"Kau ni memang suka menyusahkan orang kan." Aara Nuha berdiri tegak di hadapan gadis itu. Gayanya tidak lepas terlakar di tubuh.
Gadis berkaca mata itu di pandang dengan pandangan menjengkelkan.
"Ma...maaf Nuha. Saya tak sengaja."
Aara mengakat tinggi keningnya.
"Siapa benarkan kau panggil nama aku sebagai Nuha? Kau berkuasa?"
Sinis Aara berkata. Wajahnya memandang tajam gadis itu. Ahh, serius dia geram dengan gadis itu.
"Maaf. Saya tak bermaksud nak panggil nama itu. Maafkan saya Nuha. Maafkan saya."
Aara tersinis lebar. Memang suka ya cari pasal dengan dirinya?
Tanpa amaran, terus satu tamparan hinggap di pipi gadis itu. Dan pada masa yang sama, satu suara keras menuju ke arah mereka.
"Aara Nuha!" Keras sekali suara Rayzen Marcus melaung. Dia bersama dua orang saudaranya menghampiri mereka.
"Awak tak habis-habis ke nak kacau orang-orang di kolej ini. Jangan di sebabkan awak orang ternama, awak boleh buat orang macam ni. Ini dah melampau."
Tegas sekali suara Rayzen kedengaran. Wajah Aara di lihat dengan tajam. Asyik-asyik gadis itu sahaja membuat masalah.
"Dah habis? Kau dengar sini eh, kau patut nasihat perempuan kolot ni cara-cara untuk hormat orang lain. Kau tu sebagai orang besar, kau tak patut biar pelajar-pelajar macam ni berkeliaran dalam kolej ini. One word is enough. Menyusahkan."
Suara Aara jelas menyampah untuk mengeluarkan tentang perkara ini. Wajah Rayzen di pandangan dengan penuh mencabar.
"Apa yang Hanim buat dengan awak sampai awak marah macam tak ada hari esok?"
Soal Rayzen ingin tahu. Ingin juga dia tahu apa yang di lakukan gadis ini sampaikan Aara begitu marah sekali.
"Why you ask me? Tanya lah perempuan tu." Balas Aara dengan malas.
"Apa yang terjadi Hanim? Boleh saya tahu?" Lembut sekali Rayzen bertanya.
Dengan penuh menyampah Aara mengolongkan matanya ke atas. Aww sweet nya! Sweet sangat-sangat!
"Saya tak sengaja terlanggar Nuha." Balas Hanim dengan ketakutan.
"Aku dah pesan kan, jangan panggil nama aku Nuha!" Kaki menyepak tepi paha gadis itu.
"Nuha! Kenapa dengan awak ni?!" Suara Rayzen sedikit meninggi.
"Why! Sekarang ni kau nak back up perempuan bodoh ni? Haa pergi! Pergi sekali dengan kebodohan kau ni!"
"Nuha..."
"Kau dengan perempuan bodoh ni sama aja. Hidup tak pernah menyamankan orang!"
"Nuha..." Kini suara Rayzen sedikit meninggi. Matanya memandang redup wajah manis Aara.
"Kau tak payah nak panggil aku dengan nama tu lah bodoh! Kau tak habis-habis nak sakitkan hati aku! Apa yang aku buat semuanya tak akan betul!"
"Aara Nuha binti Al-Razif! Kawal kemarahan awak! Calm down Nuha!"
"Aku tahu cara kawal diri aku! Kau tak perlu ingatkan aku! Kau puas kan dengan apa yang terjadi? Ini kan yang kau inginkan selama ini! Iya kan Rayzen? Perbodohkan aku?"
Luah Aara dengan geram. Hubungan dia dengan Rayzen adalah bekas pasangan kekasih. Akibat itu Aara sentiasa bermasam muka terhadap Rayzen.
Dan Rayzen adalah pemusanah hubungan mereka. Ya, Rayzen.
YOU ARE READING
Gadis Pilihan Iblis
RomanceAkibat pengkhianatan, seorang gadis yang manis bertukar menjadi seorang yang remuk dengan hati yang berpisah arahnya. "Berhenti berpura-pura aku adalah salah dalam hal ini." - AARA NUHA Pengkhianatan yang membuatkan dia makan hati. Benci dengan ke...