Capaccino yang dipesan sudah tinggal separuh cawan tapi batang hidung orang yang perlu dijumpa tidak kelihatan. Cawan capaccino pula bukan saiz kecil tapi XXXL. Dah muak pula rasanya. Menyesal sebentar kerana tamak. Cawan sederhana besar yang ditawarkan oleh gadis yang menjual tadi ditolak.
"Maaf Encik Nathan dari JN Builder's?" Suatu suara menganggu konsentrasi Jeeva yang asyik melihat dua orang kanak-kanak yang bermain di luar kafeteria itu.
"Ya, saya..." tiada kata-kata yang mampu diteruskan bila melihat wanita yang mencuri ketenangan hidupnya berdiri dihadapannya sambil menyelongkar beg tangan. Bibirnya mengukirkan senyuman. Rindu di hati terubat.
"Saya..." Annamikka terdiam jua bila melihat lelaki di hadapannya. Perasaannya bercampur aduk.
Seketika masing- masing terdiam. Melayan perasaan yang sukar diluahkan ketika itu.
"Mama... Ikut saya cepat," entah dari mana Harish datang. Tangan Annamikka ditarik. Mahu Jeeva atau Annamikka masing-masing terkejut.
"Harish, lepas kan tangan mama dulu Sayang. Kenapa ini?" Soal wanita itu sambil duduk ke bawah menyaingi tinggi budak kecil itu. Menyerlahkan sikap keibuannya.
"Mama, Harish lapar," balas budak lelaki itu, matanya memandang wanita dihadapan dengan perasaan takut.Terharu Annamikka mendengar kata-kata dari mulut sikecil itu. Lebih terasa bila melihat ketakutan pada mata Harish. Lantas dipeluknya sikecil itu. Menghilangkan rasa takut dalan hati itu.
"Kenapa tak tanya Ammama?" soal Annamikka seketika dia lupa kehadiran Jeeva di situ.
"Ammama pergi kuil. Harish lapar,"sekali lagi anak abangnya mengadu lapar.
"Harish pergi Uncle David. Minta dia masakkan untuk sayang. Nanti mama call dia," pujuk Harish yang mula menitiskan air mata. Serba salah dibuatnya bila mendapati lelaki pemilik hatinya merenung tajam.
"Beginilah Puan. Puan selesaikan masalah peribadi puan dulu saya akan berurusan dengan suami puan nanti," sela Jeeva sambil meninggalkan tempat itu sebelum mengetahui kebenaran sebalik insiden ibu dan anak itu.
YOU ARE READING
Cinta Accident
Misterio / SuspensoCinta kalau nak wujud , Ia akan wujud jua dalam apa keadaan pun, Adakalanya cinta itu manis, Adakalanya cinta itu pahit, tapi kerana cinta kita wujud di bumi ini. -princezz nitha- Siapa sangka kemalangan mampu men...