BAB 5

1.7K 616 158
                                    

"Apa yang kamu buat ni Aara. Dia pelawat kolej kita. Dengan ringan tangan kamu buat dia macam tu." Ujar Sir Naim. Aara mengunyah gula getah dengan tenang.

Bosan...

"Kamu dengar tak apa yang saya cakap ni? Atau kamu nak saya panggil kedua ibu bapa kamu." Ugut Sir Naim. Selalunya pelajar akan takut kalau di ujarkan sebegini.

"Panggillah sir. Tapi daddy saya busy kerja tau. So, sir chat mommy saya aja." Balas Aara dengan simple. Ternganga beberapa orang pelajar di dalam bilik tersebut.

Dengan tenang sekali gadis itu membalas? Wow.

"Kamu jangan cabar saya, Aara. Saya tak pernah main dengan kata-kata saya."

"Lah? Ada ke saya main-main dengan ayat sir? Tak kan? Saya cakap, call aja mommy saya. Jangan call daddy saya. Kalau sir call nanti, personal assistent dia akan jawap." Balas Aara lagi.

Gula-gula getah masih terkunyah di dalam mulut. Aara mencebik bibirnya ke hadapan sambil menilik kuku cantiknya.

Sir Naim mengeluh. Mereka diam buat sementara waktu. Susah sekali berdeal dengan budak nakal seperti gadis itu.

Kering idea untuk buat hukuman atas gadis itu.

"Okay. Saya dah berfikir, kali ini parents awak tak akan di panggil. Tapi... kalau awak buat lagi masalah, kami tak teragak-agak nak lapor semua ini dengan parents awak. Faham?"

Sir Naim bangun dari duduknya.

"Fahamlah. Bahasa melayu kan? Bukannya bahasa Jepun. Okay itu aja kan? Bai!"

Baru sahaja Aara mahu melangkah pergi, pergelangan tanganya di tarik menyebabkan dia terdorong ke belakang.

"Halah kau ni. Kau nak apa. Lepas boleh tak." Aara merengus kasar. Wajah Rayzen di pandangan dengan tajam.

Main tarik-tarik pula. Ada juga ada tarik telinga kau lepas ni. "Kamu tak di benarkan keluar dulu, Aara. Rayzen akan bagi hukuman yang sepatutnya dengan kamu."

Ayat Sir Naiam membuatkan Aara membesarkan matanya. Wait, what? Rayzen akan bagi hukuman? Hell no!

"Kenapa mamat kerek ni bagi saya hukuman. Aduh menyemal lah sir. Suruh lah orang lain. Dia ke, dia ke. Banyak lagi kan orang kat sini." Ujar Aara dengan geram. Ini yang dia malas ni. Ish.

"Kira beruntung kamu, kami tak panggil parents kamu. Kamu di bawah Rayzen. Saya tak nak dengar sebarang bantahan. Apa yang kamu takutkan sangat dengan Rayzen, dia bukannya makan orang. Dia makan nasi." Balas Sir Naim lagi. Aara ketawa sinis. Ahh, fake news!

Kini Aara tiada hak untuk lari. Wajah cemburut jelas terlakar di raut wajah. Dia duduk di atas kerusi sambil membelekan kukunya.

"Dah puas tatap kuku tu? Tak nak tatap wajah saya ke? Biar lekat dalam fikiran awak." Ujar Rayzen apabila semuanya beransur pergi. Kedengaran Aara ketawa besar.

"Haha. Weh lawak nya. Siapa nak tatap muka pecah kau ni. Boleh rosak otak aku kalau wajah kau melakat di otak aku. Tak berfungsi." Sinis Aara membalas.

Rayzen tersenyum kecil.

"Awak cemburu saya dengan Hanim?" Tiba-tiba soalan dari planet Pluto keluar dari hujung bibir Rayzen.

"Oh my god. Hanim yang nerd berbau masam tu ke? Lah, buat apa aku nak cemburu. Muka dia ada sama taraf aku ke? Bagi aku, tak. Bagi kau? Ala, bagi kau dia adalah wanita paling cantik. Paling sempura. Well, masam dia bercampur masam kau, haa boleh naik pelamin dah ni."

Balas Aara dengan satu nafas. Rayzen hanya melakarkan senyuman kecil. "Tak baik cakap orang macam tu. Awak banyak berubah, Nuha. Saya nak kan Nuha saya yang lama. I miss her."

Luahan Rayzen di balas dengan ketawa besar gadis itu.

"Wow? Rindu? Lah pergi lah cari dia. Dia dah mati. Dia tak akan pernah wujud buat kali kedua. Banyak mana kau seru, banyak mana kau merayu, Aara Nuha yang lama tidak akan pernah muncul. Malah dia tak pernah wujud dalam dunia ciptaan bodoh kau."

Gadis Pilihan IblisWhere stories live. Discover now