BAB 7

1.5K 594 127
                                    

Hari minggu, macam biasa Aara akan duduk di rumah daddynya, Tuan Al-Razif. Mommy dan daddynya sudah bercerai berapa tahun yang lepas.

"Makan, Aara." Ujar Tuan Al-Razif sebaik sahaja kelibat Aara turun dari tangga menyapa pandangan.

Aara menjongket keningnya.

"Aara? Duduk situ? Haha. Funny daddy. It's okay, Aara makan luar." Balas Aara.

"Kamu tak kasihan ke dengan dengan ibu kamu? Dia masak banyak untuk kamu. Kalau iya pun, jamah lah sedikit." Balas Tuan Al-Razif lagi.

Ibu? Yes. Itu adalah ibu tirinya. Isteri kepada Tuan Al-Razif selepas seminggu mommy dan daddynya bercerai.

"Ada ke Aara suruh dia masak? Tak kan? Tak payah susahkan diri. And one more, Aara tak akan pernah sesekali makan makanan hasil tangan perampas. Cause you know what, Aara takut pula yang segala perangai buruk perampas tu masuk dalam darah daging Aara. Aara tak rela."

Sentap Aara dengan sinis. Ingat dia terlalu bodoh untuk tidak menghidu permainan ibu tirinya itu?

"Aara. Jangan kurang ajar sangat dengan Ibu kamu. Kamu tak faham ke erti menghormati orang yang lebih tua. Pagi-pagi dah kamu buat masalah." Marah Tuan Al-Razif.

Aara berpeluk tubuh. Uish bela isteri tercinta lah. 

"Sebab Aara kurang ajar lah, Aara perlu sematkan perangai kurang ajar dalam hidup Aara. Lagipun, ujaan yang Aara kata tu adalah benar. Tiada pembohongan sama sekali. Wanna add some facts?"

Aara berbicara lembut sekali. Lembut nya, selembut sutera. Wajah Tuan Al-Razif di lihat dengan tatapan helang.

"Abang... Dah-dah lah tu. Depan rezeki ni." Sergah Puan Noraini. Dia mengusap lembut lengan Tuan Al-Razif.

Membara perasaan geram didalam hati Aara. Perempuan itu merampas kebahagiaan orang. Kebahagiaan yang baru terjalin! Kini padangan Aara di halakan ke arah Puan Noraini.

"Haa, betul kata perempuan tu. Dah-dah lah daddy, tak ada faedah pun daddy teruskan ayat daddy yang tak bernas itu. By the way kan perempuan, aku harap hidup kau tak di hantui lah dengan perangai kau. Takut pula anak kau tu ikut perangai tak semengah kau ni."

Sinis Aara berkata. Kalau aku dah bagi sekali, memang aku bagi habis-habisan. Nak sangat kan cari pasal dengan aku? Haa ambik kau.

Biar kau tengok betapa buruknya dirinya dalam cermin. Bentuk fizikal aja sudah buruk, macam-mana lah pula keadaan dalaman. Mungkin lagi buruk.

"Aara! Enough! She's your mother! Stop treat her like she's stranger! Makin teruk perangai kamu ya. Papa tak hairanlah kalau adik kamu bercakap pasal kamu aja. Tak habis-habis perangai kamu tu!"

Pandangan Aara di tujukan ke arah seorang gadis duduk di tepi Puan Noraini. Kening di angkat tinggi. Wow, main aduan pula?

"Oh yea? Really Hanim? Tak nak bercerita dengan aku apa yang kau ceritakan dengan daddy aku? Nak tahu pula, seasons mana pula yang kau tambah tokokan. I really need to know, Hanim."

Aara menghampiri meja makan. Kerusi di hadapan Hanim di tarik. Sebelum dia menungku dagu menanti jawapan daripada gadis itu.

Gadis Pilihan IblisWhere stories live. Discover now