BAB 14

1.7K 555 105
                                    

Aara membawa laju langkahnya keluar daripada kereta milik Rayzen. Pintu kereta di hentak dengan kuat. Kepala langsung tidak tertoleh ke belekang walau sesaat.

Rayzen menghantar pemergian Aara sehingga gadis itu meloloskan tubuhnya ke dalam rumah. Butang tingkap di tekan sebelum tingkap bahagian penumpang di tutup.

"Clumsy betul sayang abang. One day I will make sure, you fall deeply into my arm."

Senyuman manis terlakar di acuan bibir. Kepala di gelengkan. Perasaan mencintai Aara tidak akan pernah hapus dari hatinya. Malah semakin hari, semakin itu dia menyangi gadis itu. Semakin dia meningkat umur, semakin itu dia sedar tentang segala pengorbanan yang di lakukan oleh Aara.

"Saya mencintai awak kerana Allah. Saya cuba untuk berubah sebaik yang mungkin. Setiap kali saya istikarah, awak sering muncul dalam mimpi lena saya, Nuha. Saya akan membuktikan kepada Allah bahawa saya layak menerima cinta daripada ciptaaNya. I hope very much this feeling will never fade."

Senyuman manis terlakar sebelum dia menarik minyak meninggalkan perkarangan taman rumah tersebut.

Aara yang menilik di balik langsir menarik nafas lega. Degupan yang tidak terhenti semenjak pagi tadi. Dia terdiam perlahan.

Baju di tubuh di tarik. Baju tersebut di perhati. Perlahan-lahan senyuman terlakar di bibir. Dia menekup wajahnya dengan ke dua belah telapak tangan.

"This feeling. Like the first time we meet." Bisik Aara perlahan.

Dengan riangnya dia berlari anak menaiki tangga. Senyuman tidak lepas di raut bibir.

"Aara..." Satu suara kedengaran.

"Eh Ya Allah. Terkejut saya Mak Cik Enon. Bila masa mak cik sampai? Kenapa tak bagitahu Aara."

"Mak cik tak nak susahkan kamu. Lagipun ini hari kerja. Mesti masa kamu padat kan. Naail rindu kamu. Berapa kali dia paksa mak cik pergi jumpa kamu. Dia tatap juga panas kepala. Nak tak nak, mak cik terpaksa juga bawa dia ke sini. Dia tak nak pergi sendiri. Kalau ada mak cik, senang mak cik jaga makan minum Aara beberapa hari ini."

Jelas Mak Cik Enon. Aara menarik nafas panjang. Perasaan gembira tadi kembali runsing.

"Mana dia sekarang?" Soal Aara.

"Ada dalam bilik Aara. Dari tadi dia tunggu Aara balik. Pergi lah jumpa dia." Balas Mak Cik Enon. Aara mengangguk kepalanya perlahan.

Dia melangkah masuk ke dalam biliknya. Susuk Naail di cari.

"Sayang... I'm home."

Gadis Pilihan IblisWhere stories live. Discover now