BAB 10

1.6K 583 84
                                    

Makan malam di meja keluarga Marcus riuh sekali. Dengan adanya Rayzen yang tidak habis dengam celotehnya.

"Bang... Macam mana muka aku? Ada macam muka orang seksi tak?" Soal Rayzen kepada Rayden.

"Kau ni kan. Tak habis-habis. Tak malu ke. Sudahlah bini aku mengandung, kang tak muncul-muncul nanti, anak aku ikut muka kau." Marah Rayden.

"Eleh. Bagus lah! Kan, adik! Adik... I have some news! Hot punya!"

Ucapan Rayzen menarik perhatian Ariyana. Ada aja abangnya ini.

"Apa itu?" Soal Ariyana ingin tahu.

"Adik ingat tak dengan penyumbang utama kolej kita, Encik Tian Young?"

"Ha'ah. Kenal. Anak dia Chen Young kan? Kenapa dengan dia?" Soal Ariyana lagi.

"Semalam muka dia kena tampar depan muka bapak dia. Haha."

Membulat besar mata Ariyana. Sepanjang dia di kolej tersebut, belum pernah lagi dia menaikkan tangan ke wajah gadis itu.

Walaupun gadis itu annoying tahap 1000X kali. Dia tahu, kalau dia menaikkan tangan ke wajah gadis itu, nama keluarganya akan buruk secara sia-sia. Oleh kerana itu dia malas mengambil hal dengan gadis itu.

Nasiblah gadis itu perangainya tidak sampai di hadnya.

"Serious lah! Siapa tampar? Kenapa dia tampar?" Soal Ariyana ingin tahu. Memang hot lah cerita abangnya kali ini.

"Nuha. Aara Nuha." Satu nama terbit di bibir Rayzen.

"Bekas kekasih abang ke? Pergh memang hebat lah! Adik salute dengan dia!" Ujar Ariyana lagi. Memang salute sangat-sangat. Mahu sahaja dia bergabung dengan Aara untuk menapar muka orang-orang yang gedik.

"Aara anak Datin Aimi ke?" Kini Puan Ariya membuka suara.

"Haaa betul lah tu. Eh bukan ke semalam mama pergi rumah Datin Aimi?"

Puan Ariya mengangguk kepala.

"Kesian mama dengan budak tu. Nampak kuat, tapi yang terbuku dalam dada, banyak sekali. Masa mama pergi rumah Datin Aimi semalam, anak dia menangis. Sebab apa tu, mama tak pasti lah. Kesian mama tengok dia." Ujar Puan Ariya.

Rayzen terdiam. Aara menangis? Sebab apa? Sumpah dia katakan, lama dia tidak melihat gadis itu menangis. Jelas sekian lama sudah.

"Atau kau yang buat dia menangis?" Rayder kedengaran. Jari di tunding ke arah Rayzen.

"Eh engko! Sekacak-kacak aku, tak pernah aku sakitkan hati bergelar wanita. Kak... Abang pernah tak sakitkan hati akak?"

Tanya Rayzen kepada Leona.

"Pernah! Dia punya masalah tu kan, sampai akak ni tak mampu. Sampaikan sebaldi akak menangis di sebabkan dia." Ujar Leona.

"Amboi sayang."

"Halah... Sayang sayang pula. Ana tak mau dengar! Stop! Stop!"

Gadis Pilihan IblisWhere stories live. Discover now