar yang sama kelas dengannya selalu menganggu dia.
Lagipun dia mana ada bersukan. Hidupnya di sekolah lama tidak indah. Makanya sekarang dia pindah ke sekolah baharu atas titik peluh sendiri.
" Dayeong? "
" Ya apa saem? "
" Kalau kamu tidak tahu, kamu kena fokus tau kalini. Nanti kamu akan tahu. Senaman ni penting juga untuk kesihatan. Tapi kamu duduk je dahulu di hadapan ni, jangan masuk ke dalam barisan. Saya nak tengok kamu buat macam mana. " ujar Saem Seo ramah.
Dayeong mengangguk patuh.
Kemudian, Saem Seo memandang ke arah pelajar - pelajar lelaki.
" Ermm.. "
" Saya saem! Saya nak! "
Saem Seo yang mendengar kenal sangat dengan suara itu, tetapi dia menghiraukan. Pandangannya tertumpu kepada seseorang yang seperti di dunia sendiri.
" Bang Yedam! " laung Saem Seo membuatkan Yedam lantas berlari ke hadapan.
" Ya saem. "
" Kamu jadi wakil untuk senaman kita pada pagi ini. "
Arah Saem Seo itu membuatkan Jaehyuk mencebik kecil. Dialah tadi orang yang tawarkan diri tu.
Dayeong yang berada di sebelah Yedam memandang Yedam beberapa saat.
Kerana dia berada di hadapan pelajar - pelajar lain, dia perlulah buat yang terbaik walaupun dia kurang tahu pasal senaman ni.
Yedam memulakan senaman dengan menolak pipinya ke kanan.
Dayeong pun ikut. Tapi dia tersalah menolak pipinya ke kiri dahulu. Berlainan dengan apa yang dilakukan Yedam.
" Satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan. " laung Yedam sedikit kuat agar pelajar yang lain dengar.
Kini mereka menukar pula arah menolak pipi.
Ting!
Mata Dayeong dengan Yedam bertemu.
Pada mulanya Yedam gugup, tapi dia cuba biasakan diri kembali. Dayeong pula hanya tersenyum tipis.
" Satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan! "
Dan bla bla bla..
" Harini saya rasa saya malas nak mengajar kamu semua. Jadi, kamu semua boleh ambil apa - apa alatan pemainan di stor sukan. Buat kerja sendiri! Kalau malas nak bersukan, kamu boleh buat benda lain. Cuma pastikan jangan pergi ke lain selain kawasan padang. Jangan lupa pastikan apa - apa yang kamu ambil pulangkan kembali! "
" Yeayy! "
" Terima kasih saem! "
" Sayang saem! "
Ara yang memang malas bersukan tersenyum mendengar kata - kata Saem Seo. Dia memang selalu malas nak bersukan. Lebih baik dia tenung langit ke apa.
Puk puk!
Dayeong datang menepuk bahu kanan Ara.
" Saem bagi buat kerja sendiri. Kau nak buat apa Ara? "
" Aku nak tidur bawah pokok tu. " balas Ara sambil memandang ke satu arah. Mulutnya juga dimucungkan sedikit supaya lebih terperinci.
" Ahh.. Aku pun lah! " balas Dayeong ceria dengan sengihan.
" Nice! Jom lah kita. " Ara merangkul bahu Dayeong lalu mereka berdua pun sama - sama berjalan menuju ke sebuah pokok yang dimaksudkan.
" Eh tapi kau pasti ke nak tidur? Kalau masa Saem Seo habis lepastu kita tidak sedar macam mana? " soal Dayeong sambil memandang Ara yang betul - betul ingin tidur.
" Kau jangan risau. Nanti akan ada seseorang kejutkan. " balas Ara selamba lalu dia menutup kedua matanya.
" Ahh.. " Walaupun Dayeong bingung siapa yang dimaksudkan Ara, tapi dia tetap mengangguk - ngangguk dan turut memejamkan mata seperti Ara.
Lagipun masa pendidikan jasmani pada hari itu berlangsung selama 1 jam 20 minit. Lama? Haa itulah.
ㅡ tbc.
YOU ARE READING
first love : bang yedam ✔︎
Fanfictionlama, yedam mengambil masa yang lama untuk menyedari dia telah jatuh cinta terhadap perempuan itu. mungkin kerana itu merupakan first love nya? [ start :: 16022022 / end :: 23042022 ] old title ; thank you . warning ; fanfic ni noob + mengarut .