Niat menikmati detik matahari terbenam dari bilik bersama secawan cappuccino terbantut gara-gara dua wanita yang berada di pantai. Walaupun hanya bayangan mereka, Jeeva dapat merasakan salah satu tubuh itu milik gadis yang dilihat hari itu. Entah kenapa bila melihat susuk tubuh irama degupan jantungnya berubah 180 darjah.
Walaupun sudah dua tahun, mata bundar itu terlekat kemas dalam mindanya. Pernah hati lakinya cuba beri peluang pada gadis lain selain Latha, tapi bila mata dipejam hanya mata wanita itu menerpa mindanya.
'Hai, hati janganlah kau mengharap sangat nanti kecewa,' Jeeva mengingatkan hatinya.
Langkah Annamika terhenti, tiba-tiba jantungnya berdegup pantas. Pantas dia menoleh mencari seseorang, tapi hampa bila tiada sesiapa di belakangnya. Kenapa dengan perasaan ini? Pelik. Dengan perlahan tangannya menyentuh bibirnya. 'Dia mungkin sudah menjadi suami orang ketika ini. Kenapa aku masih menunggunya,' hatinya merintih ketika ini.
"Mikka kenapa berdiri sini? Jom masuk," ajak Harvind yang baru tiba di sana. Dia baru saja kembali dari Rumah Penginapan Ayodha terkejut juga melihat adiknya berdiri hadapan pintu masuk rumah mereka. Sedikit menakutkan bila adiknya pandang laut dan rumah penginapan itu bergilir-gilir.
"Jom."
"Mikka, orang itu dah ada kat sini. Katanya nak ambil disini. Mungkin tengah hari dia nak jumpa adik, pasal petang kami nak pergi snorkeling," pesan abangnya, sambil melangkah ke dalam rumah.
"Aik... Abang kata esok ada hal?" soal Annamika sambil membuntuti abangnya.
"Tak lama kot kerja abang. Sempat abang balik sebelum petang. Kalau tak sempat Amri akan pergi dia," terang Harvind sambil medepakan tangan menerima anak terunanya dalam pelukan.
YOU ARE READING
Cinta Accident
Mystery / ThrillerCinta kalau nak wujud , Ia akan wujud jua dalam apa keadaan pun, Adakalanya cinta itu manis, Adakalanya cinta itu pahit, tapi kerana cinta kita wujud di bumi ini. -princezz nitha- Siapa sangka kemalangan mampu men...