Cinta Accident 17

0 0 0
                                    

"Anna."
Harvind menoleh sebaik sahaja mendengar suara Anamika.  Harish tidak ada bersama.
"Harish mana?"
Annamika menceritakan serba ringkas kepada abangnya apa yang sedang berlaku. Harvind terkejut mendengar. Sejak kehilangan Manju tiga tahun lepas inilah kali anaknya memanggil seseorang  sedemikian.
"Di mana mereka sekarang?" Soal Harvind, matanya mencari kelibat anaknya bersama wanita misteri.
"Appa ..."
Tiba-tiba anaknya Harish datang memeluk kaki Harvind. Diber belakang anak kecil, kelihatan seorang wanita berjalan ke arah mereka. Harish memandang ke arah  wanita yang dipanggil amma itu. Tiupan angin dari  samudera, membuatkan rambut wanita itu menutup sebahagian wajahnya. 
"Appa lihat, amma sudah  balik. Amma janji tidak akan pergi lagi," kata-kata yang keluar dari bibir kecil itu, mengejutkan semua orang dewasa di situ.
Harish memandang wanita misteri itu. Dalam diam, dia akui wanita itu cantik dan comel. Matanya bundar seperti mendiang isterinya. Jantungnya mula mengepam darah laju.
"Harish."
Lapan pasang mata beralih ke arah, empunya suara. Jeeva Nathan  menghampiri mereka.
"Kavitha." Dia terkejut melihat Kavita berada dalam kalangan mereka.
"Awak kenal Cik Kavita ini?"
"Mana tak kenal, bakal isteri kot," omel Annamika dalam hati.
"Kedua-dua Abang Cik Kavitha juga merupakan seorang ahli perniagaan yang berjaya di Kuala Lumpur. Masakan  saya tidak kenal beliau. Cik Kavita bukan calang-calang orang. Beliau  banyak membantu abang-abangnya menjalankan perniagaan " jelas Jeeva sambil melirik mata ke arah Annamika yang berdiri  seolah-olah tidak mengenal dirinya.
"Kenapa awak mencari saya, Nathan?"
"Hah, aku lupa! Esok pagi aku akan ke Kuala Lumpur," balas Jeeva Nathan, masih lagi merenung Anamika.
"Balik?"
"Ya, aku akan datang balik dalam dua hari. Aku ada hal penting nak dibincang dengan kau selepas balik nanti," terang Jeeva Nathan  dengan serius.
"Harvind, jom kita balik sayang," ajak Harish yang menyedari anak kecil yang dari asyik memeluk Kavita.
"Tak nak."
"Harvind, saya kata balik," Harish mengeraskan suaranya sambil merenung tajam ke arah anak kecil itu.
Kavita yang berada di situ berasa serba salah. Sesungguhnya dia juga tidak sampai hati meninggalkan anak itu. Tapi dia sedar, itu bukan anaknya.
Harish mara ke hadapan untuk menarik anak itu tetapi terhenti tatkala melihat isyarat tangan wanita itu untuk berhenti.
Kavita  berlutut menghadap budak yang memanggilnya amma, "Harvind,  kan anak yang baik. Dengar cakap Appa. Balik dulu ya? Esok kita jumpa lagi."
"Macam mana kalau amma hilang lagi?" Soalan budak kecil itu membuatkan semua yang di sana terkedu.
"Amma akan jumpa Harvind esok. Amma janji," pujuk wanita itu sambil mengusap rambut budak lelaki itu.
"Amma janji ya?" Tanya budak kecil sambil melangkah ke arah bapanya.
Harish merenung wanita yang dipanggil amma oleh anaknya.  Dia kehilangan kata-kata.

Cinta AccidentWhere stories live. Discover now