Aara menangis panjang di dalam ketera. Seribu keratan sudah membelahi hatinya. Keratan yang sungguh pedih untuk di amati.
"Kenapa dia? Apa salah aku! Aku pun ada perasaan! Tak akan itu pun kau tak faham!" Luah Aara di dalam kereta. Terikan nyaring jelas berbalas semula di telinga.
Penat lah hidup macam ini. Asyik-asyik di pandang jijik. Kenapa tidak pernah mengambil hatinya di kala dia sedang keseksaan dengan terbukunya perasaan.
Pintu pagar rumah Mommynya di pandang. Tidak sanggup untuk memasuki rumah dengan perasaan yang huru hara ini. Sedih melihat wajah sayu mommynya.
Tok... Tok...
Cermin kereta yang di ketuk, di buka.
"Kamu kenapa Aara? Dari tadi mak cik tengok kamu dalam kereta. Tak nak masuk rumah ke? Kejap lagi kontraktor nak masuk jalan sini. Kamu parking lah ketera dalam graj ya." Ujar Datin Piah. Iaitu jirannya.
"Tak ada apa-apa aunty. Okay, terima kasih atas maklumam. Aara jalan dulu ya aunty?"
Datin Piah mengangguk kepalanya sebelum Aara menutup cermin kereta berjenama Audi itu. Kereta berjenama itu di bawa masuk ke dalam garaj banglo rumahnya.
Sebaik sahaja keretanya elok terpakir, terus Aara mematikan kereta. Nafas di tarik panjang. Air mata di kesat dengan kasar.
"Stop Aara. Air mata kau tak layak untuk orang yang tak berguna. Act normal." Nasihat Aara kepada dirinya sendiri.
Senyuman lebar di lakarkan di bibir. Nafas di tarik sebelum pintu kereta di buka. Pintu utama di buka.
Benda pertama yang dia lihat adalah, susuk tubuh mommynya yang sedang elok berbual bersama seorang sahabatnya.
Aara tercebik. Perasaan sedih mula menghantui perasaan. Masih tidak mampu menatap wajah Puan Aimi.
"Aara. Ke sini lah." Laung Puan Aimi dari jauh.
Terus Aara mengatur langkah. Dia menghampiri Puan Aimi. Tetamu mommynya sekarang ini tidak menjadi padangan matanya.
"Kenapa ni, sayang. Aara okay?"
Ujar Puan Aimi meminta kepastian.
Terus Aara melentokkan wajahnya di bahu Puan Aimi. Esakan kecil mula kedengaran. Pelukan di tubuh Puan Aimi semakin di eratkan.
"Kenapa ni..." Lembut suara Puan Aimi bertanya. Tangannya mengusap lembut kepala Aara.
"Aara sedih. Macam Aara tak berguna lagi, mommy. I can't stand for this evilness world." Ujar Aara dengan esakan. Walaupun dia seorang yang kasar, namun dalamannya tidak sekasar luaran ketikan melibatkan jiwa dan perasaan.
"Siapa yang buat puteri mommy macam ni. Daddy?" Soal Puan Aimi perlahan di tepi telinga anaknya itu.
"Apa yang daddy buat dengan kesayangan mommy ni." Tanya Puan Aimi lagi.
"Aara pun anak dia. Kenapa susah sangat dia nak mengaku semua itu? Kenapa dia buat Aara macam ni. Dia pentingkan anak kedua dia. Aara pun anak dia mommy. Aara pun perlukan kasih sayang daripada dia. Apa salah Aara, mommy?" Esak Aara. Pelukan di tubuh Puan Aimi semakin di eratkan.
"Mommy ada, sayang. Mungkin daddy buat macam itu bersebab. Kita tak boleh menghukum seseorang macam itu sahaja. Mommy faham perasaan kamu. Semakin kamu mengingati, semakin itu perasaan kamu akan tersiksa, sayang. Melumpuhkan segala keburukan yang terjadi adalah sebuah kunci senyuman tetap terlakar."
Nasihat Puan Aimi. Dia memeluk erat tubuh satu-satunya zuriatnya itu. Sumpah dia tidak ingin melihat anaknya sebegitu. Sedih menyapa di lurah hatinya.
"Suatu hari nanti, kamu akan bahagia sayang. Tiada halangan yang akan berlaku apabila kebahagiaan kamu tiba. Pegang kata-kata mommy ini, sayang."
YOU ARE READING
Gadis Pilihan Iblis
RomanceAkibat pengkhianatan, seorang gadis yang manis bertukar menjadi seorang yang remuk dengan hati yang berpisah arahnya. "Berhenti berpura-pura aku adalah salah dalam hal ini." - AARA NUHA Pengkhianatan yang membuatkan dia makan hati. Benci dengan ke...