BAB 27

1K 197 29
                                    

Rayzen setiap di samping Aara. Mengusap lembut belakang gadis itu. Tidak di sangka sebegitu buruk perangai bapa Aara.

Di balik perwatakan yang kasar, kesakitan yang terlengkap di hati.

"Luah... Hanya menangis mampu legakan hati awak. Sesakit mana pun hati awak, hanya tagisan mampu legakan semuanya."

"Apa salah aku? Jijik sangat ke kelahiran aku daripada rahim perempuan yang dia tak suka? Kenapa perlu buat aku macam ini? Macam aku tak ada perasaan. Kenapa?"

Sayu suara Aare kedengaran. Tagisan semakin galak di bahu Rayzen. Terlelu sedih perasaan ini. Seperti tiada ubat yang mampi mengubatinya.

"Aku pun perlukan kasih sayang dia. Susah ke semua itu untuk dia lakukan? Apa salah aku? Haa! Apa salah aku!"

Pilu kedengaran. Dada Rayzen di pukul. Meluahkan segala-galanya.

"Awak tak salah Nuha. Tak salah. Tolong jangan macam ini." lembut suara Rayzen.

Air mata yang turun dari kelopak mata di seka pantas sebelum Aara melihatnya.

"Aku benci diri aku, Rayzen. Sumpah aku benci. Bah kan aku tak percaya bahawa aku masih bernafas sehingga kini. Sekarang aku sedar, kehadiran aku di dunia ini tidak mengizinkan. Aku nak mati! Aku nak mati!"

Aara cuba bangun dari dakapan ketat Rayzen.
Dengan lebih tangkas dia memeluk lembut tubuh Aara.

"Tolong jangan macam ini. Awak seksakan hati saya. Tolong... Ramai yang perlukan kehadiran awak, Nuha. Bukan sahaja saya, tapi mommy awak. Awak kena ingat dia, bahawa dia masih perlukan awak. Hanya awak sahaja seseorang yang berharga tanpa gantian emas dan permata dalam hidup dia, Nuha. Tolong... Jangan macam ini."

Pujuk Rayzen menyebabkan Nuha kembali melorot tubuhnya selesa. Tangisan di hamburkan lagi.

"Aku benci hidup aku, Rayzen. Aku benci..." Lembut suara yang menyapa pendengran Rayzen.

Tutur kata yang sungguh dia rindui.

************

Rayzen membawa Aara memasuki sebuah kedai. Kek yang bersusun cantik di dalam kaca suhu dingin.

"Saya bawakan kek kegemaran awak. Makan lah. Saya dengar, perempuan kalau sedih atau marah, suka makan makanan manis. Makan lah."

Dua pinggan kek Ranibow di tolak ke hadapan Aara. Tanpa menolak, Aara memakan tanpa banyak bunyi. Tidak sampai 5 minit kek di habiskan bersama air blur mermaid milik Aara.

"Nak lagi?" Lembut Rayzen bertanya.

Perlahan Aara mengangguk. Rayzen senyum. Dia memesan lagi 5 pinggan. Untuk dirinya dan untuk Aara juga. Macam sedap aja bila Aara makan.

Sungguh berselera.

Selesai oder di terima, lantas Rayzen membawa satu persatu kek di atas meja. Di tolak ke hadapan Aara. Aara macam biasa, memakannya tanpa pandang sekeliling.

Pinggan dan cawan kosong di angkat.

Lengan baju kemeja hitam yang melekat di badan, di lipat sampai ke atas. Segala urat tangan timbul apabila Rayzen mengakat barangan itu.

Semakin menyerlah ketampanannya.

Air untuk Aara di pesan lagi. Sebaik tiba di meja, sudah dua pinggan kek milik Aara. Mengeleng kepala Rayzen.

"Awak nak lagi?"

Aara mengangguk tanpa mengeluarkan suara.

Terus kek miliknya ditolak kepada Aara.

Baru sahaja Rayzen mahu angkat menyimpan pinggan, satu suara tegur.

"Sampai bila nak angkat duduk angkat duduk. Makan lah sekali." Balas Aara tanpa melihat wajah Rayzen.

Satu senyuman kecil menampakkan kedua lesung pipit di bawah bibirnya kelihatan. Semakin memaniskan ketampanan wajah Rayzeb.

Aara fokus menghadap makanan. Tanpa di sedari, Rayzen mengambil beberapa keping foto gadis itu.

"Cantik. Tak pernah tak cantik."

Gadis Pilihan IblisWhere stories live. Discover now