BAB 21

1.3K 255 50
                                    

Aara menjeling kehadiran Rayzen. Menyemak. Perlu ke menyibukkan pemandangannya. Eee.

"Masih ada hati ke?" Ujar Vetty di sebelah tanpa melihat wajah Aara.

"Eh hello! Aku? Eyewh! Dengan mamat tak semegah tu? Oh my god... Jijik..."

Balas Aara dengan. Muka aku ni menagih perhatian sangat ke? Oh My Gosh!
lpp"Nampak sangat. Menagih perhatian daripada dia, bukan?"

Ujar Vetty lagi. "Aku? Apa masalah kau eh sekarang?" Ujar Aara dengan tidak puas hati. Apasal minah ni.

"Relex aaa. Aku cakap aja. Tak mustahil kau ada perasaan terhadap dia."

"Tak mustahil. Bukannya mustahil. Dah lah! Semak je kau ni."

Lantas Aara mengambil begnya. Dia melangkah keluar dari kerusi panjang itu. Memang swing lah mood macam ni.

Baru sahaja Aara mahu melangkah keluar daripada kelas, satu tangan menghalangkan dari luar kelas. Kepala di angkat melihat gerangan.

"Ops! Awak tak boleh pergi kemana-mana untuk kelas Sri Fahmi." Ujar Rayzen. Aara menjeling tajam lelaki itu.

"Ada aku kisah?" Soal Aara.

"Walaupun awak tak kisah, tapi saya kena kisah." Balas Rayzen lagi.

Aara merengus kasar. Sebelum dia melangkah semula masuk ke dalam kelas. Tak ada masa berjawap dengan mamat kerek macam Rayzen.

Tempat di belakang sekali ambil. Beg di hempas kasar. Wajah masam hanya menghiasi wajah.

"Argh!" Aara menguap dengan nyaring.

Mata pelajar di bawah memandang ke arah gadis itu.

"Apa tengok-tengok! Nak penampar aku?"

Ujar Aara dengan geram. Macam tak pernah nampak aku. Tahu lah cantik. Asal tengok-tengok.

Rayzen mengeleng kepala. Dia tersenyum kecil.

Beg sandang di aturkan. Dia berjalan melintas pelajar-pelajar. Kedengaran juga keluhan pelajar perempuan apabila Rayzen tidak mengambil tempat di sebelah mereka.

Rayzen tetap melangkah sebaik sahaja tempat belakang sekali di jejak. Tempat kosong di sebelah Aara di ambil.

Gadis itu langsung tidak perasan akan kehadiran Rayzen.

"Morning semua."

Ujar pensyarah sebelum memulakan pembelajan. Rayzen melirik sekilas di tepi.

Selama 1 jam kelas berlansung. Akhirnya habis jua dengan pelajaran. Aara yang masih dalam tidurnya langsung tidak di kacaunya.

Barang simpan kemas di dalam beg. Kepala di turunkan perlahan. Wajah Aara berselindung dengan rambut di pandang lembut.

"Cantik. Tak pernah tak cantik, bidadari abang." perlahan Rayzen bicara.

Pintu dewan kuliah di tutup kasar. Rayzen memejam matanya. Takut Aara terjaga. Perlahan-lahan mata di buka dan di pandang ke arah Aara.

Nafas di hela dengan lega. "Fuh nasib." Rayzen mengosok dada. Awal dia sembunyikan wajah sebaik pensyarah melilar bagi memastikan pelajar keluar.

Kini hanya dia dan Aara sahaja dalam ruangan kosong. Ruangan yang sungguh hangat dengan cinta Rayzen terhadap Aara.

"Rindu. Sumpah abang rindu dengan sayang. Abang tak dapat jelaskan apa yang terjadi saat ini. Abang akan cari masa yang sesuai. Hati abang sentiasa ada Aara. Hanya nama Aara terpahat di hati abang."

Gadis Pilihan IblisWhere stories live. Discover now