cinta Accident 18

0 0 0
                                    

Kavita duduk menghadap laut Selat Melaka.  Pukulan manja pada pantai diperhatikan, amat mengasyikkan. Bibirnya melengkung ke atas. Seolah-olah ombak-ombak  berbicara dengannya.

"Kedua-dua Abang Cik Kavitha juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya di Kuala Lumpur. Masakan  saya tidak kenal beliau. Cik Kavita bukan calang-calang orang. Beliau  banyak membantu abang-abangnya menjalankan perniagaan."

Kata-kata  Jeeva Nathan masih kedengaran. Kavita terkedu mendengar penjelasan lelaki itu. Sungguh dia tidak menyangka lelaki itu memberikan perspektif positif sebegitu buat dirinya. Lelaki telah memberikan iktiraf sebagai wanita bekerjaya.

Di mana kedua-dua abang kandunganya juga mengeksplotasikan diri dia sebagai wanita. Dia tidak suka tetapi demi membalas budi abangnya menghulurkan bantuan perubatan buat suaminya, Visu. Tetapi Tuhan lebih meyayanginya. Akibat terlalu murung, dia juga keguguran, tanda cinta yang ditinggalkan Visu juga meninggalkan dia.

Dia hampir membunuh diri tetapi Jay Balan menghalang lalu memberikan harapan untuk hidup. Lama kelamaan Kavita perasan Jay Balan mempunyai agenda tersendiri. Dirinya digunakan untuk menjatuhkan pesaing perniagaan mereka. Kavita tidak suka langsung sikap Jay Balan tetapi sukar untuk dia membangkang.

Kavita tersentak apabila, ada tangan menyentuh bahunya. "Jauh termenung."

"Ohh, aunty. Mana ada termenung? Tengah memerhati Sang  Suria pulang," balas Kavita dengan kiasan.
"Boleh aunty duduk?" Soal Iswari.
"Ehh,  duduklah aunty."
Iswari melabuhkan  dirinya  disebelah  wanita itu,  senyuman tidak lengkang  dari wajah itu. Kedua-dua wanita itu memandang ke arah lautan yang masih tinggal warna sisa warna jingga.
"Kavita dah kahwin? Kalau tidak mahu jawab aunty faham.
"Hmmm ..." Kavita mengeluh perlahan.  Dia memandang wajah tua disebelahnya.
"Pernah aunty 2 tahun lepas, mendiang suami saya meninggal dalam satu kemalangan selepas tiga bulan kami berkahwin.  Saya  keguguran selepas dia meninggalkan," perlahan Kavita membuka pekung di dada. 
Iswari terperanjat mendengar kisah gadis muda ini. Terlalu muda untuk digelar balu.
"Berapa umur awak?"
"27."
"Lebih kurang umur Annamika. Awak tak nak kahwin lain? " Soal Iswari tanpa kiasan.
"Hah! Siapa nak kahwin dengan saya yang balu ini?" Gugup suara Kavita apabila ditanya begitu.
"Jangan fikir begitu, orang dulu-dulu selalu menjauhkan wanita balu daripada masyarakat, kini ramai orang mempunyai minda terbuka. Tak salah kalau balu kahwin lain, lagi-lagi wanita seperti awak, muda lagi cantik."
Tertunduk Kavita mendengar penjelasan wanita sebaya mendiang  emaknya. Ya, mungkin kalau emaknya ada, dia dikahwinkan semula.
"Ehh maaf. Kalau kata-kata aunty melukakan awak."
"Taklah aunty. Mungkin perkara ini terjadi kalau mendiang amma saya ada," sebutir dua air mata mula keluar diseka segera.
Hati wanita runtun dikala mendengar kata-kata itu. Lain perasaan kalau ada mak dengan tidak.
"Habis itu awak tinggal dengan siapa di sana?
"Dengan abang sulung dan kak ipar, Tara. Kadang-kala saya ke rumah  abang kedua atau tinggal seorang di apartment saya. Mendiang Appa hadiahkan ketika saya mula masuk kolej.  Itulah satu-satunya harta saya. Appa wasiatkan rumah itu kepada saya dan tidak benarkan saya jual atau menukar nama kepada orang lain selalu umur saya tidak capai 50 tahun. Pelikkan wasiat mendiang Appa saya?" Soal Kavita sambil senyum.
"Abang-abang kamu tidak menyuruh kamu kahwin lain?"
"Kakak ipar kedua Veni selalu juga suruh, malah minta saya kahwin dengan adiknya tapi abang-abang saya tak berkenan."
"Awak nak kahwin dengan Appa Harvind? Biarlah aunty berjumpa dengan abang-abang awak untuk meminang," wanita tua itu menyuarakan hasratnya.
Kavita terperanjat mendengar pertanyaan wanita tua itu. Di saat itu, dia teringat pada Jeeva Nathan dan muslihat abangnya, Jay Balan. 
"Ambil masa untuk berfikir, tapi pastikan keputusan yang positif," ujar Iswari dengan penuh harapan.
"Aunty, saya masuk dulu ya?"

Cinta AccidentWhere stories live. Discover now