Cinta Accident 9

28 0 2
                                    

'Biarpun berkali-kali ombak memukul, pantai setia menunggunya,' ayat yang dibaca entha dimana berlegar dalam pemikiran. Begitu telus cinta ombak dan pantai. Annamika mengelus lembut wajahnya menolak rambut-rambut yang menganggu deria penglihatannya ke belakang telinga. Matanya ditutup seketika menghayati bunyi pukulan ombak bagaikan halwa pada telinganya.

"Mama...Mama..." mendengar itu secara automatik bibirnya melengkung ke atas. Matanya terbuka, tidak jauh darinya, kelihatan si Kecil Harish berlari ke arahnya. Di belakangnya, Harvind berlari mengejar tubuh kecil itu.

Walaupun sibuk, abangnya akan meluangkan sekurang-kurang sejam bersama anaknya. Menurutnya, itulah masa bermesra sekaligus beriadah setelah sepanjang hari bekerja. Mereka saling memerlukan untuk melupakan insiden dua tahun lepas.

"Annamikka, saya akan ke Kuala Lumpur petang, esok. Lusa, saya tak pasti pukul berapa,CEO Syarikat JN Builder's akan datang. Saya nak awak mewakili saya jumpa dengannya. Dia akan buat pengesahan bilik dan atur cara yang bakal dilakukan di sini. Makanan untuk mereka juga perlu mengikut menu mereka. Abang dah bincang dengan Chef Ramlee dan Chef Fong mereka akan masak mengikut menu mereka. ," terang Harvind sambil meneguk air oren ditangannya.

"Anna tolong pastikan kita ada orang lebih bahagian house keeping. Minta abang Amir periksa stok barang-barang toiletries cukup. Kalau tak cukup minta dia order, kamu tolong luluskan permintaan itu kalau relevan. Lagi satu abang rasa,awak ajelah uruskan program ini. Senang," ujar Harvind sambil melangkah menuju ke kediaman mereka yang terletak disebelah kanan rumah penginapan Ayodya. 

Terpingga-pingga Annamika mendengar arahan abang saudaranya, merangkap penjaganya sekarang. Siapa sangka insiden dua tahun lepas meragut nyawa-nyawa yang mereka sayangi. Annamika kehilangan bapa yang menjadi tulang belakang dirinya, Harvind pula kehilangan isteri yang sedang bersarat.

"Mika, dah petang nak. Jom kita balik," ajak Mami Meena, berdiri di sisi Anamika. Jari tuanya mengusap rambut wanita muda itu. Menyerlah sifat keibuannya yang tiada noktah.

Anamika mengukirkan senyuman buat wanita itu. Perlahan-lahan dia melentukkan kepalanya pada bahu wanita itu. Siapa sangka insiden dua tahun dahulu, wanita tua itu kehilangan anak tunggalnya merangkap mama Harish.

"Mama... Nanny... cepat saya lapar..." jeritan si kecil mengundang ketawa kecil dari mereka. Anamika memimpin Mami Meena menghala ke si kecil tanpa menyedari ada sepasang mata memandang mereka dari tingkap tingkat dua Penginapan Ayodya.





Cinta AccidentWhere stories live. Discover now