BAB 24

1.2K 206 34
                                    

Rayzen semakin dekat ke arah Aara sehingga tiada ruang di antara mereka. Kedengaran nafas masing-masing. Lemas di dalam tatapkan berbalas mata.

"Beutiful." Bisik Rayzen perlahan menaikkan wajah merah Aara.

Pujian yang tidak lepas senyuman dari bibirnya dahulu kala. Aara diam berkutik. Entah kenapa otaknya tidak menghantar isyarat untuk tangan menolak dada Rayzen.

"Saya bukan haus perhatian awak. Tapi saya haus cinta awak. Saya tahu banyak salah yang saya buat. Masa tu saya terlalu muda untuk menjadi seorang suami yang baik untuk awak. Saya gagal, Nuha. Sekarang rasa sedar. Diri saya bukan untuk awak. Tapi jiwa saya untuk awak. Awak gengam erat jiwa saya sampaikan saya kerdil menjadi yang sempurna untuk awak."

Lembut Rayzen bicara. Aara memandang tepat ke dalam mata Rayzen. Cukup keiklasan. Tiada yang kurang di balik mata bundar itu.

"Kalau awak tak mampu terima saya, saya mohon... Tolong saya hapuskan ingatan saya yang berpenghuni awak. Awak masuk tanpa bayaran. Tolong lunaskan hutang yang perlu awak bayar."

Aara tersentuh hati. Adakah dia terlalu melampau dalam melayani Rayzen? Namun... Semua ini untuk kebaikkan dirinya sendiri.

Dia tidak mahu jatuh cinta buat kali ke dua.

Dia pernah jatuh cinta kepada Rayzen sungguh dalam. Sekarang hanya sisa baki benci yang ada. Di kala dia tidak memerlukan Rayzen, sekarang Rayzen memerlukannya.

She fall first, he fall harder.

Wajah Rayzen semakin rapat. Matanya memandang lembut bibir mungil milik Aara. Perlahan-lahan ingin menghampiri.

Buk!

"Hey! Ya Allah, sudah kenapa budak dua orang ni! Apa yang kamu berdua buat! Rayzen! Aara!"

Pintu yang di kuak dari luar menyetakkan mereka berdua. Lantas tubuh Rayzen di tolak Aara dengan kasar akibat kekejutan.

Wajah Sir Naim di hadapan pintu di pandang dengan tegukan liur.

Mati!

"Apa yang kamu berdua buat? Rayzen! Awak sebagai pelajar contoh, tergamak awak buat macam ini! Awak tahu tak awak buat benda tak senonoh. Apa semua ini! Jumpa saya dalam bilik sekarang! Aara... Awak tak apa-apa?"

Aara ketawa kecil di balik kesedihan wajah. Masa ini aku perlu kenakan kau, Rayzen.

"Sir... Sa... Saya... Dia... Dia cuba nak rogol saya!"

Terus Aara meluru ke arah Sir Naim. Air mata jernih jatuh membasahi pipi. Padan muka kau, Rayzen!

"Rayzen! Apa semuai ni! Awak nak rogol anak dara orang! Awak tahu tak betapa beratnya hukuman yang awak kenakan jika awak di sabit kesalahan! Mana awak letak pelajar contoh awak?! Saya kecewa dengan perilaku awak!"

"But..."

"Tak ada tapi-tapi. Merogol bukan hal yang boleh di bawa main! Ikut saya pergi bilik utama! Saya akan maklumkan dengan ibu bapa awak!"

Aara tersenyun kecil. Padan muka kau! Nak sangat main-main dengan aku.

Gadis Pilihan IblisWhere stories live. Discover now