HALAMAN 53
Kadang aku tertanya kepada diri, adakah aku tidak layak mengiraup udara di bumi yang luas ini?
Semua yang terjadi, aku tunding jari kepada diri sendiri. Aku sedar, aku bukan seorang yang bersih hati. Aku hanya pentingkan diri. Banyak hati yang telah aku lukakan.
Tidak terkira. Bodoh kan aku? Pentingkan diri... Terlalu pentingkan diri...
Daddy? Aku bertanya, mengapa daddy buat aku macam ini? Seperti aku tidak mempunyai sebarang perasaa. Sering aku bertanya dalam diri, adakah aku hanya seorang anak wanita yang dia tidak sukai?
Ahhh... Mummy kuat. Aara bahkan ujian sekecil semut, Aara tak mampu kendalinya.
Keputusan Aara tepat. Kematian tanpa pengetahuan seseorang, itu yang Aara inginkan. Ingin melihat, seberapa orang masih bertahan dengan Aara.
1 tahun yang lepas... Aara kerap sakit kepala... Sampaikan Aara merasakan malaikat maut datang mencabut nyawa Aara.
Ya betul, sedekat sahaja lagi... Nyawa Aara akan di cabut. Aara inginkan kematian yang tenang. Bukan tangisan di susuk kafan Aara nanti.
Maafkan mama, Aayen. Mama gagal menjadi seorang mama yang terbaik untuk Aayen. Mama ibu yang tidak berguna. Mama akan tinggalkan Aayen nanti.
Bukan meninggalkan nafas masih terbuku di bumi...
Tapi, jasad sahaja yang menjadi bukti.
Rayzen... Saya sayangkan awak. Walau beribu pisau menusuk di dalam hati saya, saya tetap memilik awak. Maafkan saya...
Layanan saya cukup buruk terhadap awak. Sumpah saya inginkan awak membenci saya. Saya tak suka jika awak bersedih nanti. Persemadian saya tidak akan tenang.
Bukan niat saya untuk tidak memberi peluang kedua...
Saya tahu, peluang kedua lebih menyakitkan...
Sekarang, beruar-uar, rambut saya gugur... Kadang melihat diri di cermin, sebagai mayat hidup.
Saya harapkan awak terus tabah. Carilah wanita yang terbaik boleh jaga makan minum awak nanti.
Jagakan Aayen kepada saya. Sayangi dia... Dia terlalu lama merintih kasih sayang daripada awak...
Jasad sudah terkubur, bacalah surat ini.
Sayang cinta hati saya...
Tiada siapa mampu lawani...
YOU ARE READING
Gadis Pilihan Iblis
RomanceAkibat pengkhianatan, seorang gadis yang manis bertukar menjadi seorang yang remuk dengan hati yang berpisah arahnya. "Berhenti berpura-pura aku adalah salah dalam hal ini." - AARA NUHA Pengkhianatan yang membuatkan dia makan hati. Benci dengan ke...