BAB 19

1.3K 303 67
                                    

"Hi sayang." Rayzen mengulas lembut wajah gadis di hadapannya itu.

"Hi..." Gadis itu membalas. Dia memutarkan tubuh badannya menghadap Rayzen.

"What happend?" Tanya gadis itu dengan perihatin. Dia memerhati wajah Rayzen tanpa sesaat pun tinggal.

"Tak ada apa pun yang terjadi. Saya cuma penat je." Balas Rayzen semula.

"Tipu. Macam lah saya tak tahu. Awak tak dapat nak tipu saya lah encik tunang."

Ujar Raisa. "Betul lah cik tunang. Mana ada lelaki kesayangan awak ini, berani tipu buah hati dia."

Pipi bulat Raisha di picit. Raisha tergelak kecil.

"Iya lah iya lah. Kalau ada apa-apa yang terjadi tu, bagitahu lah. Saya sebagai tunang awak, saya kena tahu apa masalah yang awak hadap. Bukan kah setiap hubungan melengkapi antara satu sama lain?"

'Awak lengkapi saya, saya lengkapi awak!'

Tiba-tiba suara Aara memasuki halwa telinganya. Semakin rindu hati ini mengenangkan buah hatinya itu.

"Hey! Aduh awak ni. Berangan lagi."

"Sorry sayang. Saya penat lah. Saya masuk dalam dulu." Pinta Rayzen.

"Saya ada benda nak dibincangkan dengan awak." Raisha bicara perlahan.

******

"Mama! Mama!"

Satu suara anak kecil memasuki pendengaran Aara. Lantas dia bangun dari tidurnya.

"Mama!" Kedegaran riang sekali suara anak tersebut.

"Aayan? Mak Jah?"

Soal Aara perlahan. Dia tersenyum manis. Tangan di buka luas. Lantas anak kecil itu mendakap tubuhnya.

"Rindu mama!" Riang Aayan berkata.

"Rindu juga anak mama seorang ini."

"Mama pergi mana? Aayan rindu mama sangat-sangat. Semalam kelas Aayan ada buat jamuan. Semua kawan Aayan bawa mama dan papa dia orang. Tapi hanya Aayan aja tak ada. Tapi tak apa! Janji Mak Jah ada dengan Aayan." Lantang Aayan bercerita.

"Laa yeke? Kenapa tak bagitahu mama?"

"Tak apa lah mama... Semua orang bawa papa dia orang hanya Aayan sahaja yang tak ada papa. Jadi, lebih baik Mak Jah yang temankan!" Balas Aayan lagi.

Aara tersenyum kelat. Kandungan yang dia rahsiakan selama dia bernafas di muka bumi. Tiada siapa pun tahu akan kewujudan Aayan selama anak kecil itu hidup di muka bumi.

Aayan penguat hidupnya di kala dia kecewa dengan keadaan. Aayan adalah pengubat segala-galanya.

"Mama sayang Aayan. Jangan tinggalkan mama ya sayang."

Gadis Pilihan IblisWhere stories live. Discover now