Setelah 5 tahun aku menetap di bumi UK perjalanan yang berliku akhirnya,aku berjaya menamatkan pengajian peringkat sarjana.Dengan kesungguhan dan dorongan dari ibubapa ku,akhirnya aku berjaya menamatkan setelah bertungkus-lumus dan membuahkan hasil.
Majlis graduasi baru sahaja berakhir,aku yang masih dilengkapi rapi jubah dan mortar board di kepala berlari ke arah kedua ibubapa ku lalu memeluk mereka dengan rasa gembira.Mereka tersenyum mengucapkan tahniah atas kejayaan diriku.
"Tanpa mom and dad,Alexis takkan berjaya sampai hari ini" - kataku sambil sedikit air mataku mengalir di pipi lembut
"Kami bangga dengan kamu Ally,kamu telah lakukan sehabis baik"
Alexis Brooke atau nama manjanya Ally merupakan anak tunggal bagi keluarga pasangan Brooke yang merupakan salah seorang usahawan terkenal yang dikenali di Asia tenggara.Memiliki beberapa rangkaian syarikat serta beberapa hotel milik keluarganya di turunkan kepadanya secara warisan turun temurun keluarganya.
Kini,Ally sebagai seorang calon penerus dan penyambung legasi keluarganya .Walaupun masih masih muda,Ally sudah mempelajari selok belok syarikatnya sewaktu beliau berada di universiti lagi.Sikap Ally yang tegas dan bertanggungjawab membuat ibubapanya yakin dengan kebolehan anaknya.
Namun di sebalik sikapnya yang tegas,di sisi lain Ally bersifat arrogant terhadap orang bawahannya terutama yang tidak mempunyai pelajaran tinggi.Dia menganggap orang bawahan bersifat malas dan sering mengambil kesempatan.
Dari peribadi Ally,ternyata seorang perempuan,namun dia seorang interseks dan terlihat maskulin dari riak wajahnya yang tegas.Oleh kerana keluarganya ternama,namanya juga dikenali di dunia korporat.Namun dia tidak suka akan publisiti luar kerana kehidupan peribadinya adalah privasinya.
"Ally,bila kamu mahu pulang?rasanya sudah lama menetap di sini" tanya si bapanya kepada anaknya
"Maybe next week dad,lagipun ada certain barang belum habis dikemas"
"Dad...jom take picture" - berdiri antara kedua ibubapa sambil dibantu oleh jurufoto mengambil gambar sebagai kenangan.
"Ok,smile....1,2,3..." Klik..." - ucap si jurufoto
Setelah selesai sesi bergambar,mereka bertiga saling berpelukan antara satu sama lain kerana ibubapa ingin berangkat pulang kembali ke tanah air.
"Hati-hati mom,dad...Ally akan menyusuri kemudian" - dengan riak wajahnya sedikit sayu dengan kepulangan kedua ibubapanya
*
*
*
Di kediaman keluarga Brooke
"Pang.." - terdengar sepuhan kaca berlimpangan yang berada di lantai dapur.Seseorang tanpa sengaja menjatuhkan pinggan di ruangan tersebut.Terdengar pekikan suara marah yang dilontarkan kepada seseorang.
"Adoi...Cristine...apa yang kamu lakukan lagi" - mengeling kepala ketua maid tersebut setelah Cristine memecahkan lagi pinggan
Cristine hanya menundukkan kepala lalu meminta maaf atas perbuatan," maaf puan..saya tidak sengaja,saya janji tidak akan mengulangi lagi" - kepala masih menunduk
"Rasanya saya serah kepada puan besar atas kesalahan kamu ini,lagipun sudah berapa kali kamu asyik lakukan perkara yang sama" - membebel panjang ke arah Cristine dan Cristine hanya mendengar serta senyap kerana itu kesilapannya.
Cristine merupakan maid baru di kediaman Brooke.Dia seorang anak yatim yang membesarkan tiga orang adiknya yang masih kecil.Kerana tidak mendapat pendidikan tinggi,pelbagai kerja dilalui untuk mendapat duit untuk pembelanjaan keluarganya.
YOU ARE READING
Hate You
RomantizmAlexis seseorang yang inginkan kebebasan hidupnya tanpa perlu diatur oleh orang lain.Namun ibubapanya mendesak untuknya berkahwin dan inginkan keturunan darinya. Keadaan mendesak membuatnya dia mengambil jalan pintas untuk mempunyai keturunan. Chris...