BAB 22

1.4K 289 55
                                    

Aara bangun dari tidur sebaik sahaja keadaan semakin hangat. Terasa peluh merenah di dahi. Peluh di lap menggunakan pelapik baju.

"Panas..."

Rengek Aara perlahan. Mata masih di tutup rapat. Mengantuk masih berbaki. Rasa malas hendak bangun. Kalau tidak panas sebegini.

"Aduh siapa gila sangat tutup aircond ni."

Geram Aara bicara. Baru sahaja dia mahu melangkah keluar, satu susuk menyusahkan dirinya untuk keluar. Lantas sekali Aara membuka mata.

Mencerlung besar sebaik sahaja matanya dan mata Rayzen bertembung. Dapat di rasakan pandangan Rayzen seperti ketawakan dirinya.

"Apa yang kau buat kat sini? Wait what? Mana semua orang?"

Kalut Aara bertanya. Suasana semakin gelap. Lantas Aara mencapai handsetnya. Jam di lihat. Mata semakin membulat.

"Dah pukul enam setengah?! Kenapa kau tak kejutkan aku?!"

Marah nada Aara. "Saya tak sampai hati nak kejutkan awak."

"Sejak bila kau kasihankan aku? Mabuk eh?" Ujar Aara dengan geram.

Sumpah, rasa nak dicekikan Rayzen sampai mati. Mak Jah berkata kepadanya semalam, dia dan Aayan akan datang ke Kuala Lumpur.

Sudah dia cukup rindu dengan anaknya itu. Sekarang ini, Rayzen buat hal pula. Dah apahal!

"Kenapa awak marah sangat ni?"

Lembut Rayzen bertanya. Namun soalan Rayzen mendapat jelingan tajam oleh Aara. Kasar Aara bangun dari tempat duduk.

Beg di hempas kasar di atas meja. Kaki menuruni tangga. Tiba sahaja di pintu keluar, tombol pintu di pulas berkali-kali.

Satu ni pula buat hal. Aara memulas tombol pintu dengan kesabaran. Hilang sahaja segala kesabaran yang terbuku di dada.

Terus pintu di sepak dengan kasar berkali-kali.

"Bodoh!" Nafas di tarik dengan kadar tercungap-cungap.

"Kita tak ada pilihan lain daripada bermalam di tempat ini sehingga pagi."

Rayzen bersuara. "Aku tak nak! Aku tak nak tinggal kat sini! Kau faham!" Laung Aara dengan kecewa bercampur geram.

"Kita tak ada pilihan, Nuha."

Ujar Rayzen berjalan menghampiri ke arah saliran elektrik. Sambungan wayar aircond dan lampu di buka. Namun kedua-duanya tiada bersambung.

Mencuba dan mencuba, memang elektrik sudah di putusakan dari luar. Rayzen menghala pandangan perlahan ke arah Aara.

"Ini semua salah kau! Kau faham!"

Suara memetir seluruh kawasan. Aara menuju ke penjuru kelas. Dia duduk di atas lantai dengan kecewa.

'Maafkan mama Aayen.' Bisik perlahan hati Aara.

Memberi harapan palsu kepada seseorang sungguh gelisah perasaan. Ini apa yang di rasakan oleh dirinya sekarang ini.

Dia sudah mungkir janji dengan Aayan. Dia berjanji akan balik ke rumah sebelum 3 petang. Dia juga berjanji kepada anak kecil itu bahawa dia akan melungkan masa sepenuhnya terhadap Aayan malam ini.

Namun semuanya sia-sia. Aayan akan merajuk.

Semua ini salah Rayzen. Lelaki bodoh!

Aara memeluk tubuh. Kedua-dua kaki di angkat ke atas. Tangisan awan kedengaran. Seperti itu juga apa yang hendak di letuskan oleh matanya pada saat ini.

Bersama dengan Rayzen secara berdua-duaan semakin membuatkan Aara takut. Tubuh semakin di peluk erat.

"Kau tak menyesal tinggalkan aku. Aku faham. Diri aku jijik. Sumpah tak layak berdampingan dengan kau. Perempuan tak guna ini tak pernah turuti kehendak kau. Aku tak seperti perempuan lain. Aku sungguh naif sehinggakan kau buat aku macam ini, aku masih buta. Buta kerana cinta..."

Bisik hati Aara perlahan. Tidak salah bukan untuk dia meluah segala-galanya? Sakit. Sakitanya sehingga dirinya tidak mampu membuka pintu hati kepada pelawat lain.

Setiap yang datang pasti akan meninggalkan. Tiada siapa yang mampu bertahan sehingga ke hujung hayat.

Rayzen yang duduk tidak jauh 2 meter dari Aara hanya memasang telinga.

Dia bersalah. Mana mungkin dia melupakan salah yang dia lakukan. Salahnya membuat hati seseorang terluka. Malah yang terluka tersebut merupakan hati cintanya.

Tidak pernah sesekali perasaan cinta ini hilang terhadap Aara. Walau beribu hati yang masuk ke dalam hatinya, namun tiada siapa pun yang mampu melawan senjata cinta Aara kepadanya.

Cinta abadi.

Cinta setia.

Cinta tanpa henti.

Walaupun nafas terhenti selama-lamanya.

Cinta Aara masih menjadi tempat utama. Bersandang di dalam hati tanpa satu keluhan keluar.

"Benci tidak terkata hati ini..." Perlahan Aara berkata.

Pum!

Bunyi dentuman kilat membuatkan tubuh Aara terangkat sedikit. Tubuh tergetar-getar menahan rasa takut.

Tidak lama kemudian, Aara merasakan tubuhnya hangat. Tangan lengan besar itu menarik pinggangnya merapati diri.

Tubuh di hangatkan. Aara tidak membantah. Ini yang dia perlukan. Dia perlukan ketenangan walaupun kemusnahan bersama dekat dengan dirinya.

"I will be your comfort zone, although I know I am not fully worthy of this love. When your world is crumble, I will always be by your side."

****
Next update Bab 20, 21 dan 22 cecah 100 vote :)
Terima kasih kepada yang sudi bertahan hingga ke akhir :)

Gadis Pilihan IblisWhere stories live. Discover now