BAB 15

1.6K 510 106
                                    

"Hey... Kenapa balik sini tak bagitahu akak."

Aara memeluk lembut tubuh adik lelakinya. Kepala Aiman Naail di usap perlahan.

"Akak!! Akak!! Yindu Akak..."

Naail memeluk erat tubuh Aara. Aara melakarkan senyuman manis.

"Akak pun rindu sayang akak sorang ni."

Naail ketawa dan tersengih. Tubuh Aara masih di peluk erat. Setitis air mata gadis itu mengalir dengan perlahan.

Naail. Kelahiran normal namun kecacatan seumur hidup. Jarak dia dan Naail hanya 2 tahun. Namun keuntungan tidak berpihak kepada Naail. Naail menghidap kegagalan fungsi otak pada umur 3 tahun dan menyebabkan dia cacat seumur hidup.

Naail, seorang lelaki yang istimewa di dalam hidupnya. Sungguh istimewa sampaikan tiada siapa yang dapat mengalihkan kedudukan lelaki itu di dalam hidupnya.

Akibat deraan daripada Tuan Al-Razif, kini adik lelakinya tidak dapat menjalakan kehidupan secara normal. Sedih sekali apabila Tuan Al-Razif tidak menerima adik bongsunya itu sebagai anak kandung.

"Kenapa akak nangis?" Ujar Naail. Dia mengakat kepalanya. Wajah polosnya memandang lembut Aara.

"Mana ada akak nangis. Adik dah makan?"

Aara menyeka laju ari mata. Dia tersenyum manis. Wajah Naail di pandang. Kacak sekali muka adik lelakinya itu. Tahun ini, Naail genap berumur 20 tahun. Umur 20 tahunnya tidak seperti anak-anak di luar sana yang berumur 20 tahun.

"Elom..." Gagap Naail balas.

"Kenapa tak makan lagi ni. Adik nak makan apa?"

"Epsi nak epsi!" Riang Naail berkata.

"Jom akak bawa! Jom akak kemas Naail."

Dia bangun dari katil. Tubuh adiknya itu di letakkan lembut di atas katil. Aara membuka clothset.

"Hmm Naail nak guna baju apa? Akak rasa Naail guna yang ni nak?"

Baju kemeja hitam di tunjukkan. Naail mengangguk kepalanya riang. Aara mengambil baju dan seluar. Kini dia menghampiri Naaail semula.

"Jom akak pasangkan."

Naail mengangguk kepalanya. Aara membuka baju adiknya itu sebelum di pasangkan baju baharu ke tubuh. Sebaik sahaja semuanya kemas, Baby Powder Johson's di ambil sebelum di tepuk ke wajah Naail.

"Haa cantik pun. Wangi lah. Akak nak cium Naail boleh?"

"Oleh! Oleh!" Riang Naail membalas.

"Umah! Wangi lah adik akak ni."

Naail ketawa. Ternampak ke dua belah lesung pipitnya yang dalam itu.

"Jom kita jalan!"

Tangan di berikan kepada Naail. Pantas Naail memegang tangan Aara. Mereka berdua keluar daripada bilik utama.

"Mak cik. Saya dengan Naail nak keluar dulu."
Laung Aara nyaring.

"Iya! Aara! Jangan lupa beli susu untuk adik kamu! Susu dia mak cik lupa bawa tadi!"
Laung Mak Cik Enon semula.

"Baik! Saya jalan dulu ya mak cik. Jangan lupa kunci rumah!"

Gadis Pilihan IblisWhere stories live. Discover now