Cinta Accident 19

2 0 0
                                    

Bau ikan dibakar mengundang perembesan enzim amylase, perut mula berkeroncong.  Tangan Ehsan rancak mengipas bara api. Selain 3 ekor ikan kerapu, turut sama ada 10 ekor udang saiz besar, diterima selepas jenuh memujuk Chef Navin dan Annamika.
"Nanti ganti balik 10 ekor udang ini. Saya akan rekodkan dalam buku tiga 5. Lewat sehari kena tambah bayaran dengan seekor udang lagi," ugutan wanita muda membuatkan dirinya tersenyum.
"Jangan risau nanti abang suruh Encik Jeeva Nathan ganti balik sekali dengan bunga."
Terkedu wanita itu. Dia merenung Ehsan tanpa kata sebelum melangkah keluar dari ruangan memasak Hotel Ayodha.

"Hoi, Ehsan cepatnya kau mula membakar, kotlah nak menunggu kami datang," tegur Harish yang baru tiba di sana.

"Kami?"

"Tu... Jeeva kat sebalik dinding, tengah menggunakan telefon. Sejak balik dari memancing, aku tengok Jeeva itu menjadi pelik. Kena rasuk dengan ratu laut kot?" bisik Harvind perlahan.

"Ratu laut? Kau biar betul, mana ada ratu laut merasuk dia melainkan ..." sengaja Ehsan tidak menghabiskan kata-kata.

"Melainkan apa?"

"Melainkan apa?" Tanya Jeeva Nathan yang baru sampai di sana.

"Eh, Abang Ehsan kenapa tidak menunggu kami?"

"Menunggu kau orang seperti menunggu awek nak pergi dating, lambat."

"Apa susah aku sudah bakar kau orang makan sahaja ... kalau tak nak, bakar sendiri. Aku tinggalkan baki ini untuk kau orang bakar, nak?"

"Ala Ehsan kau merajuk ya? Tak pelah sekarang makan dulu kemudian sambung balik merajuk kau  itu," bidas Harvind,  lantas tangan dia mencapai pinggan plastik yang tersedia.

Ehsan dan Jeeva Nathan memandang ke arah lelaki dengan seribu bahasa.  Kemudian mereka juga mengikut langkah Papa Harish.

"Ohh Ehsan, kau memang terbaik dan cekap bab membakar kau memang 4 flat kalah Chef Edward," puji Harvind sambil memasukkan kepingan udang yang dicicah dengan sos ke dalam mulut.

"Apabila bercakap pandang kiri kanan, takut dinding ada telinga," tegur Ehsan.

Usik-mengusik, gelak ketawa dan sembang orang lelaki tidak menyedarkan jam sudah pukul 10.30 pm. Hinggalah anak sulung Ehsan, Hayani datang mengajak pulang.

Mereka mengemaskan  tempat itu dengan pantas.  Ketika melangkah keluar dari Jeeva terpandang susuk yang dikenali berjalan di sisir pantai.

"Sabar, tidak akan lari gunung itu. Esok balik dan bawa ahli keluargamu, tunjukkan kesungguhan untuk memiliki wanita itu," pujuk Ehsan seolah-olah  memahami apa yang dirasai Jeeva ketika ini.

Cinta AccidentWhere stories live. Discover now