BAB 6

1.7K 596 148
                                    

Aara merengus kasar. Wajah Rayzen yang berada di belakannya di jeling tajam.

"Aku penat lah! Kalau kulit aku hitam, kau ganti rugi!"

Kini dia berada di tengah-tengah padang kolej. Hukuman yang diberikan oleh Rayzen adalah, dia diarahkan untuk memotong rumput. Rayzen memang gila!

Sudahlah pukul 1 tengh hari. Cuaca bukan main panas. Peluh merenek banyak di tubuhnya. Aaa jelas tidak selesa. Dengan mata-mata yang memandang ke aranya lagi.

"Buat kerja tu. Kira untung saya bagi hukuman ni. Kalau saya suruh awak cuci jamban seluruh kolej macam mana. Termasuk tandas lelaki sekali." Ujar Rayzen. Dia hanya mengiringi gadis itu.

"Ini kerja lelaki kau tahu?! Aku penat! Dahlah panas! Kau tak faham bahasa ke! I'm quit!"

Aara mahu meninggalkan padang, di tarik Rayzen dengan kasar ke tempat asalnya.

"Habiskan kerja awak dulu. Then you can leave." Tegas Rayzen.

"Boleh bodoh otak aku berinterasksi dengan kau."

Dengan kasar Aara mencapai mesin rumput. Wajah jelas melakarkan raut muka merungut. Sesiapa sahaja berada ditempatnya, aku merungut. Pasti!

"Apa lah aku nak buat ni!" Bisik Aara perlahan kepada dirinya. Kalau nak lari memang tak ada can. Sudahlah kepalanya berputar-putar setakat ini akibat kepanasan matahari.

'Baik aku pura-pura pengsan. Huh... Mana mungkin kau kejam dengan aku'

Bisik hati Aara. Senyuman sinis kini terlakar di cuan bibir. Satu, dua, tiga.

Terus Aara rebah tepat ke atas rumput. Mesin rumput turut jatuh juga, namun sedikit jauh darinya.

"Oh god! Nuha!" Terus Rayzen menghampiri gadis itu. Pipi Aara di tepuk.

'Dah kenapa mamat ni asyik panggil aku Nuha. Kalau aku tak berpura-pura memang aku hempuk kau' Omel Aara didalam hati 

Tanpa menunggu lama, terus Rayzen mengakat tubuh Aara meninggalkan padang. Aara tersenyum puas di balik wajah. Huh, bodoh percayakan aku.

Well, dah boleh jadi pelakon ni. Director kepala botak, tak nak ambil aku ke jadi pelakon utama. Menyesal kalau kau tak ambil aku.

"Kenapa ni, Rayzen?" Soal satu suara halus.

"Nuha pengsan tengah padang tadi, Hanim. Tolong saya panggilkan Doktor Midah."

Sebaik mendengar nama Hanim, Aara membuat riak wajah menyampah. Ahh, pasangan masam ini. Tak habis-habis.

Dia tidak boleh biarkan Hanim menyentuh tubuhnya selepas ini. Argh, next plan!

"Argh, peningnya." Aara bangun dari baringnya.

"Eh jangan lah bangun. Awak berehat dulu." Ujar Rayzen dengan perihatin.

"Aku tak nak duduk sini. Aku nak keluar dari tempat. Setakat pengsan aja, bukannya aku mati pun."

Aara mementapkan lakonannya. Lari Aara! Lari!

Kalau Hanim datang lepas ni, kau akan kekurangan oksigen akibat kemasaman di bawa ketiak Hanim.

You better run, run, run~

"Nuha.... Jangan degil boleh? Awak sakit. Kalau apa-apa yang terjadi, saya juga yang risau nanti."

Ayat Rayzen terngia-ngia di dalam fikirannya. Ayat yang sentiasa menjadi igauannya dahulu masa dia sakit.

Haih. Stop TML (Terkenang Masa Lalu). Kau boleh dapatkan lelaki lebih bagus daripada Rayzen. Yang lebih kaya! Supaya kau dapat kikis! Tapi, Rayzen apa kurangnya.

Ahh sungguh dillema sekali.

"Dia ada kat situ, Doktor."

Dengar sahaja suara Hanim, terus Aara kembali baring atas paksaan Rayzen. Dia menjeling tajam Rayzen. Dia ni sengaja ke apa nak kantoilan lakonan mantap aku.

"Kenapa dengan dia." Tanya Doktor Midah sambil dia memeriksa Aara.

"Jangan suruh perempuan tu sentuh saya doktor. Saya tak suka. Boleh bau hapak baju saya nanti." Perli Aara tanpa menghiraukan perasaan Hanim.

Hanim hanya menurut. Dia melangkah keluar. Rayzen melihat Hanim, lantas dia juga melangkah keluar.

"Halamak. Pasangan sejoli burung masam main kejar-kejaran pula."

Gadis Pilihan IblisWhere stories live. Discover now