"Cut! Aduh!" Lantas headphone khas di atas kepala di tangalkan. Kepala yang melilih penuh di garu dengan kasar.
"Siapa budak ni? Aduh... Berapa kali aku cakap tutup laluan hadapan. Sampai bila kita nak take scene dalam ni."
Ujar Director tersebut dengan geram. Sudah di maklumkan kepada empunya kolej supaya pelajar-pelajar di larang menjejak kali di belakang kolej.
"Eh berlakon ke?" Dengan penuh bersinar-sinar Aara berkata. Uish jadi kenyataan ke apa yang dia cakap tadi?
"Cik... Cik di larang masuk dalam ni. Kami lagi adakan take shoot drama. Sila ikut saya keluar ya." Ujar salah seorang staff mereka.
"Baik kau halang budak ni sebelum aku mengamuk." Geram lelaki itu berkata.
Aara melihat wajah director itu dengan tidak puas hati. Halah, engkau dah kenapa orang tua.
"Baik tuan. Jom ikut saya keluar ya cik." Balas gadis itu perlahan.
"Keluar cepat! Aku tak ada masa nak berurusan dengan orang. Kau dengan kau sama je bodoh!" Sentak director tersebut dengan geram.
Aara ketawa angin. Alamak, salah pula kau dalam berkata-kata orang tua.
"Kau pun sama bodoh. Orang bodoh aja buat rakaman tempat buruk ni. Dah tak ada bajet ke?" Balas Aara dengan penuh sinisan. Dia menarik kasar lengannya yang di sentuh gadis itu tadi.
Kini dia berpeluk tubuh sambil melihat atas bawa lelaki itu.
"Amboi! Kurang ajar betul budak ni! Auni, bawa perempuan ni keluar! Tak akan habis kerja kita kalau layan budak tak faham bahasa ni."
Balas director itu lagi. Headphone di letakka semula di balik telinga.
"Eh kau orang tua. Kau lagi lah kurang ajar. Macam mana lah kau ajar anak-anak kau. Mesti menyesal diaorang ada bapak bodoh macam kau ni. Otak udang! Ada hati nak cakap aku bodoh. Kau tu lagi lah bodoh! Aku doakan kau bankrup seumur hidup kau! Biar kau tahu erti kehidupan!"
Bidas Aara dengan kasar. Pantang sekali dia dia lebelkan sedemikian. Bagus-bagus orang tuanya mengajar dirinya. Dia sahaja yang tidak masuk ajar.
Orang tua di hadapannya ini dengan ringan mulut kata dia macam tu. Dah tahu buat shooting, adakahlan notis. Ini tak. Buat kerja bodoh, ada hati nak cakap orang.
"Eh kau ni dah kenapa! Kau tunggu aku call pensyrah kau." Ugut director tersebut.
"Lah kau ingat aku takut ke, bodoh? Call lah. Setakat pensyarah aku tu, buat apa aku nak takut. Bosan..." Balas Aara dengan buat derk sahaja.
"Aara! Sini ya pergi kamu!"
Sir Naim yang berada di hadapan pintu bersama beberapa orang pelajar atasan mengiringinya menghampiri mereka yang berada disitu.
"Lah kat sini lah. Nak pergi mana pula lagi. Aduh sir ni." Dengan malas Aara membalas.
Keropok udang di bukakan. Baru sahaja dia mahu menyambung makan, terus keropoknya di rampas kasar.
"Kau dah kenapa?! Bagi balik lah keropok aku!" Bentak Aara dengam geram. Wajah Rayzen di lihatnya dengan tajam.
Lelaki itu tidak berbunyi. Keropok di simpan didalam poket blazer.
"Kau pekak ke! Bawa balik lah keropok aku!"
"Aara! Sudah! Kamu dah kenapa!"
Marah Sir Naim. Terus bertukar reaksi wajah Aara. Aaa geram nya!
"Haa bagus lah Tuan ada di sini. Pelajar tuan ni kurang ajar betul. Macam-macam dia cakap tentang saya. Siap lebelkan saya bodoh." Adu director tersebut.
"Eh kau! Siapa yang mula dulu? Aku ke kau? Kau ni memang cari fasal lah orang tua!"
Aara menghampiri lelaki separuh usia itu. Lantas tangan yang berpeluh hinggap di kepala tanpa sebarang rumbut itu.
Pak!
"Aara! Apa yang kamu buat ni!" Sir Naim menghampiri Aara sebelum menarik lengan gadis itu.
Masing-masing ternganga besar. Termasuklah Rayzen. Tidak percaya akan tindakan gadis itu. Director tersebut mengusap kepalanya dengan lembut.
Bergegar otak.
"Dia yang cari fasal dulu. Siapa suruh! Sir sendiri kan tengok bertapa angkunya orang tua ni. Tak padan dengan diri. Kubur dah melambai ada hati nak tabur fitnah. Kalau boleh, memang saya tarik rambut halus dia. Biar tiada tak ada rambut. Dasar orang tua bodoh!"
Aara melepaskan segela kemarahan. Belum puas ni. Kalau boleh nak lagi dia menampar kasar kepala tanpa sebarang rambut lelaki separuh usia itu.
Masih gatal tanganya ingin melekap kuat di permukaan licin itu.
"Aara! Masuk bilik saya sekarang! Rayzen bawa dia balik kolej. Saya nak uruskan perkara di sini."
Rayzen hanya mengangguk faham. Rayzen menarik lengan Aara.
"Aku pandai jalan sendiri. Tak payah lah sentuh-sentuh. Macam aku ni budak-budak yang perlu di pimpin tangan."
Kata-kata Aara tidak diperdulikan oleh Rayzen. Dia hanya menjalankan tugasnya sebagai ketua pelajar disiplin. Rugutan Aara di biarkan sahaja.
Senyuman kecil terlakar di hujung bibir Rayzen.
YOU ARE READING
Gadis Pilihan Iblis
RomanceAkibat pengkhianatan, seorang gadis yang manis bertukar menjadi seorang yang remuk dengan hati yang berpisah arahnya. "Berhenti berpura-pura aku adalah salah dalam hal ini." - AARA NUHA Pengkhianatan yang membuatkan dia makan hati. Benci dengan ke...