Cinta Accident 5

28 1 0
                                    

Tetap akan updatekan walaupun tiada membaca sangat. Saya percaya satu hari nanti cerita ini akan ada peminat ramai.

Angin yang meniup seolah-olah menolak jauh kekusutan jiwa yang dialami. Hanya untuk seketika sahaja, kemudian mengusut semula. Kolam ikan buatan manusia menjadi destinasi matanya.

"Kenapa ini asyik termenung aje? Kalau ada masalah, cuba cerita dengan papa. Mana tahu selepas cerita, rasa tenang atau dapat conclusion," pujuk Dato' Velan, jari tuanya membelai rambut anak terunanya.

Bukannya dia tidak sedar, Jeeva banyak mengelamun sejak keluar dari hospital enam bulan lepas. Segala-gala aktiviti nakalnya tidak lagi ada dalam rutin hariannya. Teman-teman wanitanya sudah tiada kecuali Latha yang akan jadi tunangnya esok. Itu pun setelah pihak keluarga wanita itu yang mengesa untuk majlis esok.

"Papa,kalau tak nak tunang esok okay tak?" Soalan yang tercetus dari mulut Jeeva benar-benar mengejut lelaki tua itu.

"Jeeva, kenapa sekarang baru nak cakap. Esok harinya. Kurang 24jam. Apa kata keluarga Latha nanti?" Luah kerisauannya. Dato' Velan tidak kisah dengan keputusan anaknya. 

"Biar saya cakap dengan Latha. Saya dapat berhadapan dengan masalah ini jika papa sokong saya," reaksi positif papanya seolah-olah memberikan tenaga baru kepadanya.

"Mama pun sokong dengan apa sahaja keputusan kamu, Jeeva," suara dari belakang mengejutkan dua beradik itu. 

"Mama..." Jeeva meluru mendakap mamanya. 

Keputusan sudah dibuat, kini hanya perlu berbincang dengan Latha. 

"Hi, sayang. Rindu sangat sampai tak mampu tunggu esok," usik gadis itu, tangannya merangkul leher Jeeva. 

Senyuman manis diukirkan khas untuk lelaki itu tapi tidak lama. Senyuman itu pudar bila tidak dibalas. 

"Kita batalkan majlis pertunangan esok," terkeluar juga ayat-ayat yang dirangka sejak keluar dari rumah.

"Hah, sayang jangan gurau macam ini. Tak sukalah," balas gadis itu. Sedikit sebanyak kata-kata Jeeva mengusik hati wanitanya.

"Saya tidak bergurau. Saya serius. Saya tidak mampu lagi berbohong pada awak," luah Jeeva sambil memandang tepat mata wanita yang sepatutnya menjadi tunangnya esok.

"Tapi kenapa sekarang baru nak beritahu. Padahal rancangan pertunangan ini diputuskan dua bulan sudah. Awak pun setujukan? Selama ini kita bercinta tak de masalah pun. Kenapa sekarang ada masalah? Siapa punca masalah ini?" Soal Latha dengan lantang. Dia kecewa dengan lelaki di hadapannya. 

"Maafkan saya Latha. Ini semua salah saya. Saya cuba untuk menyayangi awak lebih dari seorang sahabat tapi saya tidak mampu," bagaikan petir memanah dirinya mendengar luahan hati lelaki itu.

"Lebih baik kita berpisah hari ini, dari kita putus tunang atau bercerai kemudian. Fikirlah Latha mampukah kamu hidup dengan lelaki yang tiada perasaan sayang dengan kamu?" Setiap kata-kata yang keluar dari mulut Jeeva, sememangnya mengecewakan hati wanitanya. Latha tahu perkara ini, akan berlaku tapi tidak sangka hari ini. 

Sebelum rancangan bertunang lagi, dia dapat merasakan perubahan pada diri lelaki itu. Ingatkan bila bertunang, semuanya akan kembali seperti dulu kala. Jangkaannya meleset, ternyata lelaki tiada perasaan dengannya. Perasaan kecewa menyelubungi dirinya. 

"Siapa punca perubahan? Adakah sebab perempuan di wad hari itu? Apa salah saya? Tak cukup cantik di mata awak?" Bertubi-tubi soalan dilontarkan. Rasa kecewa dan marah mula bergabung.

"Tiada siapa menjadi punca perubahan saya. Kecantikkan awak sempurna tapi ia tidak dapat mewujudkan perasaan sayang kat diri awak. Saya rasa kosong dengan awak. Cuba faham perasaan saya," Jeeva meluahkan lagi perasaannya.

Latha melangkah meninggalkan lelaki yang tiada perasaan cinta dengannya. Kenapa perlu mengharap lelaki yang tidak mencintai dirinya.

Cinta AccidentWhere stories live. Discover now