"Aara Nuha!" Jerit satu suara dari jauh. Pandangan Aara di bawah ke arah empunya suara.
"Ahh mati aku!" Kelibat guru bahagian kaungseling menghampiri dirinya.
Beg yang terlorot di bahu lantas di betulkan. Lari adalah solusi terbaik sekali. Dia membuka segala tenaga sebelum dia berlari laju meninggalkan di situ.
"Aara! Kamu nak pergi ke mana!" Laung guru tersebut.
"Tandas sir! Tak tahan lagi ni!"
Balas Aara dengan lauangan besar. Kini dia tidak tahu hendak membawa langkah ke mana. Ahh mana-mana sahaja lah! Janji lari dari Sir Naim!
"Huf huf huf. Pergh penat!"
Aara memberhentikan larian. Mata memandang sekejap tempat tersebut. Okay lah ni, masih jauh dari Sir Naim.
Kerusi plastik di situ dihampiri sebelum di duduk dengan selesa. Makanan yang padat di dalam beg di keluarkan.
"Tak sia-sia aku penat hari ini. Dapatlah ponteng kelas." Ujar Aara dengan bahagia.
Keropok udang bersama sebotol air cola di keluarkan. Semua di letakkan di atas meja. Ahh santai dulu. Buat apa rush-rush. Pensyarah yang masuk dalam kelasnya sekarang ini, bukannya garang pun.
Bagi handbeg Gucci, haa hilang lah marah tu.
"Uish sedap nya keropok ni! First time rasa keropok udang ni." Complain Aara.
Oleh kerana dia mempunyai allergic terhadap makanan laut, sebab itu Puan Aimi melarang keras dia menyentuh makanan laut.
Namun dia perduli apa. Nanti-nanti makan pil lah. Tak susah kan? Sakit makan pil. Pil masa sakit. Begitu...
Dalam Aara syok melayan dirinya sendiri, telinganya tiba-tiba menangkap satu bunyi. Terus dia bangun dari duduknya. Keadaan yang santai tadi, kini jadi seram.
"Tolong maafkan aku. Aku tak sengaja lepaskan dia."
Suara itu jelas berbunyi meminta di lepaskan. Atau lebih tepat meminta rayuan. Aara teragak-agak. Perlu ke dia cari punca suara itu?
"Bukan masalah kau Aara. Baik kau makan keropok aja." Ujar Aara perlahan kepada dirinya.
Namun suara itu semakin ligat kedengaran di rumah kosong ini.
"Argh perduli apa. Mana tahu ada orang berlakon di sini, boleh lah aku try masuk TV."
Keropok di gengam erat. Tubuh di paksa memasuki rumah buruk tersebut. Ekspresion jijik sering kali hinggap di wajahnya. Rumah tersebut buruk sekali. Sudah lah berlumut-lumut.
Mesti sudah bertahun-tahun di tinggalkan.
"Argh!" Suara keras itu jelas berteriak nyaring sebelum semuanya kembali normal.
Aara semakin teragak-agak. Matanya menatap satu bilik tanpa pinti tersebut.
Tubuh di rapatkan ke diding. Rapat dan rapat dia menghampiri muka pintu. Mata di pejamkan erat sebelum dia membuka matanya dengam besar.
"Argh!!!"
YOU ARE READING
Gadis Pilihan Iblis
RomanceAkibat pengkhianatan, seorang gadis yang manis bertukar menjadi seorang yang remuk dengan hati yang berpisah arahnya. "Berhenti berpura-pura aku adalah salah dalam hal ini." - AARA NUHA Pengkhianatan yang membuatkan dia makan hati. Benci dengan ke...